HOME ABOUT QISH REMINISCE GALLERY CONTACT ME

من كان لله كما يريد، كان الله له فوق ما يريد
Siapa keadaannya seperti apa yang Allah inginkan;
Allah ada baginya melampaui segala harapan.

♥ Al-Quran Penyuluh Hidup :)


Assalamualaikum warahmatullah..

Bismillahirahmannirrahim~ Sedikit perkongsian dari saya tentang kalam Allah yang menjadi penyuluh hidup dan panduan kita umat manusia. Moga ia sedikit sebanyak membantu menambahkan pahala dan pengetahuan buat kita semua.. In Sha Allah.. :)


Al-Quran.. sangat sinonim dengan kehidupan umat Islam.. Al-Quran atau Quran (bahasa Arab: القرآن al-Qur'ān) ialah kitab suci bagi umat Islam. Menurut ajaran Islam, al-Quran ialah wahyu yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril yang sampai ke zaman sekarang secara mutawatir. Perihal diturunkan Al-Quran mempunyai kaitan rapat dengan Lailatul Qadar. Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad secara beransur-ansur dalam tempoh 23 tahun.

Dalam salah satu ayat yang terdapat di dalam Al-Quran Allah SWT berfirman: "Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan adz-Dzikr (Al-Quran), dan Kamilah yang akan menjaganya". (Al-Hijr 15:9)

Lafaz al-Quran dari segi bahasa adalah bacaan atau himpunan huruf dan kalimah. Ini berdasarkan firman Allah: Sesungguhnya Kamilah Yang berkuasa mengumpulkan al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu); Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, Dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu; (Al-Qiyamah 75:17-18)
Manakala dari segi istilah pula, al-Quran ialah kalam Allah yang bermukjizat diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril dalam bahasa Arab, diriwayatkan secara mutawatir dan membaca setiap hurufnya adalah ibadah, bermula dari surah al-Fatihah dan berakhir dengan surah an-Naas. Allah SWT menjanjikan pahala dan fadilat yang sangat besar buat hambaNya yang membaca Al-Quran. Nabi Muhammad pun pernah bersabda, "Barangsiapa hendak berdialog dengan Allah s.w.t. maka bacalah Al-Quran". Riwayat dari Utsman ibn Affan r.a. berkata : Nabi Muhammad s.a.w.  bersabda yang bermaksud: "Sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari Al-Quran lalu mengajarnya." 

Ada banyak hadith Nabi s.a.w yang diriwayatkan dari para sahabat menyebut tentang wahyu Allah yang diturunkan kepada Baginda ini. Antaranya ialah:-

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Kau pergi dipagi hari lalu kau belajar satu ayat dari Kitab Allah s.w.t. (AL-QURAN), sungguh hal itu lebih baik bagimu daripada kau lakukan solat seratus rakaat."

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a: "Barangsiapa mendengarkan satu ayat dari Kitab Allah s.w.t. maka dicatatkan untuknya HASANAH berganda, dan barangsiapa membaca satu ayatKitab Allah s.w.t. maka ayat itu merupakan nur baginya kelak dihari kiamat."

Juga diriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Hai Abu Hurairah, pelajarilah Al-Quran dan ajarkanlah kepada manusia, dan kau selalu begitu hingga datang maut menghampirimu dalam keadaan begitu maka para malaikat berduyun-duyun kemakammu sebagaimana orang-orang mukmin berduyun-duyun keBaitullah al-Haram."

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa mengajarkan kepada anaknya satu ayat  Al-Quran maka hal itu lebih baik baginya daripada ibadah selama seribu tahun, (iaitu) berpuasa disiang hari dan solat dimalam hari selama seribu tahun dan lebih baik baginya daripada seribu dinar yang ia sedekahkan kepada kaum fakir miskin."

Syaitan takutkan orang yang selalu membaca al-Quran dan berdamping dengan al-Quran. Masha Allah. Hebatnya kalam Allah kan? :) Buktinya? hmmm.

Ketika anda membawa al-Quran, respon syaitan biasa sahaja dan hanya melihat. 
Ketika anda membukanya, syaitan mula curiga. 
Ketika anda membacanya, syaitan mula gelisah. 
Ketika anda memahaminya, syaitan mula kejang.

Ketika anda mengamalkan al-Quran dalam kehidupan setiap hari, syaitan mula stroke. 
Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya.
Syaitan kata, "Jangan sebarkan! Ianya tak penting langsung."

Jadi, teruskanlah baca dan amalkan Al-Quran.. Kitab suci inilah yang jadi cahaya petunjuk yang menyuluh kita dalam kehidupan suram. Kalau tiada cahaya, maka tersesatlah kita dalam kegelapan. Sehari sepotong ayat, kemudian sehari separuh muka surat dan bila istiqamah kita berlarutan, mungkin boleh khatam beberapa kali dalam masa sebulan. Akan banyak pahala dalam setiap huruf yang kita baca tu. In Sha Allah.. Ini saja perkongsian serba sedikit hasil rujukan saya dari beberapa website. Moga bermanfaat. Wallahua'lam.


sources; 


2 comments:

  1. Alhamdulillah, Al-Quran lah sumber rujukan abadi bagi umat Islam. InsyaAllah, kita tak lalai dari membacanya setiap hari walau sepotong ayat!

    ReplyDelete

 

ALL RIGHT RESERVED | QISH DARLEENA 2010-2017