HOME ABOUT QISH REMINISCE GALLERY CONTACT ME

من كان لله كما يريد، كان الله له فوق ما يريد
Siapa keadaannya seperti apa yang Allah inginkan;
Allah ada baginya melampaui segala harapan.

Manisnyaa Bilik Itu. :p


Assalamualaikum warahmatullah..

Live dari Universiti Selangor, Qish Darleena membawakan kepada anda.. sebuah dokumentari bertajuk.... er..er.. BILIK SAYA. *sila beri tepukan gemuruh* :p Hm. update ni tentang bilik qish kat Unisel. hee. Sejak masuk Unisel, tak pernah nak cerita pasal kat sana kan? Tak pernah pun masukkan gambar hostel, kawan2 atau persekitaran kat Unisel kan? So, there we go.. I bring you.. into the journey of my Room Sweet Room, live from Unit D6-2F-U1, Unisel Condo, Bestari Jaya.. zz~ ♥

Ini. Bahagian paling penting dalam wardrobe.
Messy dan penuh, dan segala benda nak sumbat kan qish.
Kantoilah semua benda yang qish pakai. ^^"
Slot paling besar tu untuk gantung baju gi class dan hanger tudung.
Kanan untuk toiletries, bawah tu accessories etc,
bawah kiri baju kurung, bawah kanan t shirt dan baju tidur,
bawah sekali kiri skirt, bawah sekali kanan seluar. hihi.
Sakit mata tengok gerobok anak dara sorang ni kan. =="
Atas meja ni sentiasa penuh dengan barang.
Segala benda letak atas meja ni. 
Ni nama dia ruang belajar QishDarleena.
tapi sekarang fungsi dia jadi ruang online QishDarleena. haha.
Bilik qish ni kalau siang tak bukak lampu nampak malap sikit.
Haa. tamak dengan kipas jua. kipas siling ada, kipas meja pun ada.
Nasib baik kipas lantai dengan kipas dinding takda. ;3
Yang comel sangat tengah baring atas katil tu nama dia GeBu.
hihi. bawah katil tuu ada bakul kain color pink.
Beg kuning Jacob tepi katil tuu banyak khazanah. haha.
Stok makanan qish dari Mama. duhh. ^^"
Ini meja Cik Beela roomate qish tapi dia tak letak barang pun.
Barang atas tuu semua qish punya. hee.
Belts kat dinding, handbag, penyapu hijau..
dan segala yang bergantung tuu pun. ;p
Hadiah color merah tu untuk Abang Faisal yang tolong Papa
time accident haritu. hihi. *nak juga promote*
Budak tecik tecik omel ni lah namanya GeBu.
Say Hii to GeBu ! :D
Color merah tu Bobby, tabung ladybird titeww..
Ni persekitaran bawah blok D6. Bersih nok.
Skuter tu Izzah punya. hihi. tong sampah biru tu Mayam punya. ;3
Rumah titeww tingkat dua tau awok.. haa.
tapi bukan sebelah sini. belah sana dekat pondok pak guard. haihh.

Hihi. Akhirnya tertunai jugak update kita pasal Unisel. Ni tak habis cerita lagi nii.. Harini cerita pasal bilik je. nanti kita cerita pasal dapur pulak.haha. Alhamdulillah selama duduk di hostel rasanya sangat selesa dan macam kat rumah sendiri je. Compare dengan asrama di kebanyakan IPTA yang padat dan kurang facilities.. Saya bersyukur dapat study di Unisel.. Alhamdulillah.. Okay bye. :p


QishDarleena


1 comment:

 

ALL RIGHT RESERVED | QISH DARLEENA 2010-2017