HOME ABOUT QISH REMINISCE GALLERY CONTACT ME

من كان لله كما يريد، كان الله له فوق ما يريد
Siapa keadaannya seperti apa yang Allah inginkan;
Allah ada baginya melampaui segala harapan.

Meow~ :3


Assalamualaikum ya ukhti wa akhi..

Sengaja si gadis update secara random. Nak bercerita pasal meow baru yang qish jaga. Nama ia Bony. *singkatan dari Brownie* =] Dah berapa keturunan meow dalam rumah ni mesti bagi nama yang sama iaitu Bony. huhu. Mama suka sangat nama Bony tu. Sebab dulu qish ada bela satu meow ni nama Bony yang comel sangat. eh. Semua meow comel sangat kan. huhu. Sayang sangat kat Bony yang dulu tu maka kami terus abadikan nama Bony untuk mana-mana meow baru yang kita dapat. Tapi tengok jugalah nama Bony ni sesuai ke tidak sebelum bagi.hee.

Bony yang ni anak meow ambil tepi jalan. Kurus je badan dia macam tak cukup zat waktu ambil haritu. Along sepupu kita yang jumpa. Along ambil dan terus bawa bagi kat qish. Sebab dia tahu kita suka sangat kat meow. Dah sebulan lebih dah rasanya Bony masuk keluarga Darleena.. Sekarang Bony makin sihat makin comel. Alhamdulillah. ^___^ Bony manja sangat. Ia suka tidur atas orang. Lagi satu, Bony meow bijak. Apa-apa benda yang kita bagi kat ia untuk buat main macam plastik gula-gula, tisu dan kertas ia akan gonggong dan kumpul letak setempat bawah meja makan. Comel sangat perangai tu.hihi. Tapi.. Baby dengan Kitty anti sangat dengan Bony. Bony nak kawan pun diorang tak nak. Kesian Bony takda kawan. :'( Takpa.. Bony boleh je main dengan ummi sebab Bony yang paling istimewa buat ummi sekarang. Bony paling baik dan manja dengan ummi. Harap-harap Bony sihat selalu dan membesar dengan elok. Dan moga Bony doakan kesejahteraan ummi selalu. huhu.

Jadi sekarang ni, kita dah ada tiga ekor meow kat rumah. Kalau ikutkan sebenarnya ada banyak lagi meow kat kawasan rumah yang suka datang lepak hari-hari sebab nak makan. Semua kawan-kawan Baby dengan Kitty. Tapi kita bagi makan minum je, tak bagi masuk rumah pun sebab yang tu semua meow jantan. heh. Gatal sungguh Baby tu asyik tukar-tukar boyfriend je. -.- Alhamdulillah.. Rezeki yang kita kongsikan dengan mereka diharap nanti ada balasannya yang baik dari Allah. Kalau banyak lagi meow nak datang makan kat rumah pun takpa sebab kita nak pahala lagi banyak. hihi. Moga Allah redha dengan apa yang kita buat dan moga Allah selalu lindungi semua meow comel dalam dunia ni samada yang innocent ataupun yang nakal juga. Amin.. ^____^

Okaylah.. Nak tidur dah. Kita update guna telefon saja. Dah lama tak buka laptop tu sebab tak berkesempatan. Moga Allah selalu lindungi kalian yang membaca ni juga. In Sha Allah.. Illa liqa'~




QishDarleena


No comments:

Post a Comment

 

ALL RIGHT RESERVED | QISH DARLEENA 2010-2016 | THIS BLOG IS DESIGNED BY RRAI