HOME ABOUT QISH REMINISCE GALLERY CONTACT ME

من كان لله كما يريد، كان الله له فوق ما يريد
Siapa keadaannya seperti apa yang Allah inginkan;
Allah ada baginya melampaui segala harapan.

8 Rejab.



Assalamualaikum warahmatullah..

Harini tanggal 29 Mei 2012, hari Selasa bersamaan 8 Rejab 1433 Hijrah.. Alhamdulillah, mata dibuka dengan rasa penuh bersyukur atas peluang yang diberi olehNya untuk si gadis terus bernafas di muka bumi ini. Hari bermula dengan rutin biasa sejak tamat asasi beberapa minggu yang lalu.. Pukul 10 pagi masuk ke pejabat namun harini si gadis terlewat sedikit kerana terlajak tidur dan hanya bangun pada pukul 9:30 pagi tadi.. Allahuakbar.. -.-"

Tiba di pejabat, terus siapkan kerja yang ada di meja.. Buat filling, kemas2 sikit meja yang berselerak dengan kertas minit mesyuarat yang dah siap semalam dan Alhamdulillah siap semua kerja harini dalam masa sejam je.. :') Lepastu si gadis pun mula mengadap pc untuk Google itu ini, blog sana blog ni, dan biarkan Facebook sentiasa online. Waktu tengah asyik membalas comment, dapat call dari Mama ajak keluar kejap pergi bank untuk urusan penting.. Lepastu terus menuju ke KL Sentral dalam pukul 12 lebih untuk uruskan semuanya dan rancang untuk balik office lepas lunchtime nanti dalam pukul 3.

Sepulangnya dari KL Sentral, turun kereta, Mama nak naik rumah dan si gadis nak berjalan ke office yang sekangkang kera je dari rumah kami, baru mula berjalan, dengar Mama menjerit panggil si gadis dari depan rumah jiran.. Ingatkan barang tertinggal atau apa.. Si gadis pun patah balik. Rupanya Mama nak bagitau sesuatu.. Apa dia? Dapat berita sedih yang sangat mengejutkan.. Allahuakbar.. Terus rasa lemah kaki ni..


كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ثُمَّ إِلَيْنَا تُرْجَعُونَ
"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. 
Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan." -(QS. Al-Ankabut 29:57)

Seorang demi seorang kawan si gadis pergi mengadap Illahi.. Betul.. Bukan cerita rekaan ni.. Ramai betul kawan kawan si gadis dan orang orang sekeliling yang meninggal pada usia muda begini. Muhsin, Hafieza, Ammar, dan beberapa orang lagi.. Al-Fatihah buat mereka.. Indahnya kalau Allah mahu bertemu dengan kita. Indahnya dapat bertemu Allah saat dosa kita masih belum terkumpul hingga berpuluh tahun.. Giliran mereka semuanya telah sampai.. Entah bilalah giliran si gadis.. Sungguh bila memikirkan amalan yang sangat cetek, belum lagi cukup sedia untuk menghadapi mati. Tapi mati itu pasti dan bila bila masa sahaja akan menjemput.. Allahualam..

Teringat kenangan dengan Arwah Hanif.. Bercerita tentang dia,  kami sekolah rendah sama dulu tapi sejak masuk sekolah menengah yang makin rapat. Dia suka usik si gadis.. Dia aktif, periang dan peramah.. Dulu dia suka panggil Qish Caca Marba tapi taktahu kenapa lah.. huhu. Arwah budak pandai dan bersekolah di Sekolah Sains Alam Shah sebelum dia berhenti kerana jatuh sakit lebih kurang 2 tahun lalu.. Lepastu memang tak nampak dah Hanif main bola kat gelanggang futsal bawah rumah Qish sejak dia sakit.. Takda dah dia melepak dengan kawan kawan dia lagi.. Yang tinggal hanyalah kenangan.. Diiring doa dan air mata.. Yang pergi takkan kembali lagi.. Moga sejahtera lah Allahyarham di sana.. Dia dikebumikan di Taman Raudhatus Sakinah satu tempat dengan Papa.. In Sha Allah bolehlah ziarah pusara Arwah sekali bila si gadis menziarah kubur Arwah Papa kesayangan Qish nanti..

Hari ini memang betul betul menduga.. Patutlah si gadis sugul semacam sejak semalam.. Rupanya ada benda nak berlaku.. Moga Allah sentiasa mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Papa, Allahyarhamah Tok Mon dan semua yang telah meninggal dunia.. Moga syurga menanti mereka.. In Sha Allah.. Al-Fatihah..


QishDarleena


No comments:

Post a Comment

 

ALL RIGHT RESERVED | QISH DARLEENA 2010-2017