HOME ABOUT QISH REMINISCE GALLERY CONTACT ME

من كان لله كما يريد، كان الله له فوق ما يريد
Siapa keadaannya seperti apa yang Allah inginkan;
Allah ada baginya melampaui segala harapan.

Takdir vs. Usaha.

Bismillahirahmannirrahim~
Assalamualaikum warahmatullah/salam sejahtera.. ^^

Saya menulis entri ini sebab nak kongsi sedikit tentang takdir dan usaha. Baru teringat nak kongsi haa. Dipendekkan cerita, kisah ini minggu lepas berlakunya.. Ada seorang sahabat si gadis mengeluh dan mengadu. Katanya, sedih sebab tak dapat jawab waktu test dalam kelasnya tadi. Biasalah kalau ambil course yang hebat dan susah kan. ewah. Waktu tu, tak berani nak cakap banyak dengan dia sebab takut emosinya tak berapa stabil. Hanya mampu cakap "sabar" dan beberapa patah perkataan yang ringan agar dia berhenti fikir pasal benda tu. Buntu sebab tengah blur sikit masa tu. ^^"

Cara yang selalu saya buat dengan kengkawan untuk tamatkan sesuatu yang membuntukan macamtu... buat lawak; lawak bodoh, merepek loyar buruk, lawak kelakar, lawak tak kelakar (pun ada) dan sebagainya. zz. Memang gaya tak professional langsung kan. ==" Sebenarnya, ada point yang saya cuba nak sampaikan.. Tapi time tu taktau lah kenapa saya terus tukar topik cerita pasal hati kering pulak. ugh. Okay ni nak bayar hutang tu balik. Tulis kat sini boleh ingatkan diri sendiri juga dan In Sha Allah kalau ada yang membaca pun mungkin boleh ambil peringatan juga mudah mudahan.. =)

*konon tengah duduk tepi pantai sambil cerita pasal entri ni*

Takdir di tangan Allah, usaha di tangan kita.

Seringkali takdir berada di penghujung usaha dengan izin Dia.

Sejauh mana kita usaha, jauh itu lah hasilnya..

Kalau berlainan hasilnya, mungkin Dia ada perancangan lain.

Yang penting, jangan putus asa. 

Kalau putus asa, yang mendatang nanti mudarat pula..


*sambil tepuk bahu sendiri* point ni lah yang nak sebut haritu.

Nasihat saya buat diri sendiri dan buat anda yang membaca, dalam apa jua keadaan yang membelenggu, ingat Allah, ingat Allah, ingat Allah selalu. Dalam setiap detik denyut nadi kita, ingat Allah. Rajinkan rujuk ayat Allah nescaya kita akan rasa lega dan berlapang dada. Dalam ayat Allah, kita akan jumpa apa yang kita cari. Cuba hayati betul betul. Boleh bergetar rasa hati ni wa cakap lu.. :') Saya punya point tu takkan boleh berdiri tanpa adanya isi yang paling indah dan penting di bawah ni, beberapa potongan ayat aL-Quran yang bercakap tentang takdir. Masha Allah.. Tabarakallah..

"Dan Dia lah yang Berkuasa atas sekalian hambaNya (dangan tadbir dan takdir); dan Dia lah Yang Maha Bijaksana serta Amat Mendalam PengetahuanNya." [QS Al-An'am 6:18] 

"Sesungguhnya Allah menahan dan memelihara langit dan bumi supaya tidak berganjak dari peraturan dan keadaan yang ditetapkan baginya; dan jika keduanya (ditakdirkan) berganjak maka tidak ada sesiapapun yang dapat menahannya daripada berlaku demikian selain dari Allah. Sesungguhnya Ia Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun." [QS Faatir 35:41] 

"Dan di langit pula terdapat (sebab-sebab) rezeki kamu, dan juga terdapat apa yang telah (ditakdirkan dan) dijanjikan kepada kamu." [QS Az-Dzariyat 51:22]

"Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan)." [QS Al-Qamar 54:49]

**** Allah yang paling berkuasa. Allahuakbar~ ****

Lepastu, ada terjumpa pula status lama saya di FB bertarikh 18 October 2012. Kalau tak silap, saya tulis status ini lepas saya jumpa ramai sangat orang yang suka mengeluh tentang takdir di laman sosial. Saya suka menulis lepas berfikir sebab saya nak ingatkan diri sendiri. Kalau saya tak tulis nanti saya lupa diri dan saya akan buat benda tersebut tanpa saya sedar.. hihihi. :3

"Kalaulah semua orang faham yang takdir itu tidak pernah menyusahkan.. Iya.. Takdir tak pernah menyusahkan kita. Selama ini, kita selalu minta apa yang terbaik buat kita dariNya. Jadi, Dia sedang susun yang terbaik untuk kita. Apa yang datang, itulah yang perlu kita terima. Janganlah menyalahkan takdir. Tunjukkan keimanan dan sifat keredhaan kamu terhadap takdir yang Dia telah susun buat kamu. Boleh jadi ada kebaikan yang terselindung bila kamu menerima takdir itu dengan hati yang terbuka. Maha Suci Allah yang Maha Mengetahui setiap inci takdir hamba-hambaNya. Dia yang menentukan dan Dialah yang melaksanakan. Ya Allahu Ya Rabbi.. ♥"

Itu lah serba sedikit yang saya mampu cakap tentang takdir dan usaha. Lain-lain, boleh rujuk dengan ustaz/ustazah anda atau rajin rajinlah pergi bermuhasabah dengan ayat-ayat cinta dari Allah. ^^ Entri ni saya taip hari Khamis lepas tapi harini pagi Ahad baru saya auto publish. Selamat berhujung minggu dan berhujung bulan.. Ewah~

No comments:

Post a Comment

 

ALL RIGHT RESERVED | QISH DARLEENA 2010-2016 | THIS BLOG IS DESIGNED BY RRAI