HOME ABOUT QISH REMINISCE GALLERY CONTACT ME

من كان لله كما يريد، كان الله له فوق ما يريد
Siapa keadaannya seperti apa yang Allah inginkan;
Allah ada baginya melampaui segala harapan.

Sabar Mengindahkan, Ujian Menguatkan.




"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar." - (QS Al Baqarah 2:155)


“Tidak seorang muslim pun yang ditimpa keletihan, penyakit, susah hati, sedih, disakiti orang, derita, sehingga jika sebatang duri menikamnya, kecuali Allah memadamkan dengan itu semua dosa-dosanya” - (HR al-Bukhari dan Muslim)

Belajar DIAM dari banyaknya BICARA,
Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN,
Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG,
Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAN,
Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN,
Belajar TAWAKKAL dari UJIAN,
Belajar REDHA dari satu KETENTUAN..

Allah sentiasa bersama dengan hambaNya yang bersabar.
Kadang-kadang kita berdoa untuk kuat tapi kenapa banyak dugaan.
kadang-kadang kita minta cerdik tapi masalah pula yang timbul.
kadang-kadang kita minta bahagia tapi huru-hara pula datang..

Dugaan menjadikan mental kita kuat,
masalah menjadikan kita berfikir,
huru-hara menjadikan kita tabah..

Hebat kan Allah? Semua ada hikmah.. Kalaulah manusia cuba hayati hadis ini: Telah berkata Jibril: "Wahai Tuhan, kau sampaikanlah hajat hambamu." Maka Allah menjawab: "Biarkan hambaku itu, kerana aku mencintai suaranya (doanya)." - HR Anas bin Malik r.a.

Bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu
yang menciptakan segalanya,
yang menimpakan ujian,
yang menjadikan sakit hatimu,
yang membuatkan keinginanmu terhalang,
serta menyusahkan hidupmu,
pasti akan damailah hatimu..
Kerana masakan Allah tidak tahu derita hidupmu,
retaknya hatimu,
tapi mungkin itulah yang Dia mahu..
Kerana Dia tahu,
hati yang sebeginilah yang lebih lunak,
mudah untuk dekat dan akrab denganNya..
Kita akan kuat bila mengingatiNya..

ALLAH.. ALLAH.. ALLAH..


2 comments:

  1. bersabarlah syg menghadapi semua dugaan.moga semua itu meningkatkan imanmu.rindu sgt2..dah tgk baby kaklong lum?tgk kat fb ye.

    ReplyDelete
  2. Insyaallah.. Insyaallah kaklong..
    Dah tengok dah baby Adlan Syafiq. Alhamdulillah comel sungguh dia.. :')

    ReplyDelete

 

ALL RIGHT RESERVED | QISH DARLEENA 2010-2017