HOME ABOUT QISH REMINISCE GALLERY CONTACT ME

من كان لله كما يريد، كان الله له فوق ما يريد
Siapa keadaannya seperti apa yang Allah inginkan;
Allah ada baginya melampaui segala harapan.

Salam~ =]



Assalamualaikum ya ukhti wa akhi.. 


Alhamdulillah.. Dapat juga tempuh onak duri untuk sampai ke blog ni. hihi. Penuh belukar dan rumput lalang semua dah tumbuh panjang. Hish. Lama mana tak update blog nii awakk? *cakap dengan orang dalam cermin* Psstt.. katanya di Facebook~~

"Dah lama tak update blog. Rasanya itu bukan priority.. Kalau free, update. Kalau tak free, takda lah update. Tulisan yang picisan dan tak ubah macam tembok ratapan. Haha. Kutulis apa yang aku mahu, ikut tekak hati dan otak. Tak suruh orang baca. Tapi serasa nak ilmiahkan sedikit penulisan tu. Taknak jadi blog gajah putih yang beku tanpa manfaat. Orang kata, alang-alang bercucuk tanam, biarlah mendatangkan hasil. Takkan tanam pokok sebab nak suruh mati kan.. Ramai yang berdakwah melalui penulisan. Kalau itu benda baik, mengapa katakan tidak? Walaupun ilmu tak penuh di dada, sekurang-kurangnya berkongsi apa yang kita ada. Moga Allah permudahkan semua. =]"

Okay. Faham dah kenapa? :P Hihi. Apapun, Salam Jumaat, Salam Sayyidul A'yyam dan Salam 27 Syawal 1433 Hijrah.. Huh?! 27 Syawal? Allahuakbar.. Ini hakikat.. Harini Jumaat terakhir dalam Syawal 1433 Hijrah.. Dah sampai ke detik penghujung dah bulan Syawal tahun 1433 Hijrah ini. Alahai.. Cepat sungguh masa berlalu. T____T Kan.. Tapi, rasanya belum terlambat lagi nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, mohon maaf zahir dan batin buat kalian yang membaca ni.. wa taqabbalallahu minna wa minkum~  Eh. Apatuu? Inilah alternatif ucapan hari raya yang paling afdhal berbanding "Selamat Hari Raya Aidilfitri". lalalala~ Bukanlah tak boleh ucap selamat tu, tapi ertinya yang itu lagi lunak dan sedap didengar.. Apa maksudnya? *sambil ucap sambil mengajar sikit.huhu* ^____^

"taqabbalallahu minna wa minkum~" 
Ertinya:- Semoga Allah menerima dari kami dan dari kalian. Terima apaa? Hmm. Menerima amal ibadah kita semua selama bulan Ramadan yang kita tempuh sebulan lepas. In Sha Allah..

Dah tahu dah? Kita pun baru belajar maknanya.. Sebelum ni tak tahu dan tak ambil kisah pun. Jahilnyaa.. huhu. T___T Alhamdulillah sekarang dah tahu dan akan gunakannya sampai bila-bila.hee. 

Berkenaan sambutan hari raya si gadis sekeluarga pula, hmm.. tahun ini biasa-biasa saja. Kami memang sambut secara sederhana sejak Arwah Ayahanda ada lagi. Tapi tahun lepas dan tahun ni tak best pun sebenarnya. Kenapa? Sebab tahun ni adalah pertama selepas pemergian Ayahanda. Tahun lepas pagi raya kita nangis tepi katil hospital suruh Ayahanda bangun sebab nak raya dengan dia. Tapi tahun ni kita raya dengan Ayahanda tepi kubur Ayahanda.. Betapa kita tak tahu perancangan Allah kan.. :')

Di sebelah kiri, pusara Allahyarham Ayahanda Badaruddin bin Ghazali dan sebelah kanan ni pula pusara Allahyarhamah Nenda Mon binti Hitam di Taman Raudhatus Sakinah, Lebuhraya KL-Karak. :)

Pagi raya kami sekeluarga tak meriah langsung. Ayahanda dah tentu tak ada disisi kami lagi..  Dan tahun ini yang patutnya meriah sebab giliran kesemua 12 orang adik -beradik Mama beraya di Kuala Lumpur bersama Nenda dan Tok Abah jadi lain sebab Nenda dan Tok Abah pulang beraya di Singapura bersama Moyang dan adik-beradik Nenda di sana. Maka adik-adik Mama yang ada mentua di kampung pun tukar plan juga beraya di kampung masing-masing. Tinggal lah keluarga si gadis, keluarga Cikta adik Mama dan keluarga Cikjah beraya bersama di rumah kami di Kuala Lumpur. sobs. *kesat air mata* Lepas seminggu lebih menyambut Syawal, barulah dapat jumpa Tok Abah, Nenda dan keluarga yang lain. Yang itu sebelah Mama.. Sebelah Ayahanda pula?

Sebelah Ayahanda, kami hanya ada Paklong dan Achik.. Paklong ialah abang sulung arwah Ayahanda manakala Achik ialah kakak ketiga arwah. Arwah Ayahanda ada lima beradik kesemuanya tetapi Pakngah, Ayahanda (anak keempat) dan Paksu dah terdahulu meninggal dunia. Rindukan Paklong sekeluarga.. Tak berpeluang lagi nak beraya dengan mereka. T___T Achik pula tinggal berhampiran rumah kami. Tinggal seorang diri sejak arwah Nenda meninggal. Achik ni tak berapa sihat sebab dah menderita sakit jiwa sejak zaman sekolah dulu akibat terkena buatan orang. Tapi Alhamdulillah dia masih boleh berdikari dan hidup sendiri dengan bantuan Paklong dan kami. :') Moga Allah selalu memberkati kami sekeluarga dan kalian yang membaca. Allahuma amin~ *cerita dah meleret ke lain*

Ohh. Sebenarnya update ini dah meleret jauh. -.-" Si gadis terpaksa tamatkan di sini khuatir makin merepek pula nanti.hihi. In Sha Allah akan cuba update seperti biasa selepas ini kalau diizinkan bi iznillah.. Banyak kerja nak buat nii.. Esok kawan-kawan dari kampus nak datang beraya di rumah. Kita teruja sangat! huhu. Esok baru berpeluang nak raya rasanya. ^____^ Illa liqa'~

QishDarleena


No comments:

Post a Comment

 

ALL RIGHT RESERVED | QISH DARLEENA 2010-2016 | THIS BLOG IS DESIGNED BY RRAI