HOME ABOUT QISH REMINISCE GALLERY CONTACT ME

من كان لله كما يريد، كان الله له فوق ما يريد
Siapa keadaannya seperti apa yang Allah inginkan;
Allah ada baginya melampaui segala harapan.

Cerita Takdir Indah.

Bismillahirahmannirrahim. 
Assalamualaikum warahmatullah/Salam sejahtera.. ^^

Jumu'ah mubarakah dan salam sayyidul ayyam. Alhamdulillah.. Segala puji bagi Allah yang telah meminjamkan nafas kepada kita hingga ke saat ini dan memberi peluang kepada kita untuk meneruskan hidup sebagai hambaNya di muka bumi ini. Tak lupa juga, selawat dan salam ke atas Nabi Allah, Rasulullah saw, junjungan kekasih Allah. Moga anda yang membaca ini sihat walafiat dan diberkati selalu dalam segala urusan mudah-mudahan.. Saya update entri ini dalam keadaan demam yang dah masuk hari kelima harini. Cuaca tak menentu kan. Gigih nak update juga maka saya cuma copy paste cerita saya dari status di Facebook saya sahaja. By the way, tujuan entri ini adalah sebab si gadis ada nak kongsi cerita sikit dalam entri ini. In Sha Allah. Kisahnya begini....

************
Di Twitter, saya ada berkenalan dengan seorang ukhti yang sebaya dengan saya. Kami pun tak perasan bila kami mula follow sesama sendiri tapi yang pasti, kami mula berkenalan selepas berkongsi cerita dan mengetahui yang kami senasib iaitu baru kehilangan seorang ayah. Perkenalan bermula lepas saya menegur Mira yang sedang tweet tentang arwah ayahnya. Sejak itu, tiap kali Mira tweet pasal arwah ayahnya, mesti saya menyampuk untuk berkongsi rasa kerana kami senasib dan yang amat mengujakan tiap kali kami bersembang di Twitter, pasti akan ada persamaan atau kebetulan yang kami discover. Alhamdulillah, ukhwah kami pun terjalin..

1) Arwah Ayahanda meninggal dunia 4/11/11 genap seminggu selepas Arwah Abah Mira meninggal dunia 27/10/11. 

2) Waktu hari lahir Arwah Ayahanda tahun lepas, kami dapat tahu yang Arwah Ayahanda saya dan Arwah Abah Mira berkongsi tarikh lahir sama iaitu pada 27 Disember. Masha Allah..

3) Kelmarin, dapat tahu yang pusara Arwah Abah Mira terletak di Taman Raudhatus Sakinah, sama tanah perkuburan dengan Arwah Ayahanda. Subhanallah..

Lepas dapat tahu yang pusara Arwah Abah Mira setempat dengan Arwah Ayahanda, saya tanyakan number lot pusara Arwah Abah Mira. Mira kata tak ingat numbernya tapi ingat lorong dan kawasan fasanya. Dia pun tanya number pusara Arwah Ayahanda dan saya pun bagi number lot P7A 2627 dan nama penuh Arwah Ayahanda. Waktu itu sambil bertweet tiba tiba teringat dalam fikiran yang pemilik pusara bersebelahan Arwah Ayahanda, tarikh lahirnya pun sama dengan Arwah Ayahanda. Lepastu, Mira reply cakap dia baru teringat yang kemungkinan number lot pusara Arwah Abah Mira ialah P7A 2628 iaitu bersebelahan dengan pusara Arwah Ayahanda.

Saya terus rasa bergetar hati dan menitik air mata dengan apa yang Allah datangkan ini.. Terus terfikir sama ada ini satu suratan atau kebetulan. Terkejut, tak sangka dan macam macam perasaan berbaur. Saya minta nama penuh Arwah Abah Mira dan saya cari di sistem ePusara Jawi. Rupanya memang betul yang pusara Arwah Ayahanda dan pusara Arwah Abah Mira bersebelahan. Subhanallah.. Arwah Ayahanda dan Arwah Abah Mira berjiran!

Kata Allah, "Kun fayakun!" - jadi, maka jadilah! 
Semua kuasa Allah. Allah Maha Besar. 
Dia takdirkan Ayahanda dan Abah Mira berjiran di alam barzakh.
Dan selepas itu, dia takdirkan puteri puteri keduanya bertemu di Twitter.
Indahnya suratan takdir yang Allah dah tuliskan. ^^ Masha Allah..

In Sha Allah, kalau panjang umur dan ada rezeki esok, saya & Mama serta Mira & Mama Mira akan bertemu buat kami pertama di Taman Raudhatus Sakinah untuk menziarah pusara insan-insan yang kami sayangi. Moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Ayahanda Badaruddin Ghazali, Allahyarham Uncle Noor Azwan Mohd Arif dan semua muslimin muslimat yang telah meninggalkan kita semua. Aamiin.. Mari sedekahkan al-Fatihah buat semua insan yang kita sayang..

7 April 2013, Ahad.
************

Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahuakbar.. Indahnya cerita takdir saya kan? Allah yang susun ketentuannya. :') Saya pun tak sangka yang saya akan melalui cerita takdir sebegini. Terima kasih buat yang sudi membaca sampai ke patah kata yang terakhir. Saya berkongsi cerita ini sebab nak tunjuk betapa hebatnya perancangan Allah SWT. Hanya Allah yang tahu macam mana perasaannya bila diketemukan dengan ukhwah baru dalam situasi sebegini. Alhamdulillah. Saya rasa beruntung sangat dapat kenal dengan Mira Azwan. Harap ukhwah kami kekal hingga bila-bila dan moga ada pengisian yang dapat anda yang membaca ini rungkai dari kisah saya. Wallahua'lam..

Keek; The New Addiction.

Bismillahirahmanirrahim~
Assalamualaikum/Hello there..

It has been three days since my last update in this blog and I found that I frequently update my blog lately.. Do you aware of that? Me just aware of it. wakaka. ^^" Alhamdulillah.. Today is Wednesday, the third day of the month April 2013. How fast the time flew away and we already here in the second phase of the year 2013. Alhamdulillah for the age that Allah has lend to us all. Alhamdulillah.. =')

Okay. Looking at the title of my entry, obviously shows that I'm here to write about 'Keek'. Uuuu... What is 'Keek'? hmmm. In English, the word 'Keek' doesn't have any meaning. But if you refer from the Urban Dictionary, 'Keek' does have a lot of weird meaning. It's kinda maybe more to the urban slang, created by the so called urban guys zzzz whatever~ The 'Keek' that I'm talking about right now is this 'Keek'.... [press the picture 'Keek' to discover~]

"Keek is a new social media network that focuses on micro video sharing.
 Users upload video status updates and are able to share them with friends or followers."

*It was established since 2011 actually. Tapi macam baru nak famous. haha*

Got that? Aha. Apa motif tetiba update pasal Keek ni woit qish? haha. Actually, I just created my Keek account on the last 31.3.13 and within only less than 24 hours having Keek, I suddenly became so addicted towards Keek. Seriously... =.= Everytime I feel like I want to record (keeking) more and more video using my phone, upload the videos to my Keek and I tried hard keeping myself from not doing that.. haha. Is this normal? I think it's normal to be addicted sebab Keek ni best kott wa cakap luu (my personal opinion)..

So, what so special about Keek? As for me, I'm so in love with Keek (for now lahh) because it's a good, express way to update and keep the pieces of memories about our life in the video form instead of taking photos, tweeting, sharing status in Facebook yadda yadda.. It doesn't take much time at all. Just 36 seconds given to keek your new video update directly through your smartphone, tablet or your pc then keeking it straightly to your Keek. You can also share your Keek videos at your other social networks accounts. Cool huh?

The snapshot of my keek. :3
3 followers and 7 following. Gua bukan retis.*krik krik*

By the time I'm writing this entry, I already have 6 videos in my Keek and 4 out of the 6 videos were uploaded in a day. Yesterday I uploaded 2 videos and today not yet. :P Basically, my Keek is mainly about my masak masak activities and also as my special tribute to the little sister, Yasmin Izara, so you'll might see there's a lot of videos about that little girl only .. ^^ By the way, this is not a sponsor post or advertisement. Wa pun taktau kenapa tetiba wa rajin buat iklan panjang berjela kat sini. huhu. Alright.. That's it~ And let's check out my Keek [here]. Thank you.. :)

p/s; I created my Keek is not because of the artists' influence or whatever. Please take note. lol.

QishDarleena

 

ALL RIGHT RESERVED | QISH DARLEENA 2010-2017