HOME ABOUT QISH REMINISCE GALLERY CONTACT ME

من كان لله كما يريد، كان الله له فوق ما يريد
Siapa keadaannya seperti apa yang Allah inginkan;
Allah ada baginya melampaui segala harapan.

Entri Emosi Keduniaan. =___=


Dunia ini sangat meletihkan dan terlalu meletihkan. Setiap orang mahu kehendaknya dituruti dan bilamana kehendaknya dituruti, hatinya akan puas. Ini fitrah di mana-mana saja. Perkara ini tergolong dalam kepentingan diri dan setiap orang mempunyai kepentingan sendiri. Bila bercakap tentang kepentingan diri, pernah tak kita berfikir tentang orang lain bilamana kita mahu dilunaskan sesuatu kehendak kita itu? Adakah kita pernah berfikir bagaimana pengaruh terhadap orang lain disebalik kepuasan hati kita itu? Kepentingan diri ini ada yang baik dan ada yang tidak baik juga jenisnya. Sama seperti perkara lain di atas muka bumi ini.. Kita selalu lupa untuk berfikir bahawa jika kita mahu mendapatkan sesuatu itu, kita perlukan pengorbanan (sedikit atau banyak bergantung kepada kemahuan kita itu). Kita selalu saja alpa apabila kita sudah tenggelam dalam keinginan kita. Kita lupa bahawa kita hidup dalam dunia realiti di mana kita perlu mempunyai sifat memberi dan menerima dalam apa jua perkara. KITA SELALU LUPA!

Pokoknya, saya berada dalam keadaan terlalu emosi ketika menaip entri ini. Spontan hadir dalam kepala dek kerana terlalu letih memikirkan hal keduniaan ini. Terlalu ramai orang yang ingin menerima tetapi mereka kedekut untuk memberi. Sedih mengenangkan situasi ini. Mungkin ia nampak remeh tapi, tanpa kamu sedar yang kamu telah melakukan ‘silent discrimination’ terhadap mangsa keadaan kamu itu. Kamu ialah penerima dan mangsa keadaan itu ialah orang yang memberi. Dia terpaksa bekerja, berusaha dan berkorban untuk memenuhi kemahuan kamu. Boleh jadi dia yang memberi itu adalah ayah atau ibu kamu sendiri, kakak atau abang, adik, kawan-kawan mahupun sesiapa sahaja di sekeliling kamu. Ada ramai orang yang sedar dengan perkara ini tetapi lebih ramai orang yang tidak sedar kerana sedang hanyut dan terus hanyut menanti ditenggelami lautan mimpi sendiri.


TOLONGLAH BERFIKIR SEJENAK. BERHENTILAH JADI SEORANG YANG MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI. JADILAH MANUSIA YANG BERLAKU ADIL DALAM MEMBERI DAN MENERIMA WALAU APA JUA KEADAAN PUN. ADAKAN PERASAAN EMPATI DAN SIMPATI TERHADAP ORANG LAIN. INI CABARAN DUNIA DAN KAMU PERLU PANDAI MENGENDALIKANNYA.. SETIAP PERKARA BERGANTUNG KEPADA USAHA KITA. MEMANG BENAR YANG KITA PERLU SERAHKAN SEMUANYA PADA ALLAH TAPI ADAKAH KITA TERUS NAK BERSERAH BULAT-BULAT TANPA MEMULAKAN APA-APA USAHA? FAHAMILAH YANG TAKDIR ALLAH BERLAKU DI PENGHUJUNG USAHA. TANPA USAHA, TAKKAN ADA HASILNYA.. “MAN JADDA WA JADDA!~” -SESIAPA YANG BERUSAHA PASTI AKAN BERJAYA.. JANGAN ASYIK MENGHARAPKAN ORANG LAIN BERUSAHA UNTUK KITA MELAINKAN IA MEMANG DI LUAR KEMAMPUAN KITA. Think it back!


ALLAH ALLAH ALLAH~ T___T

No comments:

Post a Comment

 

ALL RIGHT RESERVED | QISH DARLEENA 2010-2016 | THIS BLOG IS DESIGNED BY RRAI