HOME ABOUT QISH REMINISCE GALLERY CONTACT ME

من كان لله كما يريد، كان الله له فوق ما يريد
Siapa keadaannya seperti apa yang Allah inginkan;
Allah ada baginya melampaui segala harapan.

Sakit Itu Indah.



Assalamualaikum warahmatullah..

Terus nak tanya ni.. hmmm.
Sakit Itu Indah. yeke? -.-
Yelah tu kott. Tapi tang apa yang indahnya cik qish?
Kalau tak explain nanti cakap qish gila pula. huhu.


Dalam kesakitan teruji kesabaran, dalam perjuangan teruji keikhlasan, dalam tawakkal teruji keyakinan, dalam ukhuwah teruji ketulusan, dalam tekanan fitnah teruji keimanan. Alangkah indahnya hidup ini jika segalanya kerana Allah, kerana hanya Dialah yang memberikan sebenar-benarnya ketenangan.


"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu". - (QS At-Tagaabun 64:11)


“Dan apa jua bencana, kesakitan yang menimpa kamu, maka ia adalah daripada tangan-tangan kamu sendiri (dari perbuatan salah dan dosa) dan (dalam pada masa yang sama dikenakan bencana dan sakit itu) Allah mengampunkan sebahagian besar dosa-dosa kamu.” - (QS Asy-Syura 26:30)

Rasulullah saw bersabda: "Tidaklah sesuatu musibah yang menimpa seseorang muslim melainkan Allah menghapuskan baginya dosanya walaupun hanya dengan kesakitan akibat terkena duri." HR Al-Bukhari.

Kawan kawan.. mengurangkan dan menghilangkan rasa sakit, semua tu hanya kerja Allah SWT. Haruslah kita sedar yang hanya Allah yang menentukan segalanya.. Serahkan sepenuhnya pada Allah yang Maha Mengetahui akan segala penderitaan dan kesakitan yang kita alami. Tapi bukanlah bermakna kita hanya duduk diam dan menanti keajaiban dariNya. Berserahlah sepenuhnya kepadaNya dengan usaha dan doa ikhlas kita demi kesembuhan sesuatu penyakit yang kita tanggung.

Apa yang qish tahu melalui pembacaan qish, Allah akan hapuskan dosa pada setiap sakit yang ditahan oleh hambaNya dengan sabar dan tawakal. Darjat hambanya pada detik dia menahan sakit ditinggikan disisi Allah bila dia menerima sakitnya dengan tabah.

Tapi bukan semua orang diuji dengan benda yang sama iaitu kesakitan. Tiap manusia akan merasai ujian daripada Allah walaupun dengan cara yang berbeza. Rasa sabar dan tawakal yang ditagih ketika menahan sakit sama hebatnya dengan rasa syukur dan ketaatan yang ditagih ketika seseorang itu diuji dengan nikmat.

Sedarlah bahawa saat hambaNya paling rapat dengan Tuhan adalah ketika dia menahan sakit dan berdoa pada Tuhan. Dan saat hambaNya jauh dengan Tuhan adalah ketika dia menikmati kesihatan lalu lalai mengingati Tuhannya. Malulah kita pada orang yang sakit kerana mereka jauh lebih diredhai dan disukai oleh Allah dari kita. 

Kesimpulan yang boleh qish buat, sakit membawa banyak hikmah sebenarnya.. Bukan hanya pada yang sakit tetapi pada yang sihat di sekelilingnya juga. Buka lah mata dan hati anda untuk menerima kenyataan bahawa sakit itu adalah satu peringatan buat kita yang masih sihat ini, menguji kesabaran kita, mendekatkan diri dekat Allah dan seterusnya menguji sejauh mana ikhtiar dan usaha kita dalam mencari kesembuhan sesuatu penyakit itu. Wallahualam..

p/s; Saja nak buat perkongsian tentang sakit di petang Jumaat yang tenang ni. hmm. antara sakit hati dan sakit perut, qish lagi rela sakit perut. -.- Allahuakbar.

QishDarleena


6 comments:

  1. adikku ku sayang..kaklong takda daya nak bantu kamu.kaklong hanya ada sbi kakak menghulur bahu buatmu menangis.itu pun dikejauhan ini.ada apa2 pm saja kaklong.insyaAllah akan kaklong sediakan diri tuk jd pendengar buat mu adik.tabah ye syg

    ReplyDelete
  2. @Lydia Miza(Aidyl Azim) Terima kasih kaklong sayang.. kaklong baik sangat dengan qish.. Insyaallah.. Kalau qish ada perkara yang qish nak kongsi, qish bagitahu kaklong.. terima kasih sangat2 kaklong.. :')

    ReplyDelete
  3. @Liza @ Adzriel AB Alhamdulillah.. sentiasa ada keindahan dalam setiap apa yang berlaku kan kak.. :)

    ReplyDelete
  4. ya... sakit itu sebenarnya banyak hikmahnya... kaklydia slalu nasihat deno macam tu... :)

    ReplyDelete
  5. @deno; betul tu Deno.. :) Moga Deno pun tabah selalu ya..

    ReplyDelete

 

ALL RIGHT RESERVED | QISH DARLEENA 2010-2016 | THIS BLOG IS DESIGNED BY RRAI