HOME ABOUT QISH REMINISCE GALLERY CONTACT ME

من كان لله كما يريد، كان الله له فوق ما يريد
Siapa keadaannya seperti apa yang Allah inginkan;
Allah ada baginya melampaui segala harapan.

Iman vs. Roti Tisu.


Assalamualaikum warahmatullah..


Mulanya dengan bismillahirahmannirrahim.. =)

Iman- dari segi bahasa bermaksud percaya. Dari segi istilah pula bermaksud membenarkan dengan hati, diucapkan dengan lisan, dan diamalkan dengan tindakan (perbuatan). Dengan demikian, pengertian iman kepada Allah adalah membenarkan dengan hati bahawa Allah itu benar-benar ada dengan segala sifat keagungan dan kesempurnaanNya, kemudian pengakuan itu diikrarkan dengan lisan, serta dibuktikan dengan amal perbuatan secara nyata. (sumber; http://zikrihusaini.com/iman-yang-naik-turun/)

Roti Tisu- merupakan satu makanan kegemaran di Malaysia. Ia sering dimakan sebagai makanan malam. Sering kali dimakan bersama dengan teh tarik, atau teh ais. Biasanya dihidangkan dengan kuah dal atau kari dengan sambal ikan bilis pedas. (sumber; http://ms.wikipedia.org/wiki/Roti_tisu) Berdasarkan pengetahuan si gadis pula, roti tisu adalah sejenis roti dari keluarga roti canai tapi dimasak dengan adunan cair seperti tosai. Roti tisu dimasak nipis-nipis di atas kuali leper dan ditaburkan gula serta diletakkan marjerin pada adunannya. Selepas masak, roti tisu digulung tiga segi dan dituang madu serta susu pekat manis. Rasanya lemak manis, sangat sedap dan rangup. 

Alhamdulillah.. Sedap tau roti tisu ni.. :P
*abaikan tangan siapa ntah itu*

Tahukah anda? Iman dan roti tisu ada dua persamaan dalam sifatnya. 
*true story* Tak percaya? Si gadis ada buktinya..

1) MANIS; Manisnya hidup kalau bersulamkan keimanan yang kuat terhadap Allah, Al-Quran dan As-Sunnah. Semanis sifat roti tisu yang sangat lemak manis, kalau dimakan rasa gembira je dan senyum semakin lebar.. Ibarat kehidupan mereka yang beriman, bahagia dan tenang tanpa kekusutan.. Nikmat keimanan ialah nikmat tertinggi yang dianugerahkan Allah kepada manusia.

2) RAPUH; Keimanan dalam diri perlu dijaga walaupun sekuat atau sekerap mana pun kamu beribadat. Iman itu sifatnya rapuh dan mudah saja goyah kalau tak dijaga dengan betul. Sama juga dengan sifat roti tisu yang memang mudah rapuh kalau tak dimakan dengan berhati-hati, dipegang sesuka hati, maka ia akan bersepai menjadi cebisan kecil yang terpaksa dikutip sedikit demi sedikit untuk dimakan. Iman yang tidak terjaga akhirnya akan menjadi habuk sekecil kuman sahaja dalam diri kita. Nak pulihkan atau betulkan balik? Kena kumpul semula cebisan yang hilang dan muhasabah diri juga.

Terlebih dahulu, qish bukanlah ingin menyamakan taraf Iman dan Roti Tisu jauh sekali memandang tahap Iman sebagai hanya setaraf makanan- Roti Tisu. Hanya nak menunjukkan hiperbola agar kita berfikir lebih dalam dan cuba kaitkan kehidupan seharian kita dengan cara untuk memantapkan Iman.. In Sha Allah.

Macam mana cara nak tambahkan kemanisan Iman dan jauhi ia dari menjadi rapuh? What about Roti Tisu? Ada resepi nak kasi lagi manis tak? Macam mana kalau takmau kasi Roti Tisu pecah sebab terlalu rapuh? Hahh. Yang tu cari sendiri. Mari bercakap tentang IMAN.


Ingat 5 'M' untuk tingkatkan Taqwa;
Mu’ahadah, Muqarabah, Mu’aqabah, Muhasabah, Mujahadah.
(sila rujuk http://fikratisyani26.blogspot.com/2011/08/5-cara-menjadi-orang-bertaqwa-pada.html)


TAUBAT- Sentiasa bertaubat kepada Allah dan jangan penat untuk melakukan taubat berulang-ulang kali. Firman Allah: “Dan Dialah Tuhan yang menerima taubat hamba-Nya yang bertaubat serta memaafkan kejahatan mereka lakukan; dan Ia mengetahui akan apa yang kamu semua kerjakan.” (As-Syura,Ayat 25)

IBADAT- Banyak cara untuk kita kerjakan ibadat kita kan? Yang penting, Fardhu Ain didahulukan dan kemudian Fardhu Kifayah.. Solat, Puasa, Zakat, Haji (tunaikan ibadat khusus nii.) Kalau nak bertambah lagi amal, lakukan ibadat umum seperti bersedekah, menolong orang yang susah etc.. Firman Allah: "Dan dirikanlah solat (dengan tekun), sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan." - (Al-Ankabut,Ayat 45)

Wajib atau sunat, lakukanlah saja asalkan atas niat untuk mendapat keredhaanNya. Yang penting, kita jaga diri dan jaga amal kita. Persetankan kalau ada yang mahu mempertikaikan kita kerana mereka tiada hak sama sekali.. Dan si gadis ini juga sedaya upaya mahu meningkatkan Iman si gadis yang lemah ini. Perkongsian ini panjang tapi belumlah lengkap isinya dengan dalil-dalil yang cukup. Sekadar ingin menegaskan bahawa "keimanan itu ibarat enjin badan dalam diri manusia. Ia berfungsi untuk mengendalikan perkataan, perbuatan, gerak langkah hingga getaran hati. Malah lintasan-lintasan dalam diri seseorang juga sangat bergantung pada kemantapan dan ketegaran imannya. Bila terjadi sedikit jurang dan pada iman maka akan menimbulkan kerosakan pada gerak langkah yang tercipta." - (http://zikrihusaini.com/iman-yang-naik-turun/) Mungkin anda boleh rujuk pada websites dakwah, buku atau kitab dari oleh yang lebih arif. Sesungguhnya, yang baik itu dari dari Allah dan segala khilaf datang dari diri saya sendiri.. Wallahualam~


QishDarleena

No comments:

Post a Comment

 

ALL RIGHT RESERVED | QISH DARLEENA 2010-2017