HOME ABOUT QISH REMINISCE GALLERY CONTACT ME

من كان لله كما يريد، كان الله له فوق ما يريد
Siapa keadaannya seperti apa yang Allah inginkan;
Allah ada baginya melampaui segala harapan.

#TakeFive: Kita & Nafsu


Bismillahirahmannirrahim..
Assalamualaikum warahmatullah & selamat sejahtera. ^^

Manusia, fitrahnya tak sempurna -- boleh berbuat pahala dan boleh terdorong juga untuk berbuat dosa. Perbuatan yang sewajarnya berpaksikan hati dan akal kadangkala jadi tersasar jauh bila dipandu oleh nafsu. Yang dilakukan selalunya menjadi rutin dan ada juga yang bersifat sampingan. Bila berbuat baik, rasanya tiada apa apa masalah tentang itu tapi apabila berbuat sesuatu yang tidak patut dan mungkin tidak elok di mata Tuhan? Adakalanya, apabila kita sudah terbiasa dengan apa yang kita buat, mata dan pintu hati sudah jadi tertutup untuk menilai semula akan baik atau buruknya perlakuan diri kita sendiri. Kita seakan seperti sudah selesa dengan diri kita maka pada waktu ini, sememangnya nafsu sudah berjaya menguasai diri sendiri, hinggakan mata hati seakan tidak berupaya menunjukkan jalan yang betul. Kadang-kadang, mungkin ada yang prihatin mahu turut membantu menasihati kita namun kita merasakan seperti perkara itu mencabar kita dan seolah-olah si manusia prihatin itu hanya mahu mencari kesalahan kita. Betapa nafsu boleh membawa pengaruh buruk yang besar dalam diri kita kalau tidak dikendali dengan baik.. Allahu Rabbi. T_T

"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)." - [QS 3:14]

*gambar hiasan* Macam takda kena mengena tapi comel. ^^"

Justeru marilah sama-sama kita menilai kembali amalan yang telah kita laksanakan pada diri kita selama ini. Mungkin kita merasakan apa yang kita lakukan itu semata-mata bersandarkan kepada sesuatu niat tertentu yang kita anggap baik bagi kita untuk membetulkan sesuatu keadaan mahupun untuk mencapai sesuatu kehendak, namun begitu, niat tetap tidak menghalalkan cara yang kita pilih walau sebaik mana pun niat itu. Jangan diundang dosa bersama pahala kerana takut nantinya pahala itu yang dikalahkan oleh dosa. Kita ingin mengumpul dosa, rupanya dalam masa yang sama saham dosa kita juga turut semakin bertambah.. Banyakkan muhasabah diri, periksa semula apa apa yang terkurang untuk dibaiki segala kelemahan itu dan yang paling penting, jaga hablumminAllah (hubungan dengan Allah) dan hablumminannas (hubungan dengan manusia) melalui apa saja amalan baik yang boleh kita laksanakan.

Pesanan buat diri sendiri dan sekalian saudari saudara.
Moga dirahmati Allah selalu.. Wallahua'lam~ ^_^

QishDarleena

1 comment:

  1. waaah.. bgus.. sgt bermanfaat. syukran ukhti. :) anyway, hye! nice blog! done followin' here. ^_^. jemput dtg blog arin ye. :)
    arinazreen97.blogsot.com. thanks. ;)

    ReplyDelete

 

ALL RIGHT RESERVED | QISH DARLEENA 2010-2016 | THIS BLOG IS DESIGNED BY RRAI