HOME ABOUT QISH REMINISCE GALLERY CONTACT ME

من كان لله كما يريد، كان الله له فوق ما يريد
Siapa keadaannya seperti apa yang Allah inginkan;
Allah ada baginya melampaui segala harapan.

Masa, Syukur, Tanggungjawab etc.



Assalamualaikum warahmatullah.. 

Jumu'ah Mubarakah dan Salam 18 Rejab buat awak yang membaca.. Pejam celik, pejam celik harini dah hari Jumaat kedua dalam bulan Jun. Kejap sahaja masa berlalu kan. Yalah. Masa tak menunggu kita dan kita yang kena mengejar masa. Bukanlah masa itu diperuntukkan untuk kita seorang sahaja malah masa terpaksa dikongsi dengan orang lain dan pelbagai perkara yang perlu diselesaikan. Masa yang berlalu akan terus berlalu tanpa menunggu insan yang lalai dan leka. Firman Allah;

"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar." - [Surah al-'Asr]


Bila terfikirkan akan masa yang berjalan terlalu pantas, si gadis juga akan teringat akan sisa-sisa hidup yang tinggal.. Iyalah.. Semakin masa bertambah, semakin bertambah jua angka usia kita dan semakin dekatlah kita dengan kematian.. Masa dan kehidupan manusia saling berkait dan apabila sampai sudah masa ajal sudah menjemput, masa akhir zaman dan masa pengakhiran buat sesuatu, ia terus berakhir dan takkan boleh ditunda. Betapa kuatnya pengaruh masa dalam hidup manusia.. Wallahualam..


الحمد لله رب العالمين 
Segala puji tertentu bagi Allah, 
Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam.


Syukur, sepenuh hati bersyukur. Sebab Allah beri peluang untuk kita membuka mata dan melihat matahari pada pagi hari ini.. Sebab Allah beri peluang juga untuk kita tersenyum dan memberi senyuman kepada orang sekeliling kita selagi hayat masih ada dikandung jasad.. Dan syukur sebab Allah sihatkan tubuh badan kita untuk mencari rezeki hari ini.. Tapi belum tentu kita akan terus hidup sepanjang hari ini. Belum tentu kita sempat untuk menutup mata di pengakhiran hari dan berehat dengan tidur sementara menunggu hari esok. Mungkinkah hayat kita akan berakhir sejam lagi? Atau mungkin kita sempat untuk menikmati Asar namun tak berpeluang untuk bertemu Maghrib? Bersyukurlah sampai setakat mana peluang yang Allah beri kerana setakat itu ia sampai, mungkin ada hikmah dalam lingkungan itu. Semua kuasa Allah dan tiadalah hak kita untuk mempertikaikan apa-apa ketentuanNya.


“Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi, dan kepada Allah sahaja tempat kembali (sekalian makhluk).” - [Surah An-Nur Ayat 24.]

Bila terfikirkan akan pelbagai urusan dunia yang takkan selesai, hanya satu yang terlintas. Memang satu yang selalu bermain di fikiran kerana kita tak tahu bila ajal kita.. Si gadis selalu meminta untuk dipanjangkan usia sekurang-kurangnya hingga selesai segala tanggungjawab si gadis terhadap keluarga. Berat tanggungjawab itu tapi bukanlah suatu beban.. Si gadis mahu sebelum diri ini menutup mata, si gadis berjaya ubah 3 orang puteri adik kesayangan menjadi wanita yang berhemah, menutup aurat dengan sempurna dan berdisiplin dalam ibadah mereka. Si gadis akui, memang payah dan bukan mudah nak membetulkan adik-adik sendiri.. Pernah terlihat formula simple dari satu rakan blogger yang berkata- "Kalau mudah, bukan dakwah." Memang itu satu cabaran, dan saya masih mencari cara terbaik untuk tarbiyyah mereka. Memandangkan diri sendiri pun tidak sempurna, masih merangkak-rangkak untuk menadah ilmu dan terkial-kial lagi untuk memperbetulkan diri, saya mungkin perlu cari alternatif yang berkesan. Doakan moga si gadis dan sahabat semua dipermudahkan dalam segala urusan. Bi Iznillah.. 

QishDarleena


No comments:

Post a Comment

 

ALL RIGHT RESERVED | QISH DARLEENA 2010-2017