HOME ABOUT QISH REMINISCE GALLERY CONTACT ME

من كان لله كما يريد، كان الله له فوق ما يريد
Siapa keadaannya seperti apa yang Allah inginkan;
Allah ada baginya melampaui segala harapan.

♥Buka Buku Baru. :)


Assalamualaikum warahmatullah..

"Life is like a book.. We always turn to new pages and grow into a new chapters,
but we always hope that we all get a happy ending.."

Wallahualam.. Setiap dari kita harapkan permulaan yang baik dari sebuah pengakhiran yang berlaku. Tak kira lah sama ada pengakhiran itu datang dari sesuatu yang baik mahupun jua yang tak baik.. Semua orang mahukan yang terbaik dalam hidupnya kan.. :) Tak terkecuali si gadis juga.. Selepas beberapa rintangan dan dugaan dihadapi yang memungkinkan si gadis kecundang dalam melaluinya, Alhamdulillah saya rasa semakin betah nak hadapi hidup yang serba menduga ini. Dalam meniti kedewasaan usia, mungkin cabaran dan dugaan yang dihadapi boleh mematangkan kita.. Siapa tahu kan.. huhu.

Seiring dengan pertambahan titik pengalaman dalam lingkungan kehidupan, *ececehh* si gadis nekad mengubah wajah blognya ke wajah yang baru, yang mungkin kelihatan lebih sesuai dengan jiwa sendiri.. Warnanya merah jambu..hihi. Buat yang dah sedia maklum yang merah jambu ni memang kegemaran tuan empunya badan.. Tapi entah kenapa warna tema blog ini sebelum ini adalah merah, hitam dan putih..huhu. Kali terakhir Qish tukar 28 September 2011 dan lebih kurang 8 bulan jugalah blog si gadis bertahan dengan tema dulu tu. :)



Idea nak ubah blog tiba-tiba datang dengan tak sengaja.. Dan dilakukan dalam masa sejam kut. hee. Dia tak boleh plan kalau benda macam ni sebab kalau plan mesti tak menjadi.. Tadi tak plan Alhamdulillah jadi plak. :3 Tema blog ni, "Buka Buku Baru". Nampak header kat atas tu si gadis tengah pegang buku?huhu. Buka jelah buku apa2 kan janji yang berfaedah dan bawa manfaat. Alhamdulillah.. Moga anda terus rajin nak menjenguk ke sini lagi.. Terima kasih buat yang sudi menjenguk baik yang menonjolkan diri mahupun silent reader. Jazakallahu khairan kathira.. In Sha Allah..

QishDarleena


4 comments:

 

ALL RIGHT RESERVED | QISH DARLEENA 2010-2017