HOME ABOUT QISH REMINISCE GALLERY CONTACT ME

من كان لله كما يريد، كان الله له فوق ما يريد
Siapa keadaannya seperti apa yang Allah inginkan;
Allah ada baginya melampaui segala harapan.

Selingkar Bicara Ramadan dan Syria.


Assalamualaikum warahmatullah..

Salam 1 Ramadan 1433 Hijrah. Alhamdulillah harini kita semua muslimin dan muslimat di Malaysia sudah mula berpuasa. Syukur nikmat kerana Allah beri peluang si gadis untuk merasa kehadiran Ramadan untuk tahun ini. Harap dapat peluang merasa berpuasa penuh walaupun mungkin mustahil.. Hmm. 

Ramadan Kareem buat anda yang membaca! ^_____^

Alkisah beberapa hari lepas, si gadis bermalam semalaman di rumah ibu saudara kesayangan si gadis kerana ada urusan dengannya semalam. Ambil cuti sehari dan menjelang Maghrib kelmarin, zzoomm si gadis meredah kesibukan ibu kota dengan menaiki teksi menuju ke KL Sentral dan ambil KTM ke Kepong Sentral kemudian dijemput Cik Noni disana lalu dibawa makan malam di kawasan Menjalara. Sampai di rumah terus rehatkan diri, duduk di ruang tamu bersama dua orang little cousin menemani mereka menonton televisyen sambil membelek ipad. Leka bermain dengan application Cake Doodle di dalam tablet tersebut. Tiba-tiba terfikirkan sesuatu. Pantas si gadis melarikan jari-jari ke skrinnya sambil diperhatikan tingkah laku si gadis oleh Faris dan Farisha. Apa yang qish buat? :/


Kek bendera Syria.. :'(

Farisha: Kaklong buat apa tu?
Qish: Kaklong buat kek sayang.. 
Faris: Kek apa? Tengok sikit.
Qish: Ni.. *sambil tunjuk kepada mereka*
Faris: Ohh.. Bendera.. Negara mana ni?
Qish: Ni bendera Syria..
Farisha: Kaklong.. Kaklong suka sangat ke kat Syria? Kenapa buat kek Syria?
Qish: Hmm. *tiba-tiba rasa sebak dan mata mula bergenang*
Farisha: Kat Syria best ke kaklong? *Faris hanya diam dan memerhatikan saya*
Qish: Sekarang kat sana ada masalah.. Ramai rakyat terbunuh. Diorang mati syahid. Kaklong kesian kat rakyat Syria. Kaklong buat kek ni sebab nak suruh diorang happy.. Kaklong nak bagi diorang kek ni.. Ni je yang kaklong mampu selain doa.. 
Faris: Ohh. Kenapa diorang kena bunuh pulak? Ada perang ke?
Qish: Lebih kurang begitu lah.. Sebab diorang nak pertahankan negara dan agama.
Faris: Siapa yang bunuh diorang tu? *Farisha diam mungkin sebab mula tak faham*
Qish: Hmm. Tentera Rejim Bashar yang bunuh.. Diorang tentera kerajaan. Diorang bunuh anak kecil, perempuan, semua rakyat yang bangkit nak menentang. Diorang jahat sangat.. Diorang takda hati perut.. Diorang tak takut Allah.. Diorang sembah pemerintah.. Diorang tak ikut sunnah ajaran Islam.. Sampai hati diorang.. Yang kena bunuh tu semua mati syahid. Diorang mati sebab nak pertahankan agama Islam. Pemerintah diorang sendiri sanggup rosakkan agama suci kita. Agama yang masing-masing anuti.. Nauzubillah. Teruk sangat kat sana sayang. Ayish dengan Isha ada kawan dari Syria tak? (kebetulan mereka belajar di Islamic International School di UIA Gombak dan kebanyakan kawan mereka berasal dari rantau Arab.)
Faris: Taktau lah.. Ada kut. Isha.. 'A' *tak ingat dah nama apa* tu dari Syria kan?
Farisha: Bukanlahh.. Dia dari Sudan. *dan dua beradik tu mula bertekak*
Qish: Dah.. Jangan gaduh. Tak kisahlah.. Nanti korang tanya balik dengan kawan-kawan tau. Sekarang ni yang penting, doakan keselamatan diorang kat sana. Lepastu bolehlah tanya dekat Teacher Sofi atau Teacher Safa awak pasal Syria ni. Kesian sangat diorang kat sana tu. :'( *Farisha hanya diam termenung dan Faris minta si gadis Google gambar rakyat Syria sebab dia nak tengok. Lepas tengok semua gambar tu, dia ajak Farisha main game di laptop Papa mereka dan mereka terus berlalu.*


Faris Putra dan Farisha Shahira
Anak kecil yang gugur syahid selepas menjadi korban.

Kesimpulan dia.. Mungkin mereka belum boleh mengerti. Ataupun, mereka faham apa yang cuba diceritakan tapi mereka taktahu untuk beri respon yang sesuai. Harap-harap mereka faham dan mereka cuba selongkar lagi lebih dalam dengan bertanya dan bercerita kepada teacher mereka atau kawan-kawan. Macam diri si gadis sendiri, saya tak mampu nak kesana nak membantu apatah lagi nak sama-sama syahid dengan mereka. Hanya mampu tumpang bersedih dan berdoa dari jauh. Sebenarnya, Walaupun mati dalam keadaan seksa, mungkin mereka boleh berbangga sebab mereka syahid dengan jalan mudah ke syurga. :'/ Hanya mampu berdoa dari jauh dan teruskan berdoa..

Revolusi dan kekejaman ini dah berlaku sejak beberapa bulan lepas. Tapi taktahu lah sampai bila ia akan berpanjangan.. Wallahualam. Moga Allah memberi balasan yang setimpal atas kezaliman yang Rejim Bashar lakukan terhadap rakyat Syira. Terbaru, seramai 145 orang telah menjadi pada 1 Ramadan 1433 Hijrah di Syria yang mula berpuasa sehari lebih awal dari kita di Malaysia. Jujur pada mulanya, si gadis tidak berapa mengetahui tentang hal sebenar yang berlaku di Syria dan tak berapa ambil tahu sehingga lah pada suatu hari si gadis terbaca tentang artikel Syria dari sebuah laman dakwah di Facebook. "LIKE" page ini --> [Rakyat MalaysiBersama Revolusi Syria] untuk menyatakan sokongan anda kepada rakyat Syria.. Moga Allah sentiasa melindungi mereka dan memberi rahmat yang tak berpenghujung sempena kedatangan Ramadan ini.. In Sha Allah..

QishDarleena

No comments:

Post a Comment

 

ALL RIGHT RESERVED | QISH DARLEENA 2010-2017