HOME ABOUT QISH REMINISCE GALLERY CONTACT ME

من كان لله كما يريد، كان الله له فوق ما يريد
Siapa keadaannya seperti apa yang Allah inginkan;
Allah ada baginya melampaui segala harapan.

La Ta'su Min Roqhillah~


"La ta'su min roqhillah~"
Janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah. 

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.." - (QS Al-Baqarah 2:216)


Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. Bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu, yang mencipta segalanya, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit hatimu, yang menghilangkan keteringinanmu, serta menyusahkan hidupmu.. Pasti akan damailah hatimu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia sia. Bukan Allah tak tahu derita hidupmu, retaknya hatimu.. Tapi mungkin itulah yang Allah mahukan kerana Allah tahu hati yang sebegini lebih mudah lunak dan mudah dekat serta akrab denganNya..

Wallahua'lam..

No comments:

Post a Comment

 

ALL RIGHT RESERVED | QISH DARLEENA 2010-2016 | THIS BLOG IS DESIGNED BY RRAI