HOME ABOUT QISH REMINISCE GALLERY CONTACT ME

من كان لله كما يريد، كان الله له فوق ما يريد
Siapa keadaannya seperti apa yang Allah inginkan;
Allah ada baginya melampaui segala harapan.

Seronoknya Menangis.


Assalamualaikum warahmatullah..

Seronoknya menangis.. 
Seronok sangat bila dapat nangis.. Puas sangat rasa..
Alhamdulillah.. tangisan dapat mengubat..
Ubat apa tu? Rindu ke? Mabuk cinta? hehh.
Salah tuu.. tangisan keinsafan menyucikan jiwa. hee.
Tak perlu kisah sebab anda menangis.
Yang penting, luahkan segalanya melalui tangisan.
Memang puas rasa lepastu. Legaa sangat. macam qish. hihi.

Kawan nak tahu? Ada 10 jenis tangisan.. Namanya:-

1. Tangisan rahmat dan kasih sayang.
2. Tangisan takut dan bimbang.
3. Tangisan cinta dan rindu.
4. Tangisan gembira dan bahagia.
5. Tangisan putus asa.
6. Tangisan sedih.
7. Tangisan lemah dan ketidakupayaan.
8. Tangisan kemunafikan.
9. Tangisan kepalsuan.
10. Tangisan persetujuan (menangis apabila orang lain menangis).



Apa yang qish nampak dari mata berkaca qish ni.. *poyo kejap* hihi. Ramai yang salah sangka. Selalu sangat mengaitkan perilaku menangis dengan kelemahan jiwa dan simbol kekalahan, kejatuhan seseorang. Masha Allah.. Dah salah tanggapan tu awak. Sedangkan Rasulullah saw dan para sahabat pun menangis. Dari yang qish baca di Google, betapa ramai pahlawan dan sarjana Islam yang menangis dan merintih di hadapan Allah. So, don't ever put crying as the symbol of weakness and not strong person.

“..dan bahawasanya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.” (QS An-Najm 53:43)

“Jika kamu semua mengetahui seperti apa yang aku ketahui, nescaya kamu akan banyak menangis dan sedikit tertawa.” - Sabda Rasulullah SAW.

“Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.” - Sabda Rasulullah SAW.

Tangisan dan penyakit juga ada kaitan saintifiknya wahai kawan kawan.. Tahukah anda? Air mata secara biologisnya berfungsi membersihkan mata dari kekotoran dan bakteria. Air mata juga mengawal kelambapan mata. Juga air mata mengalirkan bersama kandungan racun yang tumbuh dalam tubuh badan manusia. Pendapat ini dikemukan oleh seorang pakar perubatan dari Fakulti Perubatan Universiti Kaherah, Dr Ala Syahim.

Tak perlulah qish bercakap terlalu panjang lebar.. Yang penting, jika anda mempunyai tanggapan yang salah terhadap tangisan, ubah pendirian anda itu. :) Dan buat mereka di luar sana yang sedang dirundung kesedihan atau ujian seperti yang qish alami, menangislah sepuasnya wahai sahabat.. Menangislah.. lakan la tahzan.. Setelah itu, hadapi hidup dengan keberanian, ketabahan dan yang paling penting, SENYUMLAH.. :)) Wallahualam..

QishDarleena

1 comment:

  1. menangislah..jika ia meredakan apa yg terbuku.menagis tu boleh.tp jgn sampai meratap

    ReplyDelete

 

ALL RIGHT RESERVED | QISH DARLEENA 2010-2016 | THIS BLOG IS DESIGNED BY RRAI