HOME ABOUT QISH REMINISCE GALLERY CONTACT ME

من كان لله كما يريد، كان الله له فوق ما يريد
Siapa keadaannya seperti apa yang Allah inginkan;
Allah ada baginya melampaui segala harapan.

♥CINTA; Ubat vs. Racun.


Assalamualaikum warahmatullah..

Cinta? Huh. Cinta selalu buat orang teruja. Ye tak? Bercakap tentang cinta, pasti membuat anda senyum sampai ke telinga kan? Wahh.. Indahnya cinta sampai kita angau tak kira masa. Terkenang-kenang sama si dia saban waktu dan rindu membuak-buak kononnya tanda cinta kita makin bercambah. Allahuakbar.. Seronoknya bila orang tu bercinta ya? Bolehlah berkata kepada semua orang yang anda sudah berpunya, hati pun sudah dimiliki dan bakal disunting bila-bila masa. Alahai cinta~ Sampaikan anda jadi tergila-gila dibuatkannya.. 


CINTA; tak salah jika ia bersulamkan rasa kasih dan sayang yang teguh kepada Pencipta, keluarga atau sesiapa saja yang dihalalkan buat anda.. Ubat itu namanya.. hihi. Tapi kalau dah cinta kepada cik abang yang datang entah dari mana, cinta 'forever' buat si dia 'stranger' yang kamu gelar 'ala hubby tayang tayang' tanpa sebarang ikatan halal tu lebih baik minta dijauhkan dan tak perlu lah nak tayang-tayang.. Racun itu dik! Racunnn! Nauzubillah..

"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga)." - (QS Ali 'Imran 3:14)

Bila mana kamu mengajar hati untuk mendekati cinta; yakni mendidik hatimu untuk bercinta, tapi kamu lupa akan tugasmu yang sepatutnya menerangkan perihal Sang Pencipta SWT kepada hatimu, maka 'loser' lah kamu.. Ya.. Kamu adalah 'loser' jika kamu gagal perkara itu kerana kalaulah hatimu tak mengenal Allah SWT, mana mampunya kamu untuk faham akan hakikat cinta yang sebenarnya.. Trust me. Kesudahan buat kamu yang terjatuh dalam cinta fana yang entah penghujungnya di mana itu, kamu telah sakitkan hati kamu dengan menakung cinta palsu duniawi.

Sahabat.. Berhenti lah dari mengejar cinta yang namanya selain daripada cinta akan Illahi, keluarga, ukhti anda (buat si gadis), akhi anda (buat si teruna) dan suami anda. Sia-sia saja itu.. Fikirkan secara dalam betapa banyaknya kesan yang akan ia tinggalkan dalam hidup anda jika sekali anda mendekatinya. Mencegah lebih baik daripada merawat.. In Sha Allah. Cinta suci anda pada Illahi akan mengajar anda untuk lebih telus menjaga cinta lain yang bakal hadir.. Wallahualam..

QishDarleena

No comments:

Post a Comment

 

ALL RIGHT RESERVED | QISH DARLEENA 2010-2016 | THIS BLOG IS DESIGNED BY RRAI