HOME ABOUT QISH REMINISCE GALLERY CONTACT ME

من كان لله كما يريد، كان الله له فوق ما يريد
Siapa keadaannya seperti apa yang Allah inginkan;
Allah ada baginya melampaui segala harapan.

Cinta..

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Adakalanya cinta itu tumbuh tanpa bertemu, meskipun banyak yang meragukan dan tidak percaya itu boleh terjadi. Ada juga seseorang hidup bersama tanpa adanya rasa cinta tapi mampu bertahan sampai mati tanpa saling menyakiti. Adakalanya persahabatan menjadi cinta walaupun tidak sedikit cinta jika putus tak dapat menjadi sahabat lagi. Ada juga seseorang bertahan mencintai dan cukup bahagia dengan cintanya meskipun ia tak dapat memiliki yang ia cintai. Adakalanya cinta tumbuh ketika telah hidup bersama dan bahagia walaupun awalnya susah untuk menyesuaikan diri. Ada juga seseorang menderita bercerai berai kerana hilangnya rasa setia dan kejujuran meskipun pada awalnya mereka saling mencintai. Anugerah cinta sungguh unik sekali hingga tidak tercapai dek akal untuk difahami kerana ia adalah rahsia hati yang tersembunyi..
Betapa cinta itu sesuatu yang misteri dan sukar difahami. Namun cinta harus dijaga dan dipelihara sampai akhir nanti, walaupun deritanya pernah dialami. Cinta kurniaan terindah dari Illahi.. Menjadi salah satu syarat kebahagiaan dan sebab untuk kita terus bertahan untuk hidup di atas dunia ini. Tanpa cinta, hidup bagaikan mati. Cinta yang sejati hanya cintakan Illahi, cinta ayah bonda tulus suci selamanya, cinta saudara masa berada hanya sementara, cinta sesama insan suburkanlah dengan ketaqwaan. Salam penuh rasa cinta kerana Allah.. :)
-سبحان الله الحمدلله لا اله الا الله الله اكبر -

No comments:

Post a Comment

 

ALL RIGHT RESERVED | QISH DARLEENA 2010-2016 | THIS BLOG IS DESIGNED BY RRAI