HOME ABOUT QISH REMINISCE GALLERY CONTACT ME

من كان لله كما يريد، كان الله له فوق ما يريد
Siapa keadaannya seperti apa yang Allah inginkan;
Allah ada baginya melampaui segala harapan.

Laksana Bunga Jatuh Ke Katil.




Assalamualaikum warahmatullah..

Tahu tak macamana rasa bila penat? "Laksana Bunga Jatuh Ke Katil"
Macamtu lah saya punya penat.. Allahu Allah.. :|
*pembayangan yang agak pelik dan mengarut*

=__________________________________="


Belakangan ini, terlalu sibuk sangat dengan komitmen sebagai seorang pelajar.
Ya.. Hujung semester terakhir si gadis dan rakan2 di Unisel sangat menyesakkan.
Penat. Tapi itulah tanggungjawab. Padat tapi membawa hasil.
Sampai tiada masa yang boleh saya curi untuk diberi buat blog ni..
Minggu depan adalah kemuncak.. Awal bulan Mei penentu segalanya..
Final exam yang terakhir buat pelajar 3A dan 3B Asasi ISM (TESL) di UNISEL.
Sedihnya.. Kelak bakal berakhir kisah Group B yang menjadi kesayangan Miss D.
Kalau nak diceritakan memang tak habislah malam ni..
Nanti si gadis buat entry khas untuk kisah April..

Kami sibuk dengan;

Class yang makin padat hari demi hari. 

Persediaan untuk pementasan role play kami.

Ujian mid term dan quizzes.

Mengendalikan program Sekolah Sahabat Unisel 2012.

Pementasan besar Nanny McPhee (assignment major untuk Literature)

Dan.. Alhamdulillah.. Segalanya sudah berakhir semalam..
Sekarang tugas si gadis, tumpukan perhatian untuk final exam 7 & 8 Mei nanti..
Bila dah selamat semuanya, baru lah akan ku update dengan membuak buak.hiwhiw.
*takut janji melayu je lebih* lantak ah kalau time tu cerita dah basi pun..

Apapun, si gadis mohon doa tulus buat kawan2 yang datang menenguk ke sini..
Doakan kejayaan si gadis dan kawan2 buat peperiksaan akhir yang bakal menjelma..
Doakan moga segalanya dipermudahkan buat kami.. In Sha Allah.. *kalau anda sudi*
Lepasni mungkin si gadis tak update buat beberapa ketika sampai selesai semuanya..

Akhir kalam, terima kasih buat yang sudi menjenguk blog yang suam suam kuku ni..
Dah lah tuan dia macam biskut.. kejap update kejap tidak.. haha. 
Thanks again.. :)

QishDarleena

How Special Is A Muslimah?




Ya Allah.. Please make me as a muslimah that bring blessing to my surrounding..
Please increase the sense of shame on me..
Please keep me from all temptations of lust and infirmity of mind ..
Please ease myself to always vail to You and perform my ibadah.
Amin.. Yarabbal alamin..


Kaum Hawa, Aurat dan Tabarruj..


Assalamualaikum warahmatullah..

Dulu qish si gadis pelik.. Ya.. Agak pelik sedikit bila mana dia suka mencuba sesuatu yang baru dan unik. Kadangkala fesyen dia membuatkan dia digelar pelik oleh kawan2nya.. Ouh ya.. Itu zaman kejahilan dahulu kala. Waktu tak bertudung, apa gaya dia tak cuba? Nauzubillah. Takmau dah kembali ke zaman jahil. Bila masa mula2 bertudung pun dan baru nak menyesuaikan diri ketika itu, dia serba sedikit terpengaruh dengan imej yang dibawa oleh arus trend. Ya.. Dia bertudung tapi tak betul2 menutup aurat. Ramai yang lakukannya sekarang. Ramai dilihat bertudung dengan lebih mementingkan gaya yang dibawa dan bukan bertudung dengan menjaga aurat yang ada.. Wahai kaum hawa, itulah "Tabarruj".. Ramai orang yang tidak sedar akan perilaku atau gaya mereka yang mungkin boleh membawa kepada tabarruj iaitu cara kaum wanita berpakaian atau berhias berlebih-lebihan yang boleh menarik perhatian.. WALAUPUN WANITA ITU MENUTUP AURAT. Dahulu, Qish si gadis adalah salah satu daripada kaum hawa yang bertabarruj. Ya saya..

Hmm. Dari beberapa artikel yang Qish baca mengenai tabarruj ni, pokok pangkal yang menjadi penentu sama ada cara anda berpakaian itu tabarruj atau tidak ialah MENARIK PERHATIAN vs. TIDAK MENARIK PERHATIAN. Kalau bab yang menutup aurat itu pula tak terletak pada hukum tabarruj kerana aurat sendiri pun ada hukumnya yang begitu jelas. Kalau soal aurat, ia tetap wajib ditutup walaupun ia boleh menarik perhatian atau tidak. Tetapi pada soal tabarruj ini, ia adalah berkenaan berlebih-lebihan dalam berhias. Dan yang pasti, tabarruj buat wanita yang menutup aurat dengan sempurna mahupun tidak menutup aurat adalah sama haramnya di sisi Islam. Wallahualam. Firman Allah SWT dalam Surah An-Nur Ayat 31 menyebut;-

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."

Kesimpulannya kawan kawan, berubahlah serba sedikit demi untuk mencapai husnul khaatimah yang terbaik buat diri kita sekalian umat hawaNya di akhirat kelak.. Tutuplah aurat dan peliharalah diri anda daripada menjadi bahan tontonan di pandangan mata2 kaum adam yang meliar mencari mangsanya.. Kalau anda tutup aurat dengan sempurna, In Sha Allah anda lebih selamat dalam serba serbi.. Selamat di dunia dari ancaman syaitan bertopengkan manusia dan lebih selamat di akhirat dengan bekalan saham yang anda bawa.. Jauhkanlah diri kita dari perilaku yang boleh membawa kepada kemurkaanNya.. Hm. Ada yang menutup aurat tapi sangat tak sempurna caranya.. Jadi tutuplah aurat dengan betul.. Tapi macam mana caranya? In Sha Allah mudah saja.. Cara dia..

1) Elakkan tutup aurat begini.. Jangan kata anda tak bersedia, tak cukup baik untuk berubah atau takda pakaian yang sesuai.. Kalau anda betul2 berniat baik untuk berubah, Allah akan permudahkan.. In Sha Allah.. [tekan gambar untuk tengok lebih jelas]


2) Seterusnya, tutup aurat dengan betul sebetulnya dan sempurna. Macam mana tuu? Hmm. Bermula dari bahagian kepala, tudung mestilah tak jarang, tak nipis, dan labuhkan sehingga menutupi dada anda. Lepastu tang baju mesti lengan panjang biar nampak tapak tangan je, baju mesti longgar, tak jarang dan tak nipis macam tudung. Tak ketat hingga nampak susuk tubuh awak yang tak patut orang ajnabi nampak tuu.. Kalau boleh, yang dipakai dengan seluar tu biar labuh hingga tutup punggung. Seluar atau kain yang awak nak pakai pun biarlah labuh sampai ke buku lali. Tapi jangan pula ketat, jarang atau nipis juga hingga nampak kaki awak tuu.. Tang kaki mestilah bersarung kaki atau pakai stokin. Kasi cover seluruh tubuh badan yakni aurat anda kecuali muka dan tapak tangan yang bukan aurat tu. Tang tangan pun eloklah dipakai sarung tangan/handsocks sebagai penyelamat. Kut2 kalau lengan baju terselak aurat awak takda lah nampak kann. Pendek kata rupanya begini. Sedap sangat mata memandang. Subhanallah..


3) Lepastu, yang paling penting sekali bila dah menutup aurat, perbetulkan ibadah anda. Tak susah pun nak solat lima waktu.. 2-4-4-3-4. Bukan Allah minta masa lama untuk diluangkan bersujud kepadanya. Cuma tak sampai 10 minit untuk satu waktu solat.. Payah sangat ke? Kalau jaga solat, terjagalah iman kita. Nak buat jahat pun takut. Jaga ibadah kita elok2.. BIla dah sempurna, lakukan yang sunat. Lagilah pahala berganda. In Sha Allah. Sesungguhnya solat itu dapat mencegah kita daripada perbuatan keji dan mungkar.


Cara di atas saya rancang dan praktikkan pada diri saya dan saya rasa wajib saya sebarkannya. Ya ukhti.. Takda alasan untuk kita katakan tidak untuk perkara yang wajib kita buat ni. Walaupun awak sekarang tak bertudung atau menutup aurat dengan sempurna, belum terlambat lagi kalau awak nak berubah. Kembalilah ke pangkal jalan secepat mungkin dan istiqamah agar Allah redha dengan kita. Entry ini saya nukilkan sebagai perkongsian buat semua. Saya sendiri masih memperbetulkan diri saya dan sedang belajar lebih lagi untuk menjadi gadis solehah yang berharap untuk sentiasa diredhaiNya. Saya juga sedang berusaha nak membetulkan adik2 dan keluarga saya sendiri. Hakikatnya memang bukan mudah tetapi tanpa usaha, kemahuan kita takkan dapat berturut. In Sha Allah kita akan sentiasa dalam lindungannya. Wallahualam bissawab..

QishDarleena


 

ALL RIGHT RESERVED | QISH DARLEENA 2010-2016 | THIS BLOG IS DESIGNED BY RRAI