HOME ABOUT QISH REMINISCE GALLERY CONTACT ME

من كان لله كما يريد، كان الله له فوق ما يريد
Siapa keadaannya seperti apa yang Allah inginkan;
Allah ada baginya melampaui segala harapan.

♥HIS Birthday Without The Presence of Himself. :'(



Assalamualaikum warahmatullah..

Today, 27 December 2011. It's suppose to be Papa's 50th Birthday.
But, there'll be no more "Happy Birthday" wishes, No more party celebrated,
No more happiness in this day.. 27th December.
And the only birthday boy in family is no more here to celebrate his own birthday.

After a month and 23 days he passed away and leaving us behind.
His birthday reincarnate without the present of himself here. :'(
Wallahu billah.. Kaklong miss you so much dear Papa..



Hanya doa dapat kupanjatkan di hari lahirmu Papa..
Moga dirimu ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman..
Dan moga rohmu sentiasa dicucuri rahmat oleh Allah.. Kami merinduimu..
Al-Fatihah. ♥ Selamat Ulangtahun Ke-50 Papa Badaruddin Ghazali. :'(

QishDarleena


♥Bakti Seorang Papa.


Assalamualaikum warahmatullah..

Syukur Alhamdulillah dipanjatkan kepada Allah. Kerana masih ada kesempatan saya untuk hidup bernafas di muka bumi Allah ini. Terus merasai susah senang dan liku kehidupan, terus berjuang atas nama tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah. Serasa sudah lamanya si gadis tidak menulis. Sudah lama tak menulis panjang panjang. Hanya sekali sekala blog menjadi tempat mencurah sedikit rasa. Sejak Papa pergi meninggalkan kami genap 44 hari yang lalu, dan sejak Papa mula terlantar selepas kemalangan hampir 4 bulan lalu, semangat saya sudah seakan hilang. Bukan sahaja untuk menulis, malah untuk terus berpijak sebagai khalifah Allah di muka bumi ini. Tanpa Papa, hidup kami sekeluarga tidak akan pernah sempurna. Dan tanpa Papa juga, bait bait keceriaan tidak akan seperti dulu. Allahuakbar. :'(

Terlalu banyak jasa Papa yang tak dapat diungkapkan kesemuanya di sini.. Dengan tanggungjawab besar yang Papa pikul (memelihara 4 orang puteri zuriatnya), Papa tetap sempurnakan dengan jaya dan memberi kami sepenuh perhatian dan kasih sayang. Papa memang seorang hamba Allah yang sangat penyayang terhadap puteri-puteri beliau.. Sejak mendirikan rumah tangga dengan Mama ketika berusia 32 tahun (satu usia yang agak matang untuk mendirikan rumah tangga bagi lelaki), Papa memang seorang ayah yang sangat bertanggungjawab. Besarnya kami seperti telah lahir di dalam dulang emas.. Dituruti sahaja semua kemahuan kami, keperluan kami dan apa jua yang kami minta. Papa lah yang terbaik buat kami.. :')

Teringat kenangan sedari kecil hingga besar, Papa sangat berlembut dengan puteri-puterinya. Segala kata-kata yang Papa tuturkan semuanya mencerminkan karisma Papa sebagai seorang yang penyayang.. Namun, bukan tidak pernah Qish dan adik-adik dipukul. Kami juga pernah dihukum seperti anak-anak lain. Namun hukuman itu bukanlah untuk mendera tapi sebagai pengajaran seorang Papa untuk mendidik anaknya menjadi seorang manusia yang berguna. Bukan tak pernah Papa mengamuk dan marah-marah, walaupun jarang sangat tapi tetap menakutkan. Hihi. Dan ada juga hikmahnya yang membuat kami menjadi terdidik sempurna oleh Papa dan Mama. Alhamdulillah..

Setiap kali hujung minggu, cuti sekolah atau bila-bila sahaja masa senggang kami, Papa akan peruntukkan untuk bawa kami jalan-jalan makan angin atau membeli belah. Ada saja tempat baru yang Papa teroka bila kami sekeluarga keluar bersama. Tempat yang paling kerap kami kunjungi bersama Papa sejak kecil, dimana tempat itu baru dibuka hingga sekarang, dimana kami sudah membesar ialah Mid Valley. Memang banyak kenangan dengan Papa disitu. Dimana si gadis juga menghabiskan 6 bulan bekerja disana. Setiap hari berulang alik dihantar oleh Papa.. Betapa sabarnya Papa melayan kerenah si gadis.. Menemankan puterinya ke sesi temu duga dan membantu si gadis dalam selok belok dunia kerjaya yang mencabar. Papa Darleena memang seorang SuperDad! ♥

Mengimbau semula kenangan alam persekolahan, Papa sanggup korbankan sebahagian masa kerjanya untuk anak-anak gadis Papa.. Bayangkan.. 6.45am Papa hantar Qish, Neddy dan Ain ke sekolah untuk morning session.. Bila tengahari, siapa yang takda extra class atau kokurikulum Papa jemput pulang pukul 1.05pm.. Kadang-kadang Papa datang lambat tapi Papa tak pernah miss jemput kami.. Kalau hari yang Qish atau Neddy keluar 1.40pm, Papa akan datang jemput lagi tengahari tuu. 2 kali berturut.. Cuba anda bayangkan.. tapi Papa tak pernah merungut.. Sehari untuk morning session saja, 2-3 kali Papa berulang nak jemput kami. Busy mana sekalipun dengan appoinments dan meeting, urusan kerja Papa tolak ke tepi demi kami puteri-puterinya.. Betapa besarnya pengorbanan seorang Papa.. :'(

Papa setia dalam menjalankan tugasnya melindungi kami. Ke mana saja kami nak pergi, Papa sentiasa ada untuk menghantar kami. Jauh atau dekat, Papa tak kisah asalkan puterinya selamat. Bila si gadis dah melangkah ke alam universiti, tiap2 minggu Papa akur melayan kerenah puteri sulungnya. Sanggup menjemput Qish dari Unisel dan menghantar kembali Qish ke Unisel setiap minggu walaupun ada bas yang boleh Qish naik untuk pergi balik.. Besarnya bakti Papa.. Kesanggupan dan rasa kasih sayang Papa yang suci terus terserlah hingga ke hembusan nafas Papa yang terakhir..

Papa kecundang ketika dalam menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Papa yang baik.. Atas rasa kasih sayang dan ingin melindungi puterinya, Papa sanggup memandu dalam hujan, melalui jalan yang bahaya untuk membayar yuran Qish dan menjemput Qish di Unisel. Pagi itu permulaan segalanya.. Papa hantar si gadis dan Iela ke UM untuk pulang ke Unisel bersama Beela dihantar oleh ayahnya. Papa berjanji nak menjemput kami semua serumah pulang selepas class. Puas si gadis menolak pelawaan Papa untuk menjemput kami (saya dan kawan2) di Unisel pada sebelah petang tapi Papa beriya iya sangat nak jemput Qish dan kawan kawan balik untuk bercuti. Rupanya tugas Papa berakhir pada hari itu. Dan hari Isnin, 22 Ogos itulah kali terakhir Qish merasa Papa menghantar Qish buat kali terakhir sebelum Papa kemalangan dalam perjalanan untuk jemput Qish di hostel. Dan sejak kejadian itu, berakhir lah tugas Papa..

2 bulan 2 minggu Papa berada dalam koma. Berehat daripada tanggungjawab besar yang penuh dengan kasih sayang beliau itu. Langsung kami sekeluarga ibarat patah kedua belah kaki bila Papa tiada lagi menggalas tugas untuk melindungi kami. Mujurlah Papa pernah mengajar kami berdikari.. Kami langsung ke sana ke mari tanpa mengharap Papa yang sedang terlantar lagi. Saban hari berulang alik ke hospital secara sendiri tanpa Papa. Belajar mengharung kepayahan tanpa Papa yang selama ini membawa kami ke mana saja kami tuju. Setelah puas menanggung derita, Papa pergi meninggalkan Mama, Qish dan adik adik selamanya pada tanggal 4 November 2011.

Sesungguhnya.. Kehilangan Papa memang berlaku dalam sekelip mata. Dalam keadaan kami yang tak pernah bersedia untuk menghadapi sebarang kehilangan dan disaat kami masih dahagakan kasih sayang Papa yang tak pernah putus, Papa pergi mengadap Illahi meninggalkan kami berlima.. Dan tiadalah lagi lelaki yang selama ini menjadi Imam kami, pelindung dan kepala keluarga kami.. :'( Inalillahiwainailahirajiun.. Lebih sebulan berlalu, kami masih cuba untuk menguatkan diri demi meneruskan perjalanan hidup yang masih panjang. Bukan mudah untuk menghadapinya apatah lagi insan yang amat kami sayang dan menjadi tunggak hidup kami selama ini telah selamanya meninggalkan kami..

Papa.. Betapa besarnya bakti yang Papa curahkan untuk kami sekeluarga sepanjang hayat Papa.. Belum sempat kaklong balas segala kasih sayang yang Papa curahkan, Papa dah pergi meninggalkan kami. Papa, kaklong rindu sangat sangat kat Papa.. Allah saja yang tahu betapa peritnya kerinduan ini. Setiap kenangan betul betul mengusik.. Kaklong rindukan Papa.. Kami semua rindu Papa sangat sangat.. Hidup memang betul betul kosong tanpa Papa.. Al-Fatihah..

QishDarleena


♥Rindu Papa. :'(


Tidak kutahu lagi bagaimana mahu kuungkapkan rasa rindu yang sangat perit ini.
Hanya doa dan air mata saja yang mengiringi kerinduan ini.
Betapa setiap kenangan kita menghantui dalam hidup ini.
Setiap kemanisan, kepahitan yang pernah terjadi kini tidak akan pernah ada lagi..
Ayahanda, sesungguhnya puterimu ini terlalu sangat merindui dirimu..
Hadirlah dalam mimpiku ayahanda.. Kaklong rinduuu.. Al-Fatihah. :'(




Moga Papa dicucuri rahmat olehNya.. Kaklong sayang Papa. 


Inalillahi.. Papa..


Innalillahiwainailaihirajiuun~
Al-Fatihah buat Papa..


Papa BADARUDDIN BIN GHAZALI.
27 Disember 1961-4 November 2011

Moga Papa tenang di sana.
Moga Allah sentiasa mencucuri rahmat ke atas Papa..
Al-Fatihah.. Amin.. T__T


♥Bienvenido November.



1.11.11

Cantiknyaa tarikh ni kan Papa..
Harini dah masuk bulan November.
Lagi berapa hari kita nak Raya Haji pula..
Bila lah Papa nak sedar..
Kaklong rindu Papa.. :'(



p/s; Papa sangat hemsem. 


QishDarleena



Clarification of the WHY.


Assalamualaikum warahmatullah..

I have a clarification of my usual expressions to be shared with everyone. The expressions that raise many questions among peoples. I wonder why they raised up those silly issues? Might be too curious to discover this WHY and WHY from me.. Why do I still JOKING, LAUGH and SMILE even that I'm in a miserable situation now? In situation where something happen that should be called as a perfect disaster (musibah). Yeah. It's perfect because there'll be always a virtue behind something bad that happen.

Kalau orang tengok kita bergurau senda, bergelak ketawa dan senyum sentiasa, orang ingatkan kita sedang bahagia dan gembira. Sedangkan mereka tidak mengetahui sebetul-betulnya hakikat. Kerana sebuah pandangan tidak akan cukup untuk menyelami isi hati yang jauh di dalam.. 

Sebenarnya, kita bergurau untuk menyenangkan orang lain.. Agar mereka tahu yang mereka tidak perlu gundah akan kesedihan kita..

Kalau kita bergelak ketawa, itu tandanya kita sedang cuba mengubat kesedihan hati kita. Cuba hiburkan hati bila melihat keletah orang di sekeliling kita.. Agar mereka tidak merasa jauh hati dan bosan dengan kita yang terlalu melayan perasaan kita..

Kalau kita senyum sentiasa, itu bermakna kita sedang cuba mengatasi rasa negatif dalam diri.. Melawan kesedihan dan menyenangkan hati orang lain dengan senyuman manis kita.. Lagipun senyum itu kan sedekah. :)

Tak boleh nak puaskan hati orang sekeliling dengan serentak dan dalam masa yang sama. Hati saya berkata, "Qish, you don't bother it!" What people say based on what they see is not enough to proof the real thing. Me, the one who faced this and the one that should know the real things behind everything. 

I'm still persuading myself to really accept with full of my heart that EVERYTHING HAPPEN FOR A REASON.. And I'm trying to be strong, to go on my life that is still long to go. I'm now collecting the strength. Please take note. :')

Awak ingat saya tak penat ke nak menangis hari hari? Penat.. Takmau dah menangis kalau boleh.. Tapi airmata tak boleh ditahan.. Sampaikan mata saya sudah 2 minggu bengkak yang tak surut dan kelihatan mula sepet kerana terlalu banyak menangis. Muka pun jadi hodoh. -.- Saya tak pinta dan ia natural incident. Oleh sebab itu saya BERGURAU, KETAWA dan SENYUM. Agar dapat bercuti daripada menangis. Wallahualam..

p/s; Dear Papa, I love you.. I miss you.. Get well soon Papa.. 

QishDarleena



Dapur Itu Juga Maniss.. ;]



Assalamualaikum warahmatullah..

Just like what I've planned to, I'm here to update and share the pictures of my 'owh-semm' hostel as an update for my Unisel entries. Lol. (bapak berbelit jejari senget qish nak taip speaking bagai ni) Harini nak share 'documentary' pasal dapur kat 'condo' Unisel pulak. hmm. Silakan jamukan mata anda. Kita snap semua pukul 8 lebih tadi. Fresh dari camera. haha. Kebetulan, harini kita takda class. Jadi, dapur kita berasap lah harini. Tengoklah.. :P

 Mukadimah; Harini kita masak tomyam. hihi.
 Ini namanya tomyam campur. Sedap tak nampak?hihi.
Ada ayam, cendawan, carrot dan juga udang. 
 Ni jelah ruang masak yang ada.. Semua nak sumbat setempat.
Tak seberapa pun.. Tapi bolehlahh. :)
 Tempat susun pinggan, mini punya je. haha.
Tengok sinki tu. Diorang pakai sinki murah.
Selalu sangat tersumbat ni wahai Jananiaga. -.-
 Rencah kehidupan. hee. Nak kenalkan juga?
Dari belakang kiri; minyak masak, Pepper, sos cili,
Dari tengah kiri; Tumix, serbuk kunyit.
Dari depan kiri; Kicap masin, garam, kicap manis. :)
 Nama benda ni bakul bawang. ;3
 Ni je yang kami mampu. Puas cari mugstand yang dijual tapi takda.
Ada orang nak jual kat kami tak? sila comment kalau ada. terdesak ni. =="
 Ni tempat gantung periuk belanga, kuali dengan gadget memasak.
 Ni laci rahsia. haha. sebenarnya ruang stok barang2 masak kami.
Tapi segala benda disumbat di dalam kabinet ini.
 Water dispenser ni lah nyawa kitorang.. haha.
Membekalkan air Hot and Cool untuk kami. yang sebelah tu tong beras.
 Ni pulak stok makanan qish baru bawak balik.
Mama beli macam nak suruh bukak kedai runcit.
 Antara dua robot terpenting di dapur condo kami. :')
 Ni dalam pintu peti. tingkat bawah sekali. Susu susu. :P
 Ni first floor diaa. hee. Kordial.. dan tengok tuu.
Ada budu. Wajib simpan budu yaa.. Saya tekak Kelate.
 Minyak sapi, asam jawa dan kicap. haha.
 Wajib ada dalam peti.
 Haa. ni baru pintu peti. kemas sikit. tapi..
Tengok tuu awok. Belacan block paling besar Iela bawak. haha.
Sebab apa? kitorang makan belacan macam kunyah biskut. -.-
 ni box paling bawah kat body fridge. ada stok cili api, sayur, ikan pekasam, ikan bilis.
 ni body atas. ada cili mesin dengan sambal belacan.
oh yaa.. peti ais kami ni banyak harta karun. -.-
 segala benda yang kat bawah tu..
semua lah pendek kata, kawan kita punya.
Ni freezer. Ada ayam, ikan, dengan udang.
Ada frozen food juga. hihi.

Haa. setakat ni sajalah dokumentari saya *lahh sangat* zz. Alhamdulillah.. Kami bersyukur sangat dengan keselesaan yang kami ada. Bukan semua orang boleh rajin nak angkut barang2 macam nak pindah selamanya kat sini macam titeww. hihi. Thanks Papa Mama sebab dah bagi anakanda kemudahan yang menyenangkan ni. Walaupun tak seberapa macam rumah sendiri, tapi dapat jugalah kami merasa kehidupan berumahtangga secara berdikari ni. Boleh juga nak asah skill masak2 ni kan. Alhamdulillah.. Nanti nak update pasal ruang lain dalam hostel kami pulak.. :)


p/s; Qish rinduu Papa sangat.. Papa. :'( Kaklong dah pandai masak tomyam sedap2..

QishDarleena


Manisnyaa Bilik Itu. :p


Assalamualaikum warahmatullah..

Live dari Universiti Selangor, Qish Darleena membawakan kepada anda.. sebuah dokumentari bertajuk.... er..er.. BILIK SAYA. *sila beri tepukan gemuruh* :p Hm. update ni tentang bilik qish kat Unisel. hee. Sejak masuk Unisel, tak pernah nak cerita pasal kat sana kan? Tak pernah pun masukkan gambar hostel, kawan2 atau persekitaran kat Unisel kan? So, there we go.. I bring you.. into the journey of my Room Sweet Room, live from Unit D6-2F-U1, Unisel Condo, Bestari Jaya.. zz~ ♥

Ini. Bahagian paling penting dalam wardrobe.
Messy dan penuh, dan segala benda nak sumbat kan qish.
Kantoilah semua benda yang qish pakai. ^^"
Slot paling besar tu untuk gantung baju gi class dan hanger tudung.
Kanan untuk toiletries, bawah tu accessories etc,
bawah kiri baju kurung, bawah kanan t shirt dan baju tidur,
bawah sekali kiri skirt, bawah sekali kanan seluar. hihi.
Sakit mata tengok gerobok anak dara sorang ni kan. =="
Atas meja ni sentiasa penuh dengan barang.
Segala benda letak atas meja ni. 
Ni nama dia ruang belajar QishDarleena.
tapi sekarang fungsi dia jadi ruang online QishDarleena. haha.
Bilik qish ni kalau siang tak bukak lampu nampak malap sikit.
Haa. tamak dengan kipas jua. kipas siling ada, kipas meja pun ada.
Nasib baik kipas lantai dengan kipas dinding takda. ;3
Yang comel sangat tengah baring atas katil tu nama dia GeBu.
hihi. bawah katil tuu ada bakul kain color pink.
Beg kuning Jacob tepi katil tuu banyak khazanah. haha.
Stok makanan qish dari Mama. duhh. ^^"
Ini meja Cik Beela roomate qish tapi dia tak letak barang pun.
Barang atas tuu semua qish punya. hee.
Belts kat dinding, handbag, penyapu hijau..
dan segala yang bergantung tuu pun. ;p
Hadiah color merah tu untuk Abang Faisal yang tolong Papa
time accident haritu. hihi. *nak juga promote*
Budak tecik tecik omel ni lah namanya GeBu.
Say Hii to GeBu ! :D
Color merah tu Bobby, tabung ladybird titeww..
Ni persekitaran bawah blok D6. Bersih nok.
Skuter tu Izzah punya. hihi. tong sampah biru tu Mayam punya. ;3
Rumah titeww tingkat dua tau awok.. haa.
tapi bukan sebelah sini. belah sana dekat pondok pak guard. haihh.

Hihi. Akhirnya tertunai jugak update kita pasal Unisel. Ni tak habis cerita lagi nii.. Harini cerita pasal bilik je. nanti kita cerita pasal dapur pulak.haha. Alhamdulillah selama duduk di hostel rasanya sangat selesa dan macam kat rumah sendiri je. Compare dengan asrama di kebanyakan IPTA yang padat dan kurang facilities.. Saya bersyukur dapat study di Unisel.. Alhamdulillah.. Okay bye. :p


QishDarleena


Update Papa..


Assalamualaikum ya ukhti..

Ini update tentang Papa.. tempoh hari sebelum qish balik ke Unisel, ada Ustaz yang datang ke hospital.. Kawan Papa yang bawa atas permintaan kami yang mahu cuba ikhtiar cara lain untuk Papa. Alhamdulillah.. Ustaz tersebut sudi datang untuk mengubat Papa.. Dia bacakan ayat2 suci untuk mengubat pesakit dan seterusnya dia buatkan air penawar untuk Papa. Kata beliau, orang yang koma rohnya berada jauh dari kita di awang awangan.. Ketika coma, Papa akan alami macam macam pengalaman.. Pergi dari satu tempat ke tempat lain dan ada juga berjumpa dengan roh orang yang telah meninggal dunia.. Wallahualam.. Itu lah kata Ustaz tersebut.. Dia bagi air penawar untuk Papa. Katanya, masukkan dalam tube air yang kat badan Papa dan lapkan pada seluruh badan Papa setiap hari..

Alhamdulillah.. Keesokkan harinya keajaiban telah berlaku.. Kebetulan, hari itu kami terpaksa memungkiri janji untuk datang melawat Papa kerana ada masalah yang tak dapat dielakkan.. Kawan Papa, Uncle Rosli menelefon dan dia kata dia datang melawat Papa pada hari itu.. Dia lihat banyak perubahan Papa.. Papa mula menggerakkan tangan dan kakinya, tetapi masih belum sedarkan diri. Ketika nurse datang untuk memberi suntikan, Papa berkerut menahan sakit walhal sebelum ini Papa langsung tidak memberi apa2 respon terhadap sekeliling.. Kami mula teruja untuk datang ke hospital keesokan harinya..

Harini.. Kami datang awal pagi ke hospital. Even though the visit hours only start at 12.30pm, we've been there since 10am because we're so excited to meet Papa.. :') Lepas dibuka, kami terus naik ke ward dan menuju ke katil Papa.. Ohh ya.. Buat yang masih taktahu, Papa dah pindah keluar dari Zon Merah iaitu Critical Zone dalam Neurosurgery ICU Ward tu.. Papa sekarang dah tukar ke katil 14 which is dalam kawasan Zon Kuning iaitu separa kritikal. Alhamdulillah. And another miracle happen as we arrived there, Papa opens his left eyes. :') He's moving his hand and his leg alternately but he's still unconcious sais the doctor. It might take times because of the serious injured in Papa's head.. But as long as he'll be fine and okay, I'll try to have patience and I hope that he'll recover soon..

Here, the pictures that I've take for viewing by you all, as in to show his progress and update. These pictures was taken on 2nd October 2011, the day I went back to my campus.

See.. he opens his left eyes. :')
I don't know what's the purpose of putting this thing on his finger.. -.-
Papa's finger is getting bruised because of that thing.
Currently he's using oxygen machine to breath and another weird machine for the monitoring..
This is a machine used to feed him milk..
I don't know what's the name of this weird creature. 
Papa ♥
He's getting skinnier day by day.. :'(
I'm already being used to all those things.
After spending more than a month here..
Mama.. always being in Papa's side. :')

" Ya ALLAH Engkau ampunilah dosa kami dan dosa kedua ibu bapa kami. Engkau kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihi kami sewaktu kecil kami. Engkau kurniakanlah kesabaran dan ketabahan dalam menempuh ujian yang Engkau timpakan.."

Papa, I will always pray for your health and your happiness. May Allah always bless you my dear Papa.. I miss you alot dear Papa..I love you so muchh.. Don't you miss me? Wake up fast dear Papa.. I really need you.. How can I go on my life without you beside me? I love you so muchh.. :'(♥

QishDarleena

 

ALL RIGHT RESERVED | QISH DARLEENA 2010-2016 | THIS BLOG IS DESIGNED BY RRAI