HOME ABOUT QISH REMINISCE GALLERY CONTACT ME

من كان لله كما يريد، كان الله له فوق ما يريد
Siapa keadaannya seperti apa yang Allah inginkan;
Allah ada baginya melampaui segala harapan.

Jiwa.



Jiwa.. Jiwa manusia..
Kadangkalanya kuat..
Kadangkala boleh jadi terlalu lemah..
Itulah fitrah jiwa manusia..

Tidak selalunya di tempat yang sama..
Sama dengan diriku..
Emosi aku rapuh..
Mudah jua menitiskan air mata..
Selalu saja mahu menangis bila mana aku rasa lemah..

Jangan kau pertikaikan air mataku..
Jangan kau berani menilainya..
Kerana kau bukan di tempatku..
Hanya aku yang mengerti perasaanku..
Biarkan aku terus hanyut dengan rasa hatiku..
Asalkan aku tidak mengganggu dirimu..
Dan asalkan aku masih punya batas dan ingatan padaNya Yang Esa..

Biarkan aku tersungkur menangis disini..
Jangan kau bantu, jangan kau toleh jika kau letih melihatku..
Aku tak pernah meminta simpatimu..
Mahupun aku tidak pernah merayu pujukkanmu..

Persetankan mainan jiwaku..

QishDarleena; 1:26am, 23 Mac 2012.

No comments:

Post a Comment

 

ALL RIGHT RESERVED | QISH DARLEENA 2010-2016 | THIS BLOG IS DESIGNED BY RRAI