HOME ABOUT QISH REMINISCE GALLERY CONTACT ME

من كان لله كما يريد، كان الله له فوق ما يريد
Siapa keadaannya seperti apa yang Allah inginkan;
Allah ada baginya melampaui segala harapan.

Awak Rasa Kosong?



Hari berlalu begitu pantas. Sangat pantas hingga daku termengah-mengah mengejarnya. Dan seperti biasa, loser ini tewas dengan masa yang berjalan. Betapa kuatnya pengaruh masa dan betapa lemahnya diri ini. Malas nak menidakkan takdir dan tak kuasa untuk mempertikaikan aturanNya. Hanya mampu berserah dan terus tawakal. Moga diri yang lemah ini istiqamah untuk terima apa yang berlaku seadanya.. Lapangkan dada.. Lapangkan dada qish.. Rasa kosong dalam hati? Kalau rasa kosong dalam hati, ingatlah Allah.. Pergi cari cintaNya..

Sincerely,
Akal.

For,
Hati.


Selingkar Bicara Ramadan dan Syria.


Assalamualaikum warahmatullah..

Salam 1 Ramadan 1433 Hijrah. Alhamdulillah harini kita semua muslimin dan muslimat di Malaysia sudah mula berpuasa. Syukur nikmat kerana Allah beri peluang si gadis untuk merasa kehadiran Ramadan untuk tahun ini. Harap dapat peluang merasa berpuasa penuh walaupun mungkin mustahil.. Hmm. 

Ramadan Kareem buat anda yang membaca! ^_____^

Alkisah beberapa hari lepas, si gadis bermalam semalaman di rumah ibu saudara kesayangan si gadis kerana ada urusan dengannya semalam. Ambil cuti sehari dan menjelang Maghrib kelmarin, zzoomm si gadis meredah kesibukan ibu kota dengan menaiki teksi menuju ke KL Sentral dan ambil KTM ke Kepong Sentral kemudian dijemput Cik Noni disana lalu dibawa makan malam di kawasan Menjalara. Sampai di rumah terus rehatkan diri, duduk di ruang tamu bersama dua orang little cousin menemani mereka menonton televisyen sambil membelek ipad. Leka bermain dengan application Cake Doodle di dalam tablet tersebut. Tiba-tiba terfikirkan sesuatu. Pantas si gadis melarikan jari-jari ke skrinnya sambil diperhatikan tingkah laku si gadis oleh Faris dan Farisha. Apa yang qish buat? :/


Kek bendera Syria.. :'(

Farisha: Kaklong buat apa tu?
Qish: Kaklong buat kek sayang.. 
Faris: Kek apa? Tengok sikit.
Qish: Ni.. *sambil tunjuk kepada mereka*
Faris: Ohh.. Bendera.. Negara mana ni?
Qish: Ni bendera Syria..
Farisha: Kaklong.. Kaklong suka sangat ke kat Syria? Kenapa buat kek Syria?
Qish: Hmm. *tiba-tiba rasa sebak dan mata mula bergenang*
Farisha: Kat Syria best ke kaklong? *Faris hanya diam dan memerhatikan saya*
Qish: Sekarang kat sana ada masalah.. Ramai rakyat terbunuh. Diorang mati syahid. Kaklong kesian kat rakyat Syria. Kaklong buat kek ni sebab nak suruh diorang happy.. Kaklong nak bagi diorang kek ni.. Ni je yang kaklong mampu selain doa.. 
Faris: Ohh. Kenapa diorang kena bunuh pulak? Ada perang ke?
Qish: Lebih kurang begitu lah.. Sebab diorang nak pertahankan negara dan agama.
Faris: Siapa yang bunuh diorang tu? *Farisha diam mungkin sebab mula tak faham*
Qish: Hmm. Tentera Rejim Bashar yang bunuh.. Diorang tentera kerajaan. Diorang bunuh anak kecil, perempuan, semua rakyat yang bangkit nak menentang. Diorang jahat sangat.. Diorang takda hati perut.. Diorang tak takut Allah.. Diorang sembah pemerintah.. Diorang tak ikut sunnah ajaran Islam.. Sampai hati diorang.. Yang kena bunuh tu semua mati syahid. Diorang mati sebab nak pertahankan agama Islam. Pemerintah diorang sendiri sanggup rosakkan agama suci kita. Agama yang masing-masing anuti.. Nauzubillah. Teruk sangat kat sana sayang. Ayish dengan Isha ada kawan dari Syria tak? (kebetulan mereka belajar di Islamic International School di UIA Gombak dan kebanyakan kawan mereka berasal dari rantau Arab.)
Faris: Taktau lah.. Ada kut. Isha.. 'A' *tak ingat dah nama apa* tu dari Syria kan?
Farisha: Bukanlahh.. Dia dari Sudan. *dan dua beradik tu mula bertekak*
Qish: Dah.. Jangan gaduh. Tak kisahlah.. Nanti korang tanya balik dengan kawan-kawan tau. Sekarang ni yang penting, doakan keselamatan diorang kat sana. Lepastu bolehlah tanya dekat Teacher Sofi atau Teacher Safa awak pasal Syria ni. Kesian sangat diorang kat sana tu. :'( *Farisha hanya diam termenung dan Faris minta si gadis Google gambar rakyat Syria sebab dia nak tengok. Lepas tengok semua gambar tu, dia ajak Farisha main game di laptop Papa mereka dan mereka terus berlalu.*


Faris Putra dan Farisha Shahira
Anak kecil yang gugur syahid selepas menjadi korban.

Kesimpulan dia.. Mungkin mereka belum boleh mengerti. Ataupun, mereka faham apa yang cuba diceritakan tapi mereka taktahu untuk beri respon yang sesuai. Harap-harap mereka faham dan mereka cuba selongkar lagi lebih dalam dengan bertanya dan bercerita kepada teacher mereka atau kawan-kawan. Macam diri si gadis sendiri, saya tak mampu nak kesana nak membantu apatah lagi nak sama-sama syahid dengan mereka. Hanya mampu tumpang bersedih dan berdoa dari jauh. Sebenarnya, Walaupun mati dalam keadaan seksa, mungkin mereka boleh berbangga sebab mereka syahid dengan jalan mudah ke syurga. :'/ Hanya mampu berdoa dari jauh dan teruskan berdoa..

Revolusi dan kekejaman ini dah berlaku sejak beberapa bulan lepas. Tapi taktahu lah sampai bila ia akan berpanjangan.. Wallahualam. Moga Allah memberi balasan yang setimpal atas kezaliman yang Rejim Bashar lakukan terhadap rakyat Syira. Terbaru, seramai 145 orang telah menjadi pada 1 Ramadan 1433 Hijrah di Syria yang mula berpuasa sehari lebih awal dari kita di Malaysia. Jujur pada mulanya, si gadis tidak berapa mengetahui tentang hal sebenar yang berlaku di Syria dan tak berapa ambil tahu sehingga lah pada suatu hari si gadis terbaca tentang artikel Syria dari sebuah laman dakwah di Facebook. "LIKE" page ini --> [Rakyat MalaysiBersama Revolusi Syria] untuk menyatakan sokongan anda kepada rakyat Syria.. Moga Allah sentiasa melindungi mereka dan memberi rahmat yang tak berpenghujung sempena kedatangan Ramadan ini.. In Sha Allah..

QishDarleena

Hidup Ini Memang Penuh Kemanisan; CIKMIN MACARON.



Assalamualaikum ya ukhti wa akhi..

Selamat membaca buat yang membaca! Harini 26 Syaaban 1433 Hijrah. Ada lebih kurang 5 hari lagi kita nak berpuasa. Alhamdulillah.. Cepatnya masa berlalu.. Makin hari makin teruja nak countdown to Ramadan. :') Bila teruja akan sesuatu nikmat Allah, kita dapat rasa akan kemanisan hidup ini. Dan bila hidup dibuai kemanisan, hidup pun tenang dan sentiasa tersenyum. Mengambil kata-kata;

"Kemanisan hidup membuai ketenangan, 
dalam ketenangan terukir senyuman."

Memang manisnya hidup kita kalau kita nikmatinya dengan betul.. Lebih-lebih lagi kalau dikelilingi oleh keluarga dan kawan-kawan yang tersayang. Bahagia sangat-sangat kan.. Lagi bertambah manis lah kalau kita jamu diri kita dan mereka yang tersayang itu dengan sesuatu yang manisss~ ewah. Apakah itu? O___o Jeng..jengg...

 Lemony Cheese Rainbow Cake, 3kg+.
Red Velvet Cake w/Cream Cheese, 2kg+.
Single Pavlova w/Vanilla Cream, 8'. 
Regular Macarons with Variety Flavors.
Tiramisu Cake in Jars.

Nampak tak awak yang membaca ni? Awak nampak tak kemanisan yang mengiringi rasa manisnya hidup awak bersama yang tersayang tu? Hihi. There we go. Semua kemanisan di atas tuu si gadis dah cuba sendiri dah jamah sepuasnya namun sekarang bila tengok balik gambar-gambar tu, rasa terliur datang semula. huhu. Sebenarnya entry ni dah lama tertangguh dalam draft oleh kerana si gadis tak sempat nak go online Blogger. Alhamdulillah sempat juga curi masa harini.. By the way, semua produk di atas adalah bingkisan manis dari La'Min Sweet Craving milik Cikmin Macaron. Eh. Siapakah  Cikmin Macaron? Tekan nama beliau tu untuk find out dengan lebih lanjut. hihihi. 

Hmm. Sebenarnya Cikmin Macaron ni adalah seorang pengusaha produk bakery yang berjaya dan agak terkenal dalam kalangan pengguna Facebook. Beliau memulakan perniagaannya dengan menjual dan menerima tempahan macaron secara online dan kemudiannya meluaskan perniagaan dengan menjual produk bakery seperti kek, pavlova, creampuff, choc eclairs dan lain-lain. Di bawah jenama kek saja, Cikmin Macaron ada membuat pelbagai jenis homemade kek yang eksklusif dengan pelbagai variety mengikut kehendak pelanggan. Antaranya ialah whole cake yang boleh customize ikut size dan bentuk, cupcakes, cake in acrylic, cake in jar dan push up cake. Tiga jenis kek buatan Cikmin Macaron yang pernah si gadis nikmati ialah Red Velvet Cake w/Cream Cheese, Lemony  Cheese Rainbow Cake dan Tiramisu Cake in Jar. Semestinya kek yang paling menjadi kegemaran Mama dan si gadis sekeluarga ialah Red Velvet Cake w/Cream Cheese yang sudah 4 kali kami tempah dari Cikmin Macaron. Lemony  Cheese Rainbow Cake pula baru sekali tempah sempena AGM Family Day haritu dan Tiramisu Cake in Jar si gadis berpeluang merasa sebab Cikmin Macaron pernah bagi free dua jar time order banyak haritu. hihihi. Terima kasih Cikmin Macaron. =D Beberapa jenis kek lagi yang si gadis belum pernah cuba In Sha Allah nak cuba order kalau ada rezeki nanti. hihi. For sure, saya memang verdict full stars and trust me readers, kek buatan Cikmin Macaron sangat terbaik. 

Selain itu juga, si gadis pernah order Single Pavlova w/Vanilla Cream sebab tak pernah rasa lagi dan berhajat nak rasa. Hmm. Sedapnya juga sangat tak terkata dan buat saya yang pertama kali makan pavlova, memang akui yang rasanya dan teksturnya sangat unik. :P *okay cukup.tiba-tiba terliur balik.huhu* Produk utama yang memang menjadi trademark dan kunci kepada rezeki Cikmin Macaron dah tentulah Italian Macarons yang dikatakan berasal dari negara Italy ni. Ada pelbagai variety of flavors dan pakej yang  Cikmin Macaron sediakan buat mereka yang belum mencuba ataupun yang sememangnya seorang penggemar macarons. Favorite si gadis? Semua yang qish telan tu lah jadik favorite.hiks~ Mama yang tak suka sangat makan benda manis pun tak menolak bila si gadis hulurkan macarons ni.. Berhajat nak rasa? Orderlah dengan Cikmin Macaron. hee.

Macam mana nak order? Senang saja.. Tekan saja mana-mana link di bawah. 
Semua Cikmin ada. hihi. 


Oh ya.. Buat yang ingin membuat tempahan, Cikmin Macaron boleh membuat penghantaran melalui kurier bergantung kepada jenis produk yang nak ditempah. Selain itu, yang paling specialnya, Cikmin Macaron ada mengadakan service COD atau Collect-On-Delivery buat mereka yang tinggal di sekitar Lembah Klang.. Kemain jauh tiap-tiap hujung minggu hari Sabtu atau Ahad, Cikmin turun dari Bentong melalui servis Kedai Kek Bergerak yang memang mendapat sambutan ramai. Kalau nak tahu lebih lanjut pasal Kedai Kek Bergerak ni, bolehlah usha di page La'Min Sweet Craving okay. :)


*Credit to Cikmin for gambar Pavlova, Tiramisu Cake in Jar & Poster Kedai Kek Bergerak*

p/s; Baru check News Feed di Facebook tadi, Cikmin Macaron dah buka promosi untuk raya! Whoahh.. Nak tahu lebih lanjut? Tekan link blog yang si gadis dah beri di atas. Sekian saja lintas langsung dari kantor si gadis. hoho. Assalamualaikum :-*

QishDarleena


AGM Family Day 2012 (Gambar)



PERHATIAN:- *Semua gambar di bawah adalah tidak mengikut susunan kronologi peristiwa dan hanya diupload secara random oleh si gadis. Harap maklum. hihi* Enjoy yourself, tengok gambar dan baca caption. :) Oh ya. Gambar kita tak ada. Kita pengambil gambar je. :)


 Pertandingan Puzzle untuk little cousins.
 Sekitar event Family Day AGM 2012. :) Candid.
 Acara makan-makan baru bermula. :)
Acara ambil gambar portrait AGM bersama anak dan menantu. :)
Kids' burger stall oleh Adib, Danial, Haqimie dan Faris.
Supervise by Cik Bob. :)
 My first attempt on preparing the Candy Buffet.
The Smurf theme. Oh ya. Abaikan RV cake yang dah cair tu. huhu.
Banner for Candy Buffet done by si gadis. =.="
Bacaan doa oleh CIk Zairul. :)
 Raiqal Faiz, Apple of the Day. :)
 Foods? Ada banyak.. Nasi goreng, laksa, sotong kangkung, pizza, burger, 
donuts, kuih-muih, dan macam-macam lagi makanan. :P
Bergambar di photobooth.
Faris, Yunus dan Danial. :)
 Preparation at home. :)
 Preparation just settled.Theme?
The Smurf; Red, Blue, White. ;)
 Photobooth preparation by Syafiq and Adly.
Maisarah dan Farisha jadi assistant. :)
 Little cousins. :')
 Prepare hadiah untuk lucky draw. :)
Little cousins.. Again. :) Tak cukup ni sebenarnya..
 Betapa susahnya nak dapat gambar budak kecik berempat ni. =="
Hanie (yang kat kerusi tu), Daniel, Mikhail dan Aleeya. huhu.
Burger masak on the spot by Cik Bob. :)

That's it. Banyak gambar lagi sebenarnya tapi ni je yang dapat dikongsi. hihi. Itu pun gambar untuk sebelah malam qish tak dapat ambil sebab battery camera sudah habis sebelum Maghrib menjelma. ==" Okay cukup.. Nanti update lagi. Adios! ♥ Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh~

QishDarleena


AGM Family Day 2012.


Assalamualaikum warahmatullah..

Alhamdulillah.. Dapat juga curi masa untuk update blog. Memang belakangan ini si gadis tak sempat nak luangkan masa untuk blog ini. Jumu'ah mubarakah sekalian yang membaca dan Salam Sayyidul A'yam 23 Syaaban 1433 Hijrah! :) Moga kalian semua sentiasa berada dalam lindunganNya. Pejam celik, pejam celik, lebih kurang seminggu sahaja lagi kita akan melangkah ke bulan Ramadan al-Mubarak. Ish. Cepat betul masa berlalu.. Harap-harap sempatlah kita semua diberi peluang untuk merasai kehadiran Ramadan 1433 Hijrah bi iznillah.. =)

Oh. by the way, ini kisah yang mungkin dah basi.. Tapi si gadis tetap mahu update tentangnya. Biar dititipkan sebagai kenangan. Di mana lagi mahu simpan cerita kalau bukan melalui gambar atau coretkan di blog? Ye tak? :P *cukup-cukup lah mukadimah qishh*

Alhamdulillah.. 30 Jun 2012 yang lalu, my maternal family yang salasilahnya berpanjangan dari perkahwinan Abdul Ghalim (Atuk) dan Muryatee (Nenek) telah mengadakan  AGM Family Day 2012  yang julung kalinya kami adakan ini. Family Day ini ialah buat kali yang pertama diadakan dan diuruskan oleh para cucu-cucu generasi ketiga AGM. :) Siapakah generasi ketiga itu? Tentulah Along sebagai cucu lelaki sulung dan si gadis sebagai cucu perempuan sulung dalam keluarga serta adik-adik serta para sepupu yang lain. Oh ya.. Entry ini sebenarnya entry susulan daripada entry [ini].

Perancangan sebenarnya sudah lama dilakukan dan kami telah pun draft dari pelbagai aspek. Namun nasib tidak menyebelahi kami untuk melaksanakan perancangan awal itu dengan sebaiknya oleh kerana beberapa perkara yang menghalang. Hanya dalam tempoh seminggu sebelum majlis, barulah kami mula membuat persiapan. Itupun yang kecil saja.. Tak percaya? Tolonglah percaya.. Inilah hakikat.huhu. Mahu tengok kronologi kami? -.-"

26 June 2012- Dah tetapkan tarikh 30 June sebagai AGM Family Day dan tempatnya di Foyer Blok 2, PPR Seri Alam. Mulai create event di Facebook. Ada juga family RVSP nya letak "Maybe". huhu. T_T Menu potluck dari setiap keluarga juga ditetapkan selepas create event. 

27 June 2012- Menempah 54 helai t-shirt untuk semua ahli keluarga AGM pada saat akhir! Mujurlah Janggut Printing sudi terima tempahan kami. Terima kasih Janggut Printing. :') Tempahan yang disiapkan dengan jayanya! Tekan [sini] untuk ke website Janggut Printing. Hadiah lucky draw dari setiap family juga ditetapkan pada tarikh ini. Harini juga si gadis berjaya tempah dua biji kek untuk event ni dan beberapa order sampingan untuk si gadis sendiri dari La' Min Sweet Craving milik Cikmin, baker kesayangan qish.hihi. Entry susulan tentangnya nanti si gadis update. Harini juga mereka pergi berjumpa dengan Persatuan Penduduk di kawasan kami untuk menempah meja dan kerusi untuk disewa bagi event kami.

28 June 2012- Berlalu tanpa apa-apa persiapan. Hanya konflik dari beberapa pihak dan salah faham yang berjaya jua diselesaikan. huhu. Agaknya hari ini memang khusus untuk perbicaraan kes agaknya. ;3

29 June 2012- Hari untuk berkelam-kabut sedunia bagi para AJK yakni hari terakhir untuk kami buat persiapan yang rasanya hanya zero belaka buat masa ini. Si gadis pun ambil MC dari bekerja dan pergi membeli-belah buat persiapan bersama adik-adik dan sepupu. Bayangkan kami keluar dari jam 10:30 pagi dan pulang ke rumah tepat jam 10:30 malam! Sadis tak? huhu. Alhamdulillah semua barang sudah habis dibeli daripada hadiah, perhiasan dan makanan untuk candy buffet. Malam itu juga lepas pulang, kami terus balut hadiah dan membuat catatan terakhir. Oh. Rupanya ada hadiah yang terlupa beli dan ada benda yang tak cukup. Esok saat akhir untuk selesaikan semua! :O Malam ini, si gadis tidur pada jam 4 pagi ditemani oleh Mama untuk siapkan barang untuk candy buffet. Tapi tak rasa penat langsung Alhamdulillah.. :)

30 June 2012- Hari yang dinanti sudah pun tiba.. Majlis dijangka bermula selepas Asar yakni dalam jam 5.00-5:30 petang.. Dan berita baiknya, si gadis terpaksa bekerja separuh hari dan pulang pada pukul 1. Alhamdulillah. Mujur separuh hari seperti biasa dan bukan sepanjang hari. Awal pagi lagi Ain (adik qish) dan sepupu-sepupu keluar ke beberapa tempat bersama Uncle kami untuk membeli hadiah yang tidak cukup dan mengambil t-shirt kami yang ditempah. Mama pula bersama Cikta keluar membeli barang untuk potluck mereka kemudian pergi pick up cake yang ditempah dari Cikmin di Tesco Ampang.. Si gadis akhirnya pulang ke rumah dan kelam kabut buat persiapan mengemas barang-barang yang nak dibawa ke venue event kami. Sempat juga landing seketika dalam keadaan perut lapar dan akhirnya Mama pulang membawa semua tempahan dari Cikmin dan Ain pulang bersama sepupu yang lain. Kami susun baju yang nak diagihkan kepada family, susun hadiah dalam beg besar dan mulai angkut semua barang dalam jam 3 lebih dari rumah ke foyer blok 2 dan kami tugaskan dua orang untuk menjaga. Mujurlah dekat saja. Masing-masing mandi, bersiap, tukar pakaian dan bersolat sebelum ke venue kami. Alhamdulillah segala persiapan hampir sempurna dan kami mulakan majlis pada jam 5:30 petang. :)

Maka,  AGM Family Day 2012  berjalan dengan meriah walaupun segala persiapan dilakukan pada saat akhir dan kelam kabut pada mulanya.. Alhamdulillah.. Dengan jayanya kami merancang dan dengan jayanya juga kami melaksana. :) Ada acara tiup gula-gula dalam tepung, acara makan tembikai, musical chair, puzzle match, lucky draw, gift exchange dan macam-macam lagi.. Sangat meriah walaupun ada satu keluarga yang tidak hadir. Terima kasih buat Puan Penasihat (Mama), Puan Penaung (Maksu), Para AJK  AGM Family Day 2012  yang terlibat, (Angah, Ain, Adly, Amer, Syafiq, Amira, Diyana, Aiman), dan semua ahli keluarga AGM yang memberi kerjasama untuk menjayakan  AGM Family Day 2012 . Hihi. Tahniah! :D Tunggu year-end celebration di Desa Rening nanti pula pada hujung tahun. In Sha Allah..

Anyway, entry ini sudah sangat terlalu panjang.. Beberapa gambar sekitar AGM Family Day 2012 boleh tengok di entry khas [sini]. Nanti si gadis buat entry tentang vendor untuk event AGM Family Day ni pula.. Terima kasih. ;)

QishDarleena


 

ALL RIGHT RESERVED | QISH DARLEENA 2010-2017