HOME ABOUT QISH REMINISCE GALLERY CONTACT ME

من كان لله كما يريد، كان الله له فوق ما يريد
Siapa keadaannya seperti apa yang Allah inginkan;
Allah ada baginya melampaui segala harapan.

Takdir vs. Usaha.

Bismillahirahmannirrahim~
Assalamualaikum warahmatullah/salam sejahtera.. ^^

Saya menulis entri ini sebab nak kongsi sedikit tentang takdir dan usaha. Baru teringat nak kongsi haa. Dipendekkan cerita, kisah ini minggu lepas berlakunya.. Ada seorang sahabat si gadis mengeluh dan mengadu. Katanya, sedih sebab tak dapat jawab waktu test dalam kelasnya tadi. Biasalah kalau ambil course yang hebat dan susah kan. ewah. Waktu tu, tak berani nak cakap banyak dengan dia sebab takut emosinya tak berapa stabil. Hanya mampu cakap "sabar" dan beberapa patah perkataan yang ringan agar dia berhenti fikir pasal benda tu. Buntu sebab tengah blur sikit masa tu. ^^"

Cara yang selalu saya buat dengan kengkawan untuk tamatkan sesuatu yang membuntukan macamtu... buat lawak; lawak bodoh, merepek loyar buruk, lawak kelakar, lawak tak kelakar (pun ada) dan sebagainya. zz. Memang gaya tak professional langsung kan. ==" Sebenarnya, ada point yang saya cuba nak sampaikan.. Tapi time tu taktau lah kenapa saya terus tukar topik cerita pasal hati kering pulak. ugh. Okay ni nak bayar hutang tu balik. Tulis kat sini boleh ingatkan diri sendiri juga dan In Sha Allah kalau ada yang membaca pun mungkin boleh ambil peringatan juga mudah mudahan.. =)

*konon tengah duduk tepi pantai sambil cerita pasal entri ni*

Takdir di tangan Allah, usaha di tangan kita.

Seringkali takdir berada di penghujung usaha dengan izin Dia.

Sejauh mana kita usaha, jauh itu lah hasilnya..

Kalau berlainan hasilnya, mungkin Dia ada perancangan lain.

Yang penting, jangan putus asa. 

Kalau putus asa, yang mendatang nanti mudarat pula..


*sambil tepuk bahu sendiri* point ni lah yang nak sebut haritu.

Nasihat saya buat diri sendiri dan buat anda yang membaca, dalam apa jua keadaan yang membelenggu, ingat Allah, ingat Allah, ingat Allah selalu. Dalam setiap detik denyut nadi kita, ingat Allah. Rajinkan rujuk ayat Allah nescaya kita akan rasa lega dan berlapang dada. Dalam ayat Allah, kita akan jumpa apa yang kita cari. Cuba hayati betul betul. Boleh bergetar rasa hati ni wa cakap lu.. :') Saya punya point tu takkan boleh berdiri tanpa adanya isi yang paling indah dan penting di bawah ni, beberapa potongan ayat aL-Quran yang bercakap tentang takdir. Masha Allah.. Tabarakallah..

"Dan Dia lah yang Berkuasa atas sekalian hambaNya (dangan tadbir dan takdir); dan Dia lah Yang Maha Bijaksana serta Amat Mendalam PengetahuanNya." [QS Al-An'am 6:18] 

"Sesungguhnya Allah menahan dan memelihara langit dan bumi supaya tidak berganjak dari peraturan dan keadaan yang ditetapkan baginya; dan jika keduanya (ditakdirkan) berganjak maka tidak ada sesiapapun yang dapat menahannya daripada berlaku demikian selain dari Allah. Sesungguhnya Ia Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun." [QS Faatir 35:41] 

"Dan di langit pula terdapat (sebab-sebab) rezeki kamu, dan juga terdapat apa yang telah (ditakdirkan dan) dijanjikan kepada kamu." [QS Az-Dzariyat 51:22]

"Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan)." [QS Al-Qamar 54:49]

**** Allah yang paling berkuasa. Allahuakbar~ ****

Lepastu, ada terjumpa pula status lama saya di FB bertarikh 18 October 2012. Kalau tak silap, saya tulis status ini lepas saya jumpa ramai sangat orang yang suka mengeluh tentang takdir di laman sosial. Saya suka menulis lepas berfikir sebab saya nak ingatkan diri sendiri. Kalau saya tak tulis nanti saya lupa diri dan saya akan buat benda tersebut tanpa saya sedar.. hihihi. :3

"Kalaulah semua orang faham yang takdir itu tidak pernah menyusahkan.. Iya.. Takdir tak pernah menyusahkan kita. Selama ini, kita selalu minta apa yang terbaik buat kita dariNya. Jadi, Dia sedang susun yang terbaik untuk kita. Apa yang datang, itulah yang perlu kita terima. Janganlah menyalahkan takdir. Tunjukkan keimanan dan sifat keredhaan kamu terhadap takdir yang Dia telah susun buat kamu. Boleh jadi ada kebaikan yang terselindung bila kamu menerima takdir itu dengan hati yang terbuka. Maha Suci Allah yang Maha Mengetahui setiap inci takdir hamba-hambaNya. Dia yang menentukan dan Dialah yang melaksanakan. Ya Allahu Ya Rabbi.. ♥"

Itu lah serba sedikit yang saya mampu cakap tentang takdir dan usaha. Lain-lain, boleh rujuk dengan ustaz/ustazah anda atau rajin rajinlah pergi bermuhasabah dengan ayat-ayat cinta dari Allah. ^^ Entri ni saya taip hari Khamis lepas tapi harini pagi Ahad baru saya auto publish. Selamat berhujung minggu dan berhujung bulan.. Ewah~

Hakikat Atas Sedar.


Bila tengah demam, jadi banyak termenung. Bila termenung, baru rajin nak fikir..

Dah nak mati ke aku? Dah dekat ke ajal aku?

Benarlah, mahalnya harga sebuah kesedaran.

Lagi mahal dari benda yang kamu rasa mahal atas duniawi ini.

Kerana hanya dengan kematian serta kehilangan, ramai yang tersentuh dan mula sedar.

Termasuk diri ini.. Diri yang dikelilingi kematian~ *baca dengan nada seram*

Dan bakal tiba waktu kita, bila-bila masa sahaja...

Allahu Rabbi.. Takutnya.. T__T

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." - [QS Ali-Imran 3:185]

Al-Fatihah buat;

1. Syeikh Sa'id Ramadhan Al-Buti
2. Syeikh Muhammad Abdullah
3. Dr. Syeikh Uthman el Muhammady
4. Tuan Guru Haji Ali

"Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu sekaligus dari para hamba, akan tetapi Allah mencabut ilmu dengan mewafatkan para ulama, sehingga ketika tiada lagi seorang alim, maka manusia akan menjadikan orang-orang bodoh sebagai pemimpin, lalu mereka ditanya, kemudian mereka akan memberikan fatwa tanpa ilmu, maka mereka sesat lagi menyesatkan orang lain." - Hadis Bukhari dan Muslim.

"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran." - Riwayat Ahmad.

Ramai ulama meninggal dunia berturut-turut. Dah makin jelas ternampak.

Allah dah warning. Tanda kiamat kecil. Dunia uzur, akhir zaman~

Allahuakbar.. Allahuakbar.. T__T

Muhasabah Oleh Sang Hati.

"Bukanlah 24 jam hati ini boleh bertahan kuat..

Hati ini bukan batu yang bisa selamat dengan mudahnya dari suatu kehancuran,
hati ini bukan keluli yang tidak bisa terjejas dek karat,
hati ini bukan juga span yang bisa menyerap dan memerah keluar bila bila masa..

Hati ini lemah, tak ubah cuma seperti kaca,
ibaratnya terjatuh sedikit mudah saja pecah kalau kuat hentakannya.
Dan mungkin, lebih mudah musnah berbanding kaca..

Hati ini tidak kalis rindu,
hati ini tidak kalis kesedihan.
hati ini tidak kalis kesakitan,
hati ini tidak kalis dengan apa saja, baik duka mahupun suka.."  - Monolog Tuan Pemilik Hati.

Hati ini lemah katanya... Tidak jemu dijampi lemah, lemah, lemah oleh sang pemiliknya. Kerana pemiliknya alpa bahawa sebenarnya hati ini yang melengkapkan hidupnya. Kerana pemiliknya tidak bersyukur dan berfikir tentang hakikat hati yang termilikinya. Tanpa hati yang lemah ini, dia tidak akan panjang umur di atas dunia. Tanpa hati yang lemah ini juga, dia tidak akan punya sifat sempurna seorang manusia. Hakikat pedih yang hati ini simpan, dia terluka dengan tuannya sendiri. Tuannya yang tidak memandang jasanya. Tuannya yang hanya nampak kelemahannya..



Saban kali kecelakaan, hati ini tetap bertahan. Di mana lemahnya? Saban kali kelukaan, hati ini tetap bertahan. Di mana lemahnya? Saban kali ditimpa apa sahaja kesusahan, hati ini masih juga tidak lari keluar dari badan. Hati ini masih membuatkan tuannya masih hidup. Jadi di mana lemahnya hati ini seperti kata tuannya? Dalam diam, hati ini juga punya perasaan. Hati ini pun bermonolog, memberontak senyap...

"Kau tuan yang tak sedar diuntung! Kau tidak pernah menjagaku dengan elok!
Kau hanya tahu menilai kelemahanku tetapi kau tidak mahu cuba untuk mengubatinya..
Kau kata aku lemah, kenapa kau tidak cuba menguatkan aku?

Kau tak pernah siramkan aku dengan simbahan zikir memuji Tuhanmu.
Kau tak pernah bajai aku dengan ayat-ayat dari Tuhanmu yang bisa memupuk aku.
Kau tak pernah belai diriku dengan patuh bersujud kepada Tuhanmu..

Semakin hari, aku semakin sakit, lebam dan penuh bintik kehitaman kerana perilakumu.
Adakah ini semua salah aku? Semakin hari, aku semakin membusuk dan terjejas, 
Apakah aku sendiri yang tergamak memudaratkan diri aku? Apakah itu salahku?

Aku hatimu. Hatimu ini tinggal di tubuhmu kerana aku kepunyaanmu.
Hatimu ini milik dirimu dan keadaanku bergantung kepada dirimu.
Kenapa kau tidak menjalankan tanggungjawabmu?
Tergamak kau mempergunakan kelemahanku.
Tergamak kau menyalahkan aku atas kegagalanmu dan kau telah merosakkanku!

Jangan kau lupa ini. Tanpa aku, kau takkan boleh hidup.. 
Aku dah berjasa kepadamu. 
Tolonglah lakukan sesuatu yang boleh merawatku."  - Monolog Sang Hati.

Hangat hati yang telah bermonolog panjang. Memberi muhasabah kepada tuannya.. Si Tuan Pemilik Hati tersentak tidak terperi. Malu dan sedih dengan perlakuannya sendiri. Istighfar terpacul keluar dari mulut figura si pesalah itu, yakni Tuan Pemilik Hati, diiringi dengan aliran air mata yang jatuh tanpa dapat dikawalnya. Dan.. *splash* Satu simbahan dingin menerjah terus ke hati. Setompok dua bintik hitam di hati terus lenyap dan hati mula berasa teruja...

"Nyaman sungguh..Teruskan lagi! Buat lagi apa yang patut.."

"Astaghfirullah al azim~ Astaghfirullah al azim~ Aku termuhasabah sebentar tadi. Disedarkan oleh hati sendiri.. Hati yang berkerajaan dalam diri aku selama ini. Sungguh malunya dengan hati sendiri. Aku hidup dengan adanya hati yang melengkapi tapi aku tak pernah mensyukuri..Ya Allahu Rabbi~"

"Demi Allah, aku beri muhasabah padamu demi kebaikan untuk dirimu dengan izin dariNya jua."

"Aku mahu bertaubat kepada Allah.. Aku mahu berdamping sangat dekat dan kekal di pandangan cinta Allah. Mulai saat ini, demi Allah, demi kebaikanku juga, akanku jaga dirimu dengan sebaiknya. Akan aku lakukan semua tanggungjawabku dan laksanakan kepatuhanku kepada Allah Tuhanku.."

"Alhamdulillahi rabbil alamin~ Terima kasih Tuan Pemilik Hati.. Terima kasih."

Selepas dari muhasabah oleh Sang Hati, si Tuan Pemilik Hati itu menjadi lebih dekat dan patuh dengan  Tuhannya, Allah al-Khaliq. Setiap ujian yang Allah beri, baik ujian duka mahupun ujian suka, dia hadapi dengan penuh ketenangan dan iman yang terus bercambah mekar dalam Sang Hati di tubuhnya. Namun, tidak mustahil yang dia boleh sahaja kembali ke takuk lama kehidupannya, menyeksa hatinya kembali jika dia tidak istiqamah dalam ibadah dan kepatuhannya kepada Allah. 

"Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal." - [Ali Imran 135-136]

Tuntasnya, kita manusia hamba Allah, hidup dengan fitrah sebagai hamba yang wajib patuh, sedia untuk diuji dan terus diuji selayaknya.. Jadi, marilah kita kembali ke pangkal jalan, berjalan di jalan keberkatan Allah demi kebahagiaan di atas dunia dan di akhirat kelak. Redha, tabah dan bertawakallah dengan takdir Allah. Biarlah semuanya serba pahit di atas dunia. Tetapi, semoga yang terindah, terbaik dan termanis sudah sedia menanti kita di 'sana' kelak.. In Sha Allah.

Rasulullah SAW bersabda: “Ketahuilah dalam jasad manusia ada seketul daging, jika ia baik maka baiklah jasad itu dan jika ia rosak maka rosaklah jasad itu, itulah yang dinamakan hati.” - (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Wallahua'lam bissawab~

QishDarleena, 
6:30am, 22 Mac 2013.

Ain Darleena~



* re-posted from Instagram*

Ain Darleena puteri kedua dalam hati kaklong. Baru lepas ambil result SPM harini. Alhamdulillah.. Tahniah adikku. Kaklong yang terlebih hormonal bila tengok result slip kamu. Ternangis pula sampai kalian tergamam. wakakaka. xD Kemain lama kaklong pegang slip Ain, kaklong tenung dengan bangga. Biarlah tak straight A's macam orang lain, tak rangkul anugerah pelajar cemerlang sekalipun. At least, you have proved that you can have a good result also..  Adik adik kaklong tetap yang paling cemerlang dan terbaik dihati kaklong.. :'b Lakukan segalanya yang terbaik, moga suatu hari nanti dapat balas jasa Ayahanda & Bonda..

Okay that's it. Berair mata teringatkan Ayahanda yang sangat jauh di 'sana'.
Al-Fatihah buat semua yang telah meninggalkan kita.. T_T

Kahwin?


Bismillahirahmannirrahim..
Assalamualaikum warahmatullah/salam sejahtera. ^^

Jodoh, tunang, kahwin, pregnant, beranak, yadda yadda~

Semenjak dua menjak ni, topik-topik kat atas tu jelah yang selalu menghantui hidup. Topik kahwin tu lah yang paling hangat terutamanya. Memang kalau dimana-mana pun, topik tu macam jadi sangat mainstream. Baik kat FB, Twitter, Instagram pun kot.. haha. Hmm. Kenapa macamtu eh? Advance betul cakap pasal benda gitu. haih. Ramai pula tu yang cerita pasal ni. Budak sekolah pun amboi berangan nak juga cerita. Betul kan?

"Macam gatal je bila cerita pasal kahwin tu. ish. Apanii awak? Muda lagi kot~"
"Biarlah~ Dah jodoh.. Kucing pun pandai kahwin. hihihi."

Itu tanggapan sesetengah orang bila topik begitu diangkat sebagai acara wajib. haha. Awak tak nampak ke benda ni macam satu norm dalam usia kita yang dah penghujung belasan dan menuju ke permulaan 20's ni? Adakah ia sesuatu yang hormonal? Yang saya perasan, sehari yang dilalui takkan lengkap kalau tak sebut perkataan 'kahwin' walau sekali. zz. Bila sembang dengan Mama, bila gurau dengan adik adik. Kalau jumpa Beela pun wajib cerita pasal benda ni. haha. Bila tweet dengan Miejah dan kengkawan lain, kat mana mana jelah memang tak sah kalau tak cakap pasal kahwin. ugh. Belum kira lagi jumlah tweet kita di Twitter yang bercakap soal 'kahwin'. Kenapa ni? Kenapa ni? Kenapa niiii? Awak yang baca ni pun sama agaknya kan? :b

Adakah anda setuju yang lingkungan usia penghujung belasan dan awal kedewasaan ini adalah usia untuk manusia mengawan? hahahaha. Okay gurau je. Malas nak cerita panjang panjang kalau bab gini. Nanti jauh pula berlayarnya sampai kelaut~ Sebenarnya saja taip entry ini sebab nak mengomel sikit je. Eh. Sikit ke? :P Rasa bosan pulak bila asyik zikir "kahwin~ kahwin~ kahwin~" je. Ugh.

Mari tanya dengan diri sendiri. Kalau kahwin dah sedia, mati pula kita dah sedia ke? Agak-agak esok hidup lagi tak? huhu. Macam mana kita buat persiapan fizikal, mental, rohani dan jasmani sebagai persediaan penting untuk kahwin kononsnya, macamtu lah juga kita kena standby awal-awal dan ingat mati, ingat mati, ingat mati~ ^^ Mati dan kahwin, dua situasi berbeza, semua orang boleh mati, tapi bukan semua orang sempat kahwin atas dunia ni. huhuk.

Bab kahwin selalu je excited~
Bab mati excited tak? hehe.

Pendapat saya, nak excited kahwin ni boleh je. Tapi biarlah kena tempatnya. Jadikan bab persediaan nak mati tu satu priority dulu.. Eh. Bukan nak suruh excited untuk mati tau. haha. *tetiba seram* Tapi.. Takutkan kematian tu kan lagi elok. Bila takut mati dan mengenangkan kehidupan lepas mati nanti, maka lebih takutlah kita nak buat dosa dan benda jahat. Saya jadi insaf, seram sejuk, takut dan sebagainya bila dengar banyak berita kematian orang orang muda dan baru baru ni pun saya ada dapat dua berita kematian pengantin muda yang baru sangat menikah. Dah ajal kan.. Al-Fatihah~

Nak pesan pada diri sendiri sebenarnya.. Biar otak ni selalu fikir mati.. Baju pengantin tu tak semestinya semua orang akan pakai atas dunia ni, tapi kain kafan tu memang semua orang akan merasai pengalaman memakainya.. Allahu.. T__T Jadi, marilah ramai ramai mengingati mati dan hidup dengan mencari bekalan amal untuk dibawa hingga mati, rather than hari hari sibuk kepoh cerita pasal kahwin je.. Okay? That's all. Wassalam.

p/s; Tapi, memang berhajat nak kahwin awal ni. Ada urusan penting yang ingin dilaksanakan. Kahwin melengkapkan separuh agama, lagi-lagi bila perkahwinan itu atas niat untuk kebaikan agama Islam. lalalala~

QishDarleena

Sedikit Perkongsian. =)


Bismillahirahmannirrahim..
Assalamualaikum warahmatullah/salam sejahtera. ^^

Jumu'ah mubarakah & salam sayyidul ayyam.
Hari ini, Jumaat - 3 Jamadil Awal 1434 Hijrah.
Alhamdulillah ala kulli hal~ :')


Kali ni takda nak celoteh panjang-panjang. Cuma bagi sedikit perkongsian melalui tulisan dalam gambar. Sangat jatuh hati dengan gambar ini. Credit kepada FB Lukisan Dakwah Islam. Alhamdulillah.. Moga ada manfaat darinya. Bacalah~ Dan kongsikan dengan rakan-rakan anda. =)

"Allahumma takhtim 'alaina bi husnil khatimah, 
wa la takhtim 'alaina bi su'il khatimah. Aamiin ya rabbal alamin~"


Talian Hayat [QS 2:25]


Bismillahirahmannirrahim..
Assalamualaikum warahmatullah/salam sejahtera. ^^

Awak, kenapa menangis ni? Awak tengah sedih? Kenapa awak sedih? Ingatlah ini.. "La tahzan~ Inallaha ma'ana.." (Jangan bersedih~ Sesungguhnya Allah bersama kita.) Kemana sahaja kita melangkah, walaupun kita berjalan berseorangan, jangan sekali-kali lupa yang Allah sentiasa bersama kita. Allah sayang kita. Subhanallah.. ^^ Nah saya bagi nombor talian hayat.. Dial sahaja bila-bila masa. Nombornya, [QS 2:25]. Macam mana nak dial? Haa.. Senang je.. Kalau awak rasa sedih, awak berwuduk, buka al-Quran/tafsir dan mari kita cari ayat ke 25 dalam surah kedua al-Quran, surah al-Baqarah. Bacalah dan hayati.. In Sha Allah kelak kesedihan awak akan hilang bila dipujuk dengan ayat dari Allah yang sangat indah ini. Masha Allah. :')


"Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: "Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu"; dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya." - (QS Al-Baqarah 2:25)

Allah sentiasa punya cara untuk memujuk kita. Janji Allah buat hambaNya yang beriman semuanya manis belaka dan boleh buat kita senyum lebar bila teringatkan keindahannya. Ya Allah.. Seronoknya kalau dapat masuk syurga. Mari patuh dan beriman kepadaNya.. Persetankan kesedihan duniawi yang awak alami. Itu semua fana.. Ada yang lebih indah menanti, yang kekal abadi- syurga hakiki. In Sha Allah. =) Janji Allah adalah kepastian, dah nikmat syurga adalah indah~ Wallahua'lam..

QishDarleena


Twitter? :P


Bismillahirahmannirrahim..
Assalamualaikum warahmatullah/salam sejahtera. ^^

Alhamdulillah. 5 March 2013, page 64 of 365 pages for "The Year 2013 Book". Moga awak yang membaca ini sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan serta dipanjangkan usia untuk menghabiskan sisa-sisa hidup hingga ke mukasurat terakhir dan bersambung pula dengan buku seterusnya. Aamiin, In Sha Allah.. =] Seperti biasa, kejap sungguh masa berlalu. Hmm... Dah lama tak bercerita hal peribody tuan tanah disini kan? :P

By the way, awal March 2013 si gadis bermula dengan azam suam kuku konon konons nak kurangkan online Twitter dan cuba mencabar diri sendiri untuk tak online Twitter selama seminggu. Bunyi cam bajet bajet je~ Memang bajet pun.. haha. Sebab baru dekat 30 jam mission gagal kerana ada urusan penting perlu dilaksanakan di sana. Eh yeke? haha. Kebetulan pula 1 Mac lepas birthday Shane, my TESL Ohana jadinya tak boleh lah nak confine dari Twitter lagi. *alasan* hihihi. Sebenarnya, memang serius sangat nak cuba kurangkan masa di laman sosial sebab major distraction dalam hidup saya sekarang adalah addiction towards the Twitter. =__=" #IniFakta. zz.

My Twitter account, http://twitter.com/espadrilla was established since March 2010 where during that moment macam tak ramai lagi kengkawan yang dah buat Twitter account ni. I was in form 5, CPR high school that time and this year cum this month will be the third year anniversary of my Twitter. hihi. My Twitter is older than my Facebook~ Waktu memula buat Twitter dulu, follow artist je pastu kengkawan berapa kerat je and I can't forget Izzati Edith (nama dia glemer~), my CPR boo which was the one who invite me to create this Twitter and she's also my very first follower. Thanks Z. haha.

Eceh. Siap dah story sejarah pasal Twitter kita ni pula kan.. hee. Sebenarnya nak cerita ini. Memandangkan first mission haritu (not going online for a week) dah gagal, jadi kita dah terbitkan mission kedua which is bigger and having more potential than the failed one. ^^" Starting yesterday at 12:00am, 4th March 2013, I am planning to not going online in Twitter for a month until 4th April 2013 In Sha Allah. "Sebulan tu woi. Mampu ke?~" :3 *sila sebut dalam nada sarcastic* In Sha Allah.. In Sha Allah.. This can be considered as the big challenge for me as I  am currently updating my Twitter almost 24/7 daily and Twitter also make me always keep in touch with my Unisel Ohana everyday. *I miss all those lovelies* :') Besides, I've made a lot of new friends from Twitter and guess what? My relationship with Miejah Rerama also was born from there. Kalau nak cerita pasal lovelies yang jadi close lepas follow di Twitter memang agak ramailah. hee. Alhamdulillah, dapat bina ukhwah baru kan. ^^

Yesterday, I was like so serious and nekad sangat lepas dah planned this challenge since the last Friday. In Sha Allah mudah mudahan istiqamah lah hendaknya sebab ia ibarat mujahadah kecil buat saya. cewah. :) Mungkin awak yang membaca ni boleh kata, "Eleh.. apalah sangat.. Benda kecil pun nak poyo cerita lebih lebihs~" *my imagination only* Hmm. Begini ceritanya,

1. Saya insan lemah. Iman tak kuat lagi.. Mudah turun dan naik bila bila masa saja macam nafas juga..
2. Saya berTwitter sejak zaman jahiliah saya lagi. Jadi, Twitter dah jadi macam organ badan juga. Macam blog ni lah.. huhu. Kalau dah jadi a part of life, ingat senang ke nak lepaskan? 
3. Saya buat begini sebab nak berjuang untuk diri sendiri. Tak nak tweet yang bukan bukan atau buat perkara lagho'. Tapi nak berhentikan secara mendadak bukan mudah, jadi ini ibarat satu permulaan..
4. Rancangan saya, kalau saya berjaya berpantang selama sebulan ni, maknanya saya dah jadi betah dan In Sha Allah lebih mudah untuk kurangkan online selepas ni. Mudah-mudahan.

Okay.. Kemain lagi buat clarification. huhu. Bukan apa, takut diburuk sangkakan jadi baiklah kalau dijelaskan awal-awal. This blog is the way I express everything that I wanted to.. *for example, my effort* :P Tengoklah betapa panjangnya entry ini dan betapa rojaknya bahasa dalam entry ini. =_= Back to the topic, as the sayings go, 

"The difference between try and triumph is a little umph."

"Usaha tangga kejayaan.."

"Man jadda, wa jadda~"

Things I did to accomplish the mission;
(a) Uninstall Echofon & Plume (Twitter app from my cellphones)
(b) I don't even login to Twitter from my lappy to scroll & check the timeline.
(c) Tweeted and left few message to friends regarding the challenge.

So, there's no reason for me to turn back and forget my challenge. I've to look forward and prove to myself than I can. Kalau dah benda kecil pun gagal nak mujahadah apatah lagi benda besar. Iya takk? :b Mohon doa dari awak yang membaca ini. hihi. Dah mengesei panjang sangat dah ni nampaknya. That's all. Sesuai tak dengan tajuk entrinya "Twitter?" hihi.

p/s; Mohon doa tulus dari anda yang membaca buat keselamatan semua pahlawan negara yang sedang berjuang di Sabah serta buat keselamatan rakyat Sabah juga. Tiga Ohana saya di Unisel berasal dari ketiga-tiga daerah yang tengah bergolak di Sabah. Angel (Lahad Datu) Tikah (Sandakan) dan Shane (Tawau). Doakan keselamatan semua rakyat Malaysia dan sedekahkan al Fatihah juga buat mereka yang telah meninggal dunia. Terima kasih. Wassalam~

QishDarleena


 

ALL RIGHT RESERVED | QISH DARLEENA 2010-2016 | THIS BLOG IS DESIGNED BY RRAI