HOME ABOUT QISH REMINISCE GALLERY CONTACT ME

من كان لله كما يريد، كان الله له فوق ما يريد
Siapa keadaannya seperti apa yang Allah inginkan;
Allah ada baginya melampaui segala harapan.

'Sedikit' Celoteh :P



Assalamualaikum warahmatullah..

16 Oktober 2012 - Selasa
Genap usia saya 19 tahun 4 bulan.

Petang yang sunyi lepas Fitri si kenit dan Yasmin sudah pulang diambil Mama Papa masing-masing. Tiba-tiba muncul perasaan ingin jenguk blog yang makin terbiar ini. Nak cuba update. Kalau jadi, terbitlah entri ini. Kalau tidak, teruslah senyap sunyi blog ini. :P Sampai perkataan ini, baru lupa yang saya tak baca Bismillah lagi. haha. ^^" Okay. Bismillahirahmanirrahim~ hmm. Mari teruskan.. Sambil cuba mengeluarkan kata dari jari terus ke papan kekunci laptop ini, saya rasa nak termenung dan termenung lagi. Kenapa termenung? Seronokkah kamu termenung wahai gadis? Entahlah.. Macam-macam yang bermain dalam kepala sambil termenung. Bukan setakat termenung sahaja.. Allahu Rabbi. T___T

Pejam celik pejam celik, 4 November 2012 nanti bakal genap setahun dah Allahyarham Ayahanda meninggalkan kami. Cepatnya masa berlalu kan. Alhamdulillah Allah dah permudahkan segala urusan kami untuk terus betah hidup tanpa Ayahanda disisi. Moga Allah mencucuri rahmat yang tidak henti buat roh Ayahanda. Kaklong rindu Ayahanda. :') Alhamdulillah.. Semakin hari juga, saya nampak yang kami berlima semakin kuat dan tabah.  Selalu pesan pada diri sendiri, "Jangan pegang nama Hajar kalau diri tak boleh jadi kuat seperti Sayyidatina Hajar." Betul tak? Mati itu pasti. Kita yang hidup ni kena teruskan hidup.. Live for your future life in akhirat.. Gather as much good deeds as you can and you will be success in both dunia and akhirat lives. In Sha Allah.. :D *Boleh rujuk QS [3:185] Surah Ali Imran*

Dah 5 bulan saya tamat belajar asasi di Unisel. Wahh.. 5 bulan? Apa perkembangan sekarang? Apa yang dah dicapai dalam masa 5 bulan ini? Tak sambung degree lagi ke Cik Mek? :P Hmm hmmm. Payahnyaa nak jawab. huhuk. Terlalu rumit untuk diceritakan. Tapi main factor dia, saya dah tak minat nak sambung TESL. Mungkin tangguh pengajian buat sementara waktu sebelum saya jumpa yang betul-betul saya minat dan buat masa ni, isolate diri dulu. Muhasabah cari ketenangan.. hihi.

*Entri ni terbengkalai takat perenggan atas tu selama hampir 4 hari dan sekarang saya nak sambung lagi. Moga terus publish satgi.* =___=

20 Oktober 2012 - Sabtu (1:44am)

Sebenarnya, saya masih mencari-cari identiti saya sendiri. Saya masih kabur tentang matlamat hidup saya dan saya rasa keliru dengan diri saya sendiri. Yang pasti, saya sedang sedaya upaya mendaki hingga ke takat tertinggi kemampuan saya. Saya punya matlamat hidup sejak di bangku sekolah. Hari demi hari, ia semakin berubah-ubah seiring apabila saya menginjak ke usia yang sedikit matang. Banyak perubahan yang berlaku dalam cara pemikiran saya, cara saya memandang sesuatu perkara dan juga cara saya menghadapi sesuatu. Kalau nak bermula dari awal memang mustahil. Tapi tak salah kalau nak betulkan semula apabila tersedar di mana-mana checkpoint kan? :P Haha. Sounds complicated~

Well.. Don't make it complicated. Simplify it as simple as you can.. Think back! Whatever you're trying to achieve in your life, and whatever you decided to have, it doesn't mean that you can get it according to what you've planned before. Kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan dan Dia juga yang melaksanakan mengikut perancanganNya dan bukan perancangan kita. Ingat kun fayakun~ (Jadi, maka jadilah~) Kalau Allah kata jangan jadi! Maka tak akanlah ia terjadi. *Boleh rujuk QS [2:117] Surah Al-Baqarah dan QS [36:82] Surah Yaasin* Dari situ, adakan sikap berserah hanya kepada Allah.. hmm. *tepuk bahu sendiri*

Okay.. Ambil dari sejak saya tamat SPM which means hampir 2 tahun lepas. Terlalu banyak perkara yang berubah.. Sangat banyak tak terkira dan ada yang berlaku sekelip mata! O__O" *Gulp. Lepas tamat SPM kerja sementara bla bla bla, dapat offer letter dari macam-macam IPT, gagal masuk matrik sebab fail Addmaths~ -.-" Lepastu sebelum keluar result UPU dapat offer letter Asasi TESL di Unisel dan Arwah Ayahanda kata tak perlu fikir lagi.. Just grab the chance! Maka bermulalah lagi titik perubahan lain dalam hidup si gadis. Yes.. I learnt too much things from my expreriences. :D Selepas itu seribu satu perkara lagi terjadi yang mengubah hampir keseluruhan hidup si gadis. Iyaa.. KESELURUHAN~~ Kalau nak diceritakan satu persatu memang masak lah kan.. hihi. Takpa lah.. Saya memang nak catatkan semula semua perkara yang telah membawa perubahan dalam hidup saya. Satu entri untuk tiap satu atau apa-apa jelah.. :P In Sha Allah. Yes I'm living for the future but I'll never forget who I was before. =)

Sekarang saya terpaksa berhenti setakat ini. Tetiba macam ada hint yang emotional breakdown bakal menyerang. Tidakkk.. Taknakk.. >.< Nak chill up, nak minum Sarsi dulu kemudian tidur. Yang penting, Allah sayang saya dan Allah sayang kita semua. Allahu Ya Rabbi.. Ya Rahman.. Ya Rahim.. Sayangnya Allah pada kita.. Subhanallah. Moga kita semua terus berada di bawah rahmat Allah dan tidak tersasar dari jalanNya. Allahuma amin. Bi iznillah~
^___^

Habis menaip jam 2:30am. Alhamdulillah..
*Selesai pun. Dahsyat whoah sampai 4 hari* =oo=

QishDarleena

1 comment:

  1. Assalamualaikum. Nak tanya sikit. Sebenarnya saya pun ada dapat tawaran kat UNISEL. ASASI TESL juga. Tapi sejak akhir-akhir ne saya banyak dengar perkara buruk pasal UNISEL. Tentang PTPTN lah. Dan saya nak tanya adakah ASASI TESL ne diiktiraf dan lepas kita habis study ASASI TESL kat UNISEL ne boleh tak kita sambung study kat universiti tempatan lain atau pun kita kena juga sambung degree kat UNISEL juga? Dan saya nak tahu kalau ambil Asasi kat UNISEL ne ada dapat bantuan kewangan tak? contohnya PTPTN? Errr,,, saya minta maaf kalau persoalan saya ne terlalu banyak. Lagi satu saya dengar UNISEL ne tempatnya tak dekat sangat dengan bandar ataupun pekan. Saya dengar UNISEL ne terletak kat tempat pedalaman sikit? Betul ke? Sebenarnya saya ne berasal dari SABAH so saya tak tau pun UNISEL ne kat area mana kat SELANGOR tu.Maaf lah kalau saya banyak tanya. Tapi saya nak tau semua benda ne. Tolong jawab ye. Saya perlukan jawapan. Terima Kasih.

    ReplyDelete

 

ALL RIGHT RESERVED | QISH DARLEENA 2010-2017