HOME ABOUT QISH REMINISCE GALLERY CONTACT ME

من كان لله كما يريد، كان الله له فوق ما يريد
Siapa keadaannya seperti apa yang Allah inginkan;
Allah ada baginya melampaui segala harapan.

Annisa..



Auratnya bermaruah, bukan murah..
Bukan seperti pepatah,
"Sekali air bah, sekali pantai berubah."
Imannya "Masha-Allah, Alhamdulillah!"
Diduga dia tabah, diduga tidak goyah.
Hati kadang gelisah, tapi tidak menyerah.
Hanya pada takdirnya dia pasrah.
Dia bangga jadi Muslimah.
Dia tegar kejar Solehah.
Dia tak mahu layu-lemah.

Ahlan Wasahlan Ya Syaaban! ♥



Assalamualaikum warahmatullah..

Bismillahirahmannirrahim.. Harini 21 Jun 2012, genap 1 Syaaban 1433 Hijrah. Alhamdulillah.. Ahlan Wasahlan Ya Syaaban! Munculnya bulan Syaaban menandakan lagi selangkah bulan saja untuk kita menghadapi Ramadan al-Mubarak dan ada lebih kurang 29 hari saja lagi sebelum muslimin dan muslimat seluruh dunia mula berpuasa.. In Sha Allah..


Hanya sebagai perkongsian ringkas dari si gadis yang dirujuk dari beberapa laman web dakwah, si gadis ada memetik beberapa hadis dan potongan ayat al-Quran yang bercakap khusus tentang kehebatan bulan Syaaban.. Antaranya; 

Hadis yang diriwayatkan dari Umamah Al Bahili ra, berkata: Rasulullah SAW bersabda, "Apabila masuk bulan Syaaban, (cerialah) dan sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."

Hadis yang paling mahsyur yang dipetik dari kitab Raudatul Ulama pula, Rasulullah SAW bertanya kepada sahabat-sahabatnya, "Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?" Para sahabat menjawab, "Allah dan RasulNya lebih mengetahui." Sabda Rasulullah SAW, "Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali."

Dalam bulan Syaaban juga, kita digalakkan untuk meningkatkan amalan kita kerana bulan Syaaban adalah kesempatan buat kita untuk memperbaiki diri dari segala macam cela. Antara amalan-amalan tersebut (termasuk dengan dalilnya) adalah seperti berikut;

1) Memperbanyakkan puasa sunat.

Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

2) Memperbanyakkan zikir, selawat dan doa kepada Rasulullah SAW.

Sabda Rasulullah SAW: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

3) Bertaubat.

Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."

Terdapat juga beberapa peristiwa penting yang telah berlaku dalam bulan Syaaban, antaranya;

1) Lailatul Baraa'h atau Malam Nisfu Syaaban.

2) Penukaran Arah Kiblat.
3) Peperangan Bani Mustaliq.

Itulah serba sedikit entri ringkas mengalukan kedatangan Syaaban untuk perkongsian bersama kalian yang sudi membaca. Kalau nak tahu lebih lanjut, mungkin boleh Google atau tekan link yang si gadis kongsikan di bawah untuk rujukan mengenai peristiwa di bulan Syaaban. Moga dipermudahkan segala urusan kita dalam bulan Syaaban ni. In Sha Allah.. By the way, siapa puasa harini angkat kaki?! hihi. *takda motif* Yang perempuan jum high-5. hoho. Sampai ketemu lagi. ♥


QishDarleena


Iman vs. Roti Tisu.


Assalamualaikum warahmatullah..


Mulanya dengan bismillahirahmannirrahim.. =)

Iman- dari segi bahasa bermaksud percaya. Dari segi istilah pula bermaksud membenarkan dengan hati, diucapkan dengan lisan, dan diamalkan dengan tindakan (perbuatan). Dengan demikian, pengertian iman kepada Allah adalah membenarkan dengan hati bahawa Allah itu benar-benar ada dengan segala sifat keagungan dan kesempurnaanNya, kemudian pengakuan itu diikrarkan dengan lisan, serta dibuktikan dengan amal perbuatan secara nyata. (sumber; http://zikrihusaini.com/iman-yang-naik-turun/)

Roti Tisu- merupakan satu makanan kegemaran di Malaysia. Ia sering dimakan sebagai makanan malam. Sering kali dimakan bersama dengan teh tarik, atau teh ais. Biasanya dihidangkan dengan kuah dal atau kari dengan sambal ikan bilis pedas. (sumber; http://ms.wikipedia.org/wiki/Roti_tisu) Berdasarkan pengetahuan si gadis pula, roti tisu adalah sejenis roti dari keluarga roti canai tapi dimasak dengan adunan cair seperti tosai. Roti tisu dimasak nipis-nipis di atas kuali leper dan ditaburkan gula serta diletakkan marjerin pada adunannya. Selepas masak, roti tisu digulung tiga segi dan dituang madu serta susu pekat manis. Rasanya lemak manis, sangat sedap dan rangup. 

Alhamdulillah.. Sedap tau roti tisu ni.. :P
*abaikan tangan siapa ntah itu*

Tahukah anda? Iman dan roti tisu ada dua persamaan dalam sifatnya. 
*true story* Tak percaya? Si gadis ada buktinya..

1) MANIS; Manisnya hidup kalau bersulamkan keimanan yang kuat terhadap Allah, Al-Quran dan As-Sunnah. Semanis sifat roti tisu yang sangat lemak manis, kalau dimakan rasa gembira je dan senyum semakin lebar.. Ibarat kehidupan mereka yang beriman, bahagia dan tenang tanpa kekusutan.. Nikmat keimanan ialah nikmat tertinggi yang dianugerahkan Allah kepada manusia.

2) RAPUH; Keimanan dalam diri perlu dijaga walaupun sekuat atau sekerap mana pun kamu beribadat. Iman itu sifatnya rapuh dan mudah saja goyah kalau tak dijaga dengan betul. Sama juga dengan sifat roti tisu yang memang mudah rapuh kalau tak dimakan dengan berhati-hati, dipegang sesuka hati, maka ia akan bersepai menjadi cebisan kecil yang terpaksa dikutip sedikit demi sedikit untuk dimakan. Iman yang tidak terjaga akhirnya akan menjadi habuk sekecil kuman sahaja dalam diri kita. Nak pulihkan atau betulkan balik? Kena kumpul semula cebisan yang hilang dan muhasabah diri juga.

Terlebih dahulu, qish bukanlah ingin menyamakan taraf Iman dan Roti Tisu jauh sekali memandang tahap Iman sebagai hanya setaraf makanan- Roti Tisu. Hanya nak menunjukkan hiperbola agar kita berfikir lebih dalam dan cuba kaitkan kehidupan seharian kita dengan cara untuk memantapkan Iman.. In Sha Allah.

Macam mana cara nak tambahkan kemanisan Iman dan jauhi ia dari menjadi rapuh? What about Roti Tisu? Ada resepi nak kasi lagi manis tak? Macam mana kalau takmau kasi Roti Tisu pecah sebab terlalu rapuh? Hahh. Yang tu cari sendiri. Mari bercakap tentang IMAN.


Ingat 5 'M' untuk tingkatkan Taqwa;
Mu’ahadah, Muqarabah, Mu’aqabah, Muhasabah, Mujahadah.
(sila rujuk http://fikratisyani26.blogspot.com/2011/08/5-cara-menjadi-orang-bertaqwa-pada.html)


TAUBAT- Sentiasa bertaubat kepada Allah dan jangan penat untuk melakukan taubat berulang-ulang kali. Firman Allah: “Dan Dialah Tuhan yang menerima taubat hamba-Nya yang bertaubat serta memaafkan kejahatan mereka lakukan; dan Ia mengetahui akan apa yang kamu semua kerjakan.” (As-Syura,Ayat 25)

IBADAT- Banyak cara untuk kita kerjakan ibadat kita kan? Yang penting, Fardhu Ain didahulukan dan kemudian Fardhu Kifayah.. Solat, Puasa, Zakat, Haji (tunaikan ibadat khusus nii.) Kalau nak bertambah lagi amal, lakukan ibadat umum seperti bersedekah, menolong orang yang susah etc.. Firman Allah: "Dan dirikanlah solat (dengan tekun), sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan." - (Al-Ankabut,Ayat 45)

Wajib atau sunat, lakukanlah saja asalkan atas niat untuk mendapat keredhaanNya. Yang penting, kita jaga diri dan jaga amal kita. Persetankan kalau ada yang mahu mempertikaikan kita kerana mereka tiada hak sama sekali.. Dan si gadis ini juga sedaya upaya mahu meningkatkan Iman si gadis yang lemah ini. Perkongsian ini panjang tapi belumlah lengkap isinya dengan dalil-dalil yang cukup. Sekadar ingin menegaskan bahawa "keimanan itu ibarat enjin badan dalam diri manusia. Ia berfungsi untuk mengendalikan perkataan, perbuatan, gerak langkah hingga getaran hati. Malah lintasan-lintasan dalam diri seseorang juga sangat bergantung pada kemantapan dan ketegaran imannya. Bila terjadi sedikit jurang dan pada iman maka akan menimbulkan kerosakan pada gerak langkah yang tercipta." - (http://zikrihusaini.com/iman-yang-naik-turun/) Mungkin anda boleh rujuk pada websites dakwah, buku atau kitab dari oleh yang lebih arif. Sesungguhnya, yang baik itu dari dari Allah dan segala khilaf datang dari diri saya sendiri.. Wallahualam~


QishDarleena

♥Maulid QishDarleena.



Assalamualaikum warahmatullah..


Bismillahirahmannirrahim.. =) Terus ke usul perbincangan kita buat entri kali ini.. *aceceh* hihi. Selamat membaca kepada anda yang membaca. Alhamdulillah. Bahawasanya kelmarin, tanggal 16 Jun 2012, telah terjadinya peristiwa Maulid QishDarleena. Siapakah beliau? Gerangannya si gadis tuan empunya blog dengan ketinggian 156.7cm berat dirahsiakan ini lah yang menyambut hari lahirnya yang-19 tahun kelmarin. Selamat pertambahan usia qish.. *tepuk bahu sendiri* Hmm. usul pertama yang ingin dibahaskan, 16 Jun 2012 ialah berbeza dengan 16 Jun 2011. Perbezaan ketara? Mari lihat sendiri.

- Papa tiada lagi bersama-sama kita. Inalillahi waina ilaihi rajiun..
- Dulu sambut umur 18, kini sambut umur 19. Kita semakin tua..
- Tahun lepas sambut di hostel, tahun ini bersama keluarga..
- 16 Jun 2011 jatuh pada 14 Rejab 1432 H, semalam pula 26 Rejab 1433 H..
- Dulu kurang comel, sekarang sangat comel. EH. *tangan di mulut*

16 Jun 2012 pula lagilah sangat berbeza dengan 16 Jun 2007.
(yakni 5 tahun yang lalu). Apa diaa?

- Papa masih ada 5 tahun lepas.. Sangat sihat walafiat. Alhamdulillah.
- Ketika itu umur 14, kini sudah 19 tahun. Alhamdulillah. Makin tua. hehe.
- Masih bersekolah ketika itu, baru nak mengenal dunia. Naifnya~
- Tak bertudung. Jahilnya kita Ya Allah.. Tak concern dosa pahala.

Sungguh, pengalaman membesar seiring usia. Kematangan dan kesedaran diri juga In Sha Allah akan meningkat apabila usia kita bertambah. Itu mungkin semua orang sedia maklum kan.. Banyak harapan juga yang terbit sempena pertambahan usia ini. Bukan mudah nak capai cita-cita menjadi muslimah sejati dan mujahidah yang solehah di dunia yang serba penuh pancaroba ini. Risau juga kalau iman yang tak kuat ini tiba-tiba bergoncang.. Nauzubillah. Gadis ini baru bermula.. Allah.. Qish yang lembik ni sedang kelam kabut lagi nak menceduk kekuatan, nak berjihad menjadi muslimah yang innocent gitu.

Betul, bukan senang.. Banyak dugaannya. Lebih-lebih lagi buat qish yang lincah dan happening sejak dulu ini. Bagaimana si gadis boleh mengubah imej daripada salah seorang ahli cheerleader (pasukan sorak) yang satu masa dulunya..hmm.. *takmau dikenang* kepada dirinya sekarang? Ya Allah.. Malunya sangat-sangat. Segan sangat bila ingat perangai lama. Alhamdulillah sekarang lebih selesa bertudung. Terima kasih Allah sebab beri hidayah. ;') Tapi masih cetek juak ilmu agamanya. Masih merangkak-rangkak mencari erti cinta sejati dari Illahi.. Masih cuba mengorek rahsia tauhid dan sirah yang boleh membawa kepada penemuan yang lebih mendalam akan erti kehidupan sebenar. Doakan si gadis terus kuat. Bi Iznillah..

Apa kunci utama kepada perubahan diri? Bagi saya; Niat untuk berubah ke arah yang lebih baik di jalan yang diredhai Allah, Usaha untuk meningkatkan taraf ibadah kita dengan ikhlas dan khusyuk kerana Allah, Doa yang tidak putus-putus dan yang paling penting.. IKHLAS.. Ikhlaskan segalanya kerana Allah dan bukan atas nama bakti untuk seseorang atau kerana sebuah paksaan. Segalanya bermula tanpa disedari.. Mungkin Allah dah tetapkan cara ini buat si gadis. Diuji dengan pelbagai ujian dan dugaan yang bukan kecil. Dan sememangnya, ujian dari Allah membantu kita untuk menjadikan diri lebih dekat dengan Allah.. To be honest, sejak dulu, bila waktu susah hati atau tension, baru nak ingat Allah. Kalau tengah bahagia je, lupa akan Allah.. *true story* Inilah lumrah manusia agaknya. Tabarakallah..

Banyak harapan yang mahu disandar.. Banyak sangat.. Diri sendiri memang masih terumbang-ambing dalam mencari erti kasih Illahi yang hakiki. [Ibadah, Ibadah, Ibadah..., Akhlak, Adab dan Tingkah Laku etc.] - semua ni masih tercarik-carik lagi helaiannya. Perlu cantum dengan helaian perca indah melalui muhasabah diri yang kekal. Ya.. Si gadis sedang menjalin perca tersebut dan berterusan menjalin.. Harap ia kekal berterusan sampai bila-bila dan moga diri tidak letih untuk terus berubah. In Sha Allah~ ♥

Panjang sudah entry ini.. Tak sedar yang tangan laju menaip tanpa menghiraukan waktu yang berjalan. Harusnya diri ini sudah tidur. Alahai~ Tak sempat lah nak kupas usul yang lain.. Kalau rajin ada lah update susulan. Kalau tak rajin.. hee. faham-faham sendiri lah.. Syukran!

QishDarleena



Di Ambang Hari Jadi.


Assalamualaikum warahmatullah..

Malam ini sudah menjengah ke hari yang baru.. Sudah masuk hari Jumaat penghulu segala hari, tanggal 15 Jun 2012. Jumu'ah mubarakah ya ukhtiyya wa ukhayya! :) Ini bermakna lagi sehari je hari lahir si gadis yang ke-19.. Hihi. Alhamdulillah. Cepat betul masa berlalu kan.. :D Sekarang pukul 1:46am. Patutnya si gadis dah kena tidur dah ni sebab esok nak kerja. (Padahal hari2 memang tidur lambat.haha.) Tapi entah kenapa bila fikir macam-macam, mata yang tadi dah mula berat waktu leka melayan novel "Suami Aku Ustaz?" tiba-tiba jadi tak mengantuk langsung. Haa. Memang ada yang tak kena rasanya.. Memang.. Dan si gadis mahu berkongsi rasa di sini.. :/

Kebelakangan ini, hati selalu terdetik mengingati kematian.. Entah mengapa tak sedap hati setiap kali teringatkan perkara itu. Sangat takut dan mendebarkan, sangat seriau dan menyeramkan. Memang Allah nak kita sentiasa mengingati mati.. Tapi sekali kita teringat akan benda itu, hati jadi seram sejuk.. Tak tenteram rasa.. Semacam suatu perasaan yang sukar untuk dirungkai. Yang pasti, hanya Allah yang Maha Mengetahui bilakah detik itu.. Sebab itu si gadis rasa takut semacam kut.

Bila bercakap tentang perkara ini, satu benda yang terus berbenak di fikiran kita tentulah berkenaan amal yang kita dah lakukan. Sungguh bila direnung kembali, diri ini masih kosong dan belum bersedia lagi.. Persediaan tak cukup dan banyak yang perlu diceduk. Ya Allah.. Panjangkanlah usiaku dan berikanlah aku peluang untuk menambahkan amal ibadahku.. Amin.. Amin.. Berikanlah aku peluang untuk membalas jasa orang tuaku, mencorak masa depan dengan ilmu kurniaanMu dan mengubah dahulu adik-adikku yang tersayang. Makbulkanlah doaku Ya Allah.. Amin Yarabbal Alamin..

Hmm.. Kalau saya pergi pun, nak pesan ini pada semua yang tersayang.. Terutamanya buat adik-adik, jangan tinggal solat.. solat tiang agama, cerminan iman. Jangan dedahkan aurat.. ingat yang hero kita akan terseksa kerana kalian. Jaga budi pekerti dan tingkah laku.. hormati semua orang dan bertolak ansur. Jaga diri elok-elok.. jangan buat perkara bukan-bukan yang boleh mengubah hidup kamu dan memberi kesan kepada keluarga.. Belajar rajin-rajin, lakukan segalanya yang terbaik dalam hidup. Sambung belajar dan balas jasa Mama.. Bawa kejayaan buat keluarga, jadilah anak kebanggaan keluarga. Jangan bergaduh sesama adik-beradik, jangan malu nak tunjukkan kasih sayang.. Berjimat cermat, jangan ikut nafsu dan akal.. Pilih kawan yang baik dan jangan terpedaya dengan kawan. Luangkan masa yang lebih dengan keluarga berbanding kawan-kawan.. Pendek kata, yang baik jadikan teladan dan yang buruk jadikan sempadan. Kaklong sayanggg adik-adik kaklong sangat-sangat. Janganlah nakal-nakal ya wahai monsters sekalian.. huhu.

Buat Ibunda tercinta, kaklong sayangkan Mama sangat-sangat.. Terlalu sayangkan Mama yang cantik dan baik hati ni.. Kaklong minta maaf kalau kaklong ada sakitkan hati Mama, buat Mama terguris dan banyak menyusahkan Mama sejak kaklong lahir sampailah sekarang.. Terima kasih yang tak terhingga buat Mama sebab sudi melahirkan kaklong, melayan kerenah kaklong, membesarkan kaklong, menjaga dan merawat kaklong serta mendidik kaklong hingga kaklong dah besar ni..huhu. Halalkan segalanya yang Mama beri buat kaklong.. Terima kasih atas segalanya Mama.. Kaklong sayangggg Mama sangat-sangat..

Buat kaum keluarga yang lain, sahabat handai dan semua yang mengenali si gadis, si gadis mohon ampun dari hujung rambut sampai hujung kaki.. Qish minta maaf sangat-sangat kalau ada salah dan silap sama ada salah yang qish sedar atau salah yang qish tak sedar pun qish buat.Terima kasih atas ukhwah yang terjalin di antara kita.. Halalkan segala perlakuan atau apa-apa yang qish terima dari anda.. Jaga diri, jaga iman dan jaga amal.. Hahh. Malas nak sambung entry ni sebab dah ter'emo' lebih dan takut melalut.. hihi. Harap semua faham apa yang saya sampaikan. :3 Btw, harini hari lahir Arwah moyang lelaki qish sebelah Mama. Toknyang ni nenek punya ayahanda.. Tahun ni genap 4 tahun Toknyang meninggal dunia.. Al-Fatihah buat Toknyang. Hmm. Entri ni macam emosi. Macam jiwang pun ada. Saya berjiwang dalam entri di malam ambang sebelum hari jadi. Entah apa nak jadi lah. Okay dah..

p/s; Tak sangka usia nak masuk hujung belasan dah esok.. hee. Tabarakallah..

QishDarleena


♥Hadis Cinta



Anas RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Ada tiga hal yang barangsiapa mengamalkannya, maka dia dapat menemukan manisnya iman, iaitu orang yang mencintai Allah dan RasulNya melebihi daripada yang lain; mencintai yang lain kerana Allah; tidak suka kembali pada kekufuran (setelah Allah menyelamatkannya) sebagaimana ia tidak suka dilemparkan ke dalam api neraka." - (Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Nasa'i, Ahmad)

Sabda Rasulullah SAW lagi: "Masih belum sempurna iman seseorang daripada kalian sebelum diriku lebih dicintai oleh daripada hartanya, anaknya, dan seluruh manusia." - (Riwayat al-Nasa'i) 

"Sesiapa yang jatuh cinta, kemudian menyembunyikannya hingga kematian datang menjemputnya, maka dia adalah seorang syahid." - (Riwayat Hakim, Ibn Asakir, al-Dailami dan lain-lain)

Wallahua'lam..


Masa, Syukur, Tanggungjawab etc.



Assalamualaikum warahmatullah.. 

Jumu'ah Mubarakah dan Salam 18 Rejab buat awak yang membaca.. Pejam celik, pejam celik harini dah hari Jumaat kedua dalam bulan Jun. Kejap sahaja masa berlalu kan. Yalah. Masa tak menunggu kita dan kita yang kena mengejar masa. Bukanlah masa itu diperuntukkan untuk kita seorang sahaja malah masa terpaksa dikongsi dengan orang lain dan pelbagai perkara yang perlu diselesaikan. Masa yang berlalu akan terus berlalu tanpa menunggu insan yang lalai dan leka. Firman Allah;

"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar." - [Surah al-'Asr]


Bila terfikirkan akan masa yang berjalan terlalu pantas, si gadis juga akan teringat akan sisa-sisa hidup yang tinggal.. Iyalah.. Semakin masa bertambah, semakin bertambah jua angka usia kita dan semakin dekatlah kita dengan kematian.. Masa dan kehidupan manusia saling berkait dan apabila sampai sudah masa ajal sudah menjemput, masa akhir zaman dan masa pengakhiran buat sesuatu, ia terus berakhir dan takkan boleh ditunda. Betapa kuatnya pengaruh masa dalam hidup manusia.. Wallahualam..


الحمد لله رب العالمين 
Segala puji tertentu bagi Allah, 
Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam.


Syukur, sepenuh hati bersyukur. Sebab Allah beri peluang untuk kita membuka mata dan melihat matahari pada pagi hari ini.. Sebab Allah beri peluang juga untuk kita tersenyum dan memberi senyuman kepada orang sekeliling kita selagi hayat masih ada dikandung jasad.. Dan syukur sebab Allah sihatkan tubuh badan kita untuk mencari rezeki hari ini.. Tapi belum tentu kita akan terus hidup sepanjang hari ini. Belum tentu kita sempat untuk menutup mata di pengakhiran hari dan berehat dengan tidur sementara menunggu hari esok. Mungkinkah hayat kita akan berakhir sejam lagi? Atau mungkin kita sempat untuk menikmati Asar namun tak berpeluang untuk bertemu Maghrib? Bersyukurlah sampai setakat mana peluang yang Allah beri kerana setakat itu ia sampai, mungkin ada hikmah dalam lingkungan itu. Semua kuasa Allah dan tiadalah hak kita untuk mempertikaikan apa-apa ketentuanNya.


“Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi, dan kepada Allah sahaja tempat kembali (sekalian makhluk).” - [Surah An-Nur Ayat 24.]

Bila terfikirkan akan pelbagai urusan dunia yang takkan selesai, hanya satu yang terlintas. Memang satu yang selalu bermain di fikiran kerana kita tak tahu bila ajal kita.. Si gadis selalu meminta untuk dipanjangkan usia sekurang-kurangnya hingga selesai segala tanggungjawab si gadis terhadap keluarga. Berat tanggungjawab itu tapi bukanlah suatu beban.. Si gadis mahu sebelum diri ini menutup mata, si gadis berjaya ubah 3 orang puteri adik kesayangan menjadi wanita yang berhemah, menutup aurat dengan sempurna dan berdisiplin dalam ibadah mereka. Si gadis akui, memang payah dan bukan mudah nak membetulkan adik-adik sendiri.. Pernah terlihat formula simple dari satu rakan blogger yang berkata- "Kalau mudah, bukan dakwah." Memang itu satu cabaran, dan saya masih mencari cara terbaik untuk tarbiyyah mereka. Memandangkan diri sendiri pun tidak sempurna, masih merangkak-rangkak untuk menadah ilmu dan terkial-kial lagi untuk memperbetulkan diri, saya mungkin perlu cari alternatif yang berkesan. Doakan moga si gadis dan sahabat semua dipermudahkan dalam segala urusan. Bi Iznillah.. 

QishDarleena


Renungan Buat Sekalian Muslimat..


Tak nampak tulisan dan tak berapa jelas? Boleh tekan gambar ni..
Moga ia menjadi pedoman buat muslimat di luar sana.

Nota Berpesan.



Syukuri yang sedikit, Allah akan memberi yang banyak..
Buat dulu yang termampu, Allah akan bantu untuk membuat yang tidak termampu..
Amal dulu ilmu yang ada, nanti Allah akan memberi ilmu yang tiada..
Cubalah sedaya upaya untuk merasa bahagia dengan membuat kebaikan..

Dan buatlah kebaikan tanpa diketahui oleh orang lain..
Apabila mampu melakukan ketaatan... katakan Alhamdulillah..
Apabila terlanjur melakukan kejahatan... ucapkan Astaghfirullah..
Syukur dan taubat adalah penawar kelelahan diri... di jalan mujahadah! 

In Sha Allah.. "Hasbunallah wani’mal wakeel~"

Maka Allah adalah sebaik-baik penjaga dan Dia 
adalah Maha Penyayang di antara para penyayang. -[QS. Yusuf:65]

Duka dan Bersuka.



Assalamualaikum warahmatullah..

Harini 5 Jun 2012 bersamaan 15 Rejab 1433 H. Sekejap je masa berlalu. Semalam genap 7 bulan selepas Papa kembali ke rahmatullah meninggalkan kami lima beranak.. Tiada lagi hero dalam Jannatul Darleena yang bertanggungjawab segalanya atas kami berlima, perempuan perempuan dalam hidup beliau.. Tidak terhitung pengorbanan Papa dan takkan terbalas jasa Papa sampai bila-bila.. Hanya kasih sayang yang tak terhingga buat dirimu mungkin boleh sama tanding dengan kasih sayang yang Papa curahkan buat kami.. In Sha Allah. Al-Fatihah buat Papa. Kami sangat sayangkan Papa dan sangat rindukan Papa. :')

Tahu kan.. Hidup kita ni macam pelangi sebab penuh dengan warna dan tak solid dengan hitam putih sahaja. Kemana saja kamu pergi, akan ada benda baru yang kamu alami dan terokai.. Bukan saja bab rasa perasaan atau merasa dan terasa ni malah juga akan pengalaman yang mungkin mematangkan diri kamu, kami dan kita semua. Saban hari kita berharap hari yang bakal mendatang esok akan sama bahagianya seperti hari semalam dan kelmarin walaupun kamu tahu yang setiap hari tak akan pernah sama.. Yes. Tak pernah sama  wahai si pembaca yang comel belaka. :3

Nak tahu tak? Sama ada nak atau taknak, saya tetap bagitahu jua. Harini saya rasa lemah..Lemah sangat sejak malam semalam. Saban waktu rasa ingin menangis saja dan tak mampu nak bercakap apa-apa. Rasa remuk rendam saja dalam hati dan mulut terasa mahu dikunci terus tanpa berkata apa-apa. Biar jari yang menuturkan segalanya. Memang.. Sebab.. Sebab..
"There are always a moment in your life where you'll feel very down and you can only express it by crying, you don't feel like talking and you prefer to stay away from others.. And now the moment is with me. So, please stay away from me.."
Tapi takkan pernah sampai hati kan untuk menghalau orang yang kita sayang menjauhi kita bila mana kita sedang dalam keadaan begini? Allah.. Rasanya lebih elok kalau kita dekatkan diri dengan orang tersayang, peluk erat dan luahkan semua masalah dengan kesayangan itu. Kan? Tapi saya tak mampu juga. Lebih selesa untuk pendamkan seorang diri. Lagi satu, sesedih mana pun saya, saya tetap akan kuat merepek dan bergurau senda dengan sesiapa sahaja di keliling si gadis sebab benda ini boleh buat saya lupakan kesedihan saya buat seketika.. :')

"Ada masanya kita perlu menangis. 
Agar kita sedar yang dunia ini hanya bukan untuk ketawa.."

Nangis dan ketawa. Dua emosi, dua rasa berbeza dan dua perkara yang mengajar kita erti kehidupan jua.. Rasanya entry ini dah terlebih kapasiti jumlah hurufnya..huhu. Bagi si gadis, saya lebih suka berkongsi dengan Beela, teman sebilik saya ketika di kampus berbanding dengan orang lain. Baik atau buruk yang saya lakukan, Beela selalu positif.. Rindu nak peluk Beela.. :'( Oh. Dah terlebih perenggan dah entry ni rasanya.huhu. Nanti update lagi! Wassalam.

QishDarleena


♥CINTA; Ubat vs. Racun.


Assalamualaikum warahmatullah..

Cinta? Huh. Cinta selalu buat orang teruja. Ye tak? Bercakap tentang cinta, pasti membuat anda senyum sampai ke telinga kan? Wahh.. Indahnya cinta sampai kita angau tak kira masa. Terkenang-kenang sama si dia saban waktu dan rindu membuak-buak kononnya tanda cinta kita makin bercambah. Allahuakbar.. Seronoknya bila orang tu bercinta ya? Bolehlah berkata kepada semua orang yang anda sudah berpunya, hati pun sudah dimiliki dan bakal disunting bila-bila masa. Alahai cinta~ Sampaikan anda jadi tergila-gila dibuatkannya.. 


CINTA; tak salah jika ia bersulamkan rasa kasih dan sayang yang teguh kepada Pencipta, keluarga atau sesiapa saja yang dihalalkan buat anda.. Ubat itu namanya.. hihi. Tapi kalau dah cinta kepada cik abang yang datang entah dari mana, cinta 'forever' buat si dia 'stranger' yang kamu gelar 'ala hubby tayang tayang' tanpa sebarang ikatan halal tu lebih baik minta dijauhkan dan tak perlu lah nak tayang-tayang.. Racun itu dik! Racunnn! Nauzubillah..

"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga)." - (QS Ali 'Imran 3:14)

Bila mana kamu mengajar hati untuk mendekati cinta; yakni mendidik hatimu untuk bercinta, tapi kamu lupa akan tugasmu yang sepatutnya menerangkan perihal Sang Pencipta SWT kepada hatimu, maka 'loser' lah kamu.. Ya.. Kamu adalah 'loser' jika kamu gagal perkara itu kerana kalaulah hatimu tak mengenal Allah SWT, mana mampunya kamu untuk faham akan hakikat cinta yang sebenarnya.. Trust me. Kesudahan buat kamu yang terjatuh dalam cinta fana yang entah penghujungnya di mana itu, kamu telah sakitkan hati kamu dengan menakung cinta palsu duniawi.

Sahabat.. Berhenti lah dari mengejar cinta yang namanya selain daripada cinta akan Illahi, keluarga, ukhti anda (buat si gadis), akhi anda (buat si teruna) dan suami anda. Sia-sia saja itu.. Fikirkan secara dalam betapa banyaknya kesan yang akan ia tinggalkan dalam hidup anda jika sekali anda mendekatinya. Mencegah lebih baik daripada merawat.. In Sha Allah. Cinta suci anda pada Illahi akan mengajar anda untuk lebih telus menjaga cinta lain yang bakal hadir.. Wallahualam..

QishDarleena

 

ALL RIGHT RESERVED | QISH DARLEENA 2010-2017