HOME ABOUT QISH REMINISCE GALLERY CONTACT ME

من كان لله كما يريد، كان الله له فوق ما يريد
Siapa keadaannya seperti apa yang Allah inginkan;
Allah ada baginya melampaui segala harapan.

Jika Awak..

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Jika awak mencari pendamping hidup yang cantik, 
sayang sekali itu bukanlah saya,
kerana saya hanyalah gadis yang berwajah biasa.

Jika awak mencari pendamping hidup yang kaya, 
sayang sekali itu bukanlah saya,
kerana saya hanyalah gadis yang tidak berharta.

Jika awak mencari pendamping hidup yang berdarjat, 
sayang sekali itu bukanlah saya,
kerana saya hanyalah gadis yang berketurunan biasa.

Akan tetapi..

jika awak mencari gadis yang mahu dibimbing,
jika awak mencari gadis yang mahu dipimpin,
jika awak mencari gadis yang mahu patuh kepada suami,
jika awak mencari gadis yang mahu berbakti kepada suami,
mungkin itu ada pada saya kerana begitulah kemahuan saya.

Saya ingin dibimbing oleh suami,
saya ingin menjadi makmum yang baik,
saya ingin mengabdikan diri dengan tulus,
saya ingin berbakti dengan ikhlas buat suami saya nanti..

Kerana redha seorang suami itu adalah segalanya buat si isteri,
yang akan lebih memuliakan diri seorang isteri di mata TuhanNya.

-سبحان الله  الحمدلله  لا اله الا الله  الله اكبر -

No comments:

Post a Comment

 

ALL RIGHT RESERVED | QISH DARLEENA 2010-2016 | THIS BLOG IS DESIGNED BY RRAI