HOME ABOUT QISH REMINISCE GALLERY CONTACT ME

من كان لله كما يريد، كان الله له فوق ما يريد
Siapa keadaannya seperti apa yang Allah inginkan;
Allah ada baginya melampaui segala harapan.

Selamat Datang Baby. =)



Assalamualaikum warahmatullah..

Ketika anda membaca entry ini, si gadis mungkin dah selamat menjejakkan kaki di bumi Kuala Krai, Kelantan untuk percutian pendek bersama Mama tersayang.. Entry ini si gadis draftkan sebelum si gadis bertolak ke Kelantan. Yakni, pada hari Jumaat ketika berada di pejabat dalam keadaan tiada kerja yang nak dilakukan. hee. Alhamdulillah.. Mungkin sekarang saya berada di rumah Aunty Nik Suria (kawan baik Mama) di Taman Guchil, Kuala Krai, Kelantan. :)

Saya nak bercakap tentang seekor makhluk dalam entry ini. Tentang seekor makhluk yang telah mengajar si gadis tentang erti kasih sayang dan kemanusiaan.. Dia yang membawa rasa tanggungjawab yang semakin mendalam dalam diri saya. Tanggungjawab selain daripada tanggungjawab yang sedia ada kepada keluarga, diri sendiri dan orang sekeliling.. Telah bertambah lagi satu tanggungjawab si gadis terhadap seekor makhluk ciptaan Allah, KUCING yang dinamakan Baby. :')

 
Gambar kiri tu lepas 2 hari kat rumah Qish. Belah kanan tu waktu mula2 sampai. :')

Baby ni kucing peliharaan bersama kawan2 si gadis, Shane, Praseetha, Jappy, Angel dan Balvi. Semua orang sayangg Baby. Kali pertama diorang jumpa Baby di cafe berdekatan residen kami. Waktu tu Baby kecil sangat lagi mengiau sorang2 kat cafe tu. Maka diorang pun bawa Baby balik.. Alkisah, Baby dijaga dengan penuh kasih sayang dan ditatang bagai minyak yang penuh oleh Mommies dia semua.. Saya Maklong dia.. hoho. Bergilirlah si Baby kejap tinggal di rumah Praseetha, kejap tinggal di rumah Shane. Sekarang ni Baby dah makin besar.. Haritu Shane dah rancang nak bawa pulang Baby ke Sabah lepas habis Program Asasi kami di Unisel dan masing2 dah sepakat sebab rumah Mommies yang lain2 semuanya ada bela anjing.. Tapi Allah berkehendakan sebaliknya.. Macam2 prosedur yang terpaksa dilalui untuk bawa pulang Baby ke Sabah. Pergi klinik veterinar untuk dapatkan surat dah beratus dan belum lagi termasuk suntikan untuk Baby sepanjang dia menaiki flight ke Sabah dan lagi satu prosedur, Shane kena pergi Putrajaya kalau tak silap untuk dapatkan surat.. Dah beratus duit dihabiskan untuk Baby akhirnya Shane ambil keputusan untuk tinggalkan Baby sementara di rumah Maklong si Baby, si Qish tuan puteri tanah. hihi. Maka pada suatu malam beberapa hari lepas, si gadis pergi ke Times Square bersama Mama untuk jumpa Shane dan Mommy dia dan jemput Baby.. Sedih tengok Shane dan Aunty menangis nak berpisah dengan Baby.. Bila dah bawa Baby balik rumah, semua orang suka dia sebab dia pelik, nakal, lincah, kelakar, manja, comel dan sebagainya. haha. Biarlah gambar menceritakan segalanya. :3



 ♥ She sleep with me every night. :')

♥ Tidur like a boss.

♥ Dia sekor je dah conquer separuh katil.

♥ Kepelikan dia; kalau nak tidur dia akan gigit blanket dia,
gigit2 dan tekan2 sampai khayal dan pengsan dengan sendiri. ahaha.

♥ Tengok tuu dia dah pengsan. -.-'

♥ Dia ada blanket sendiri yang color coklat tu sejak kecil..

♥ Yang bulu sangatt tu bantal teddy dia..

♥ Teddy kecil tu kawan baru dia nama Chip. (Y)

Baby ni hyperaktif dan lincah semacam.. Dia suka gigit dan kejar orang ikut suka hati dia je.. Haha. Tapi dia gigit manja2 je dan kejar sebab nak main. Risau juga bila si gadis pergi kerja nak tinggalkan dia kat rumah dengan Mama sebab dia nakal sangat. Kalau waktu dia nakal senang je, sumbat dia dalam cage..

Padan muka kena duduk dalam cage.
Asal dia tak duduk diam je memang kami kurung..

Memandangkan si gadis bekerja sebelah siang, tak sempat nak shopping barang2 si Baby untuk maintenance dia.. Semalam minta Neddy ke Jusco untuk belikan makanan, litter sand, shampoo dan susu untuk si Baby. Tak puas hati bila tak dapat beli dan pilih sendiri barang yang nak dibeli.. Tapi Alhamdulillah Neddy sudi tolong.. Litter box, food/drink box dengan litter shovel Neddy tak tahu nak beli.. Akhirnya keluar juga ke Jusco sebelah malam kebetulan Mama memang nak beli groceries. Tinggi juga maintenance kucing kecik ni.. huhu. 

Litter sand, cat food, shampoo, milk, litter, box, food box, shovel.
Anything for you, Baby.. :-*

Apapun, Maklong janji akan jaga Baby elok2.. Ni amanah Mommies awak.. Kesian sama si Shane especially.. Kamu nda perlu risau bah. Nanti I ubah Baby jadi macam all new Evangeline.. hihi. No worries.. I'll love and treat Baby just like my own child. Jangan risau kamu di sana.. Kalaua da masa lapang you boleh Skype sama I and Baby.. In Sha Allah.. Sekarang ni Ain Darleena adik si gadis yang tolong jaga Baby while I kat Kelantan.. Baby is very close to her now.. :')
"UNTIL ONE HAS LOVED AN ANIMAL,
A PART OF ONE'S SOUL REMAIN UNAWAKENED.."

QishDarleena

2 comments:

  1. @babycomel; takut ke geli? huhu. mesti geli kan.. takut dengan Allah je sayang.. :)

    ReplyDelete

 

ALL RIGHT RESERVED | QISH DARLEENA 2010-2016 | THIS BLOG IS DESIGNED BY RRAI