HOME ABOUT QISH REMINISCE GALLERY CONTACT ME

من كان لله كما يريد، كان الله له فوق ما يريد
Siapa keadaannya seperti apa yang Allah inginkan;
Allah ada baginya melampaui segala harapan.

AGM Family Day 2012.


Assalamualaikum warahmatullah..

Alhamdulillah.. Dapat juga curi masa untuk update blog. Memang belakangan ini si gadis tak sempat nak luangkan masa untuk blog ini. Jumu'ah mubarakah sekalian yang membaca dan Salam Sayyidul A'yam 23 Syaaban 1433 Hijrah! :) Moga kalian semua sentiasa berada dalam lindunganNya. Pejam celik, pejam celik, lebih kurang seminggu sahaja lagi kita akan melangkah ke bulan Ramadan al-Mubarak. Ish. Cepat betul masa berlalu.. Harap-harap sempatlah kita semua diberi peluang untuk merasai kehadiran Ramadan 1433 Hijrah bi iznillah.. =)

Oh. by the way, ini kisah yang mungkin dah basi.. Tapi si gadis tetap mahu update tentangnya. Biar dititipkan sebagai kenangan. Di mana lagi mahu simpan cerita kalau bukan melalui gambar atau coretkan di blog? Ye tak? :P *cukup-cukup lah mukadimah qishh*

Alhamdulillah.. 30 Jun 2012 yang lalu, my maternal family yang salasilahnya berpanjangan dari perkahwinan Abdul Ghalim (Atuk) dan Muryatee (Nenek) telah mengadakan  AGM Family Day 2012  yang julung kalinya kami adakan ini. Family Day ini ialah buat kali yang pertama diadakan dan diuruskan oleh para cucu-cucu generasi ketiga AGM. :) Siapakah generasi ketiga itu? Tentulah Along sebagai cucu lelaki sulung dan si gadis sebagai cucu perempuan sulung dalam keluarga serta adik-adik serta para sepupu yang lain. Oh ya.. Entry ini sebenarnya entry susulan daripada entry [ini].

Perancangan sebenarnya sudah lama dilakukan dan kami telah pun draft dari pelbagai aspek. Namun nasib tidak menyebelahi kami untuk melaksanakan perancangan awal itu dengan sebaiknya oleh kerana beberapa perkara yang menghalang. Hanya dalam tempoh seminggu sebelum majlis, barulah kami mula membuat persiapan. Itupun yang kecil saja.. Tak percaya? Tolonglah percaya.. Inilah hakikat.huhu. Mahu tengok kronologi kami? -.-"

26 June 2012- Dah tetapkan tarikh 30 June sebagai AGM Family Day dan tempatnya di Foyer Blok 2, PPR Seri Alam. Mulai create event di Facebook. Ada juga family RVSP nya letak "Maybe". huhu. T_T Menu potluck dari setiap keluarga juga ditetapkan selepas create event. 

27 June 2012- Menempah 54 helai t-shirt untuk semua ahli keluarga AGM pada saat akhir! Mujurlah Janggut Printing sudi terima tempahan kami. Terima kasih Janggut Printing. :') Tempahan yang disiapkan dengan jayanya! Tekan [sini] untuk ke website Janggut Printing. Hadiah lucky draw dari setiap family juga ditetapkan pada tarikh ini. Harini juga si gadis berjaya tempah dua biji kek untuk event ni dan beberapa order sampingan untuk si gadis sendiri dari La' Min Sweet Craving milik Cikmin, baker kesayangan qish.hihi. Entry susulan tentangnya nanti si gadis update. Harini juga mereka pergi berjumpa dengan Persatuan Penduduk di kawasan kami untuk menempah meja dan kerusi untuk disewa bagi event kami.

28 June 2012- Berlalu tanpa apa-apa persiapan. Hanya konflik dari beberapa pihak dan salah faham yang berjaya jua diselesaikan. huhu. Agaknya hari ini memang khusus untuk perbicaraan kes agaknya. ;3

29 June 2012- Hari untuk berkelam-kabut sedunia bagi para AJK yakni hari terakhir untuk kami buat persiapan yang rasanya hanya zero belaka buat masa ini. Si gadis pun ambil MC dari bekerja dan pergi membeli-belah buat persiapan bersama adik-adik dan sepupu. Bayangkan kami keluar dari jam 10:30 pagi dan pulang ke rumah tepat jam 10:30 malam! Sadis tak? huhu. Alhamdulillah semua barang sudah habis dibeli daripada hadiah, perhiasan dan makanan untuk candy buffet. Malam itu juga lepas pulang, kami terus balut hadiah dan membuat catatan terakhir. Oh. Rupanya ada hadiah yang terlupa beli dan ada benda yang tak cukup. Esok saat akhir untuk selesaikan semua! :O Malam ini, si gadis tidur pada jam 4 pagi ditemani oleh Mama untuk siapkan barang untuk candy buffet. Tapi tak rasa penat langsung Alhamdulillah.. :)

30 June 2012- Hari yang dinanti sudah pun tiba.. Majlis dijangka bermula selepas Asar yakni dalam jam 5.00-5:30 petang.. Dan berita baiknya, si gadis terpaksa bekerja separuh hari dan pulang pada pukul 1. Alhamdulillah. Mujur separuh hari seperti biasa dan bukan sepanjang hari. Awal pagi lagi Ain (adik qish) dan sepupu-sepupu keluar ke beberapa tempat bersama Uncle kami untuk membeli hadiah yang tidak cukup dan mengambil t-shirt kami yang ditempah. Mama pula bersama Cikta keluar membeli barang untuk potluck mereka kemudian pergi pick up cake yang ditempah dari Cikmin di Tesco Ampang.. Si gadis akhirnya pulang ke rumah dan kelam kabut buat persiapan mengemas barang-barang yang nak dibawa ke venue event kami. Sempat juga landing seketika dalam keadaan perut lapar dan akhirnya Mama pulang membawa semua tempahan dari Cikmin dan Ain pulang bersama sepupu yang lain. Kami susun baju yang nak diagihkan kepada family, susun hadiah dalam beg besar dan mulai angkut semua barang dalam jam 3 lebih dari rumah ke foyer blok 2 dan kami tugaskan dua orang untuk menjaga. Mujurlah dekat saja. Masing-masing mandi, bersiap, tukar pakaian dan bersolat sebelum ke venue kami. Alhamdulillah segala persiapan hampir sempurna dan kami mulakan majlis pada jam 5:30 petang. :)

Maka,  AGM Family Day 2012  berjalan dengan meriah walaupun segala persiapan dilakukan pada saat akhir dan kelam kabut pada mulanya.. Alhamdulillah.. Dengan jayanya kami merancang dan dengan jayanya juga kami melaksana. :) Ada acara tiup gula-gula dalam tepung, acara makan tembikai, musical chair, puzzle match, lucky draw, gift exchange dan macam-macam lagi.. Sangat meriah walaupun ada satu keluarga yang tidak hadir. Terima kasih buat Puan Penasihat (Mama), Puan Penaung (Maksu), Para AJK  AGM Family Day 2012  yang terlibat, (Angah, Ain, Adly, Amer, Syafiq, Amira, Diyana, Aiman), dan semua ahli keluarga AGM yang memberi kerjasama untuk menjayakan  AGM Family Day 2012 . Hihi. Tahniah! :D Tunggu year-end celebration di Desa Rening nanti pula pada hujung tahun. In Sha Allah..

Anyway, entry ini sudah sangat terlalu panjang.. Beberapa gambar sekitar AGM Family Day 2012 boleh tengok di entry khas [sini]. Nanti si gadis buat entry tentang vendor untuk event AGM Family Day ni pula.. Terima kasih. ;)

QishDarleena


No comments:

Post a Comment

 

ALL RIGHT RESERVED | QISH DARLEENA 2010-2016 | THIS BLOG IS DESIGNED BY RRAI