HOME ABOUT QISH REMINISCE GALLERY CONTACT ME

من كان لله كما يريد، كان الله له فوق ما يريد
Siapa keadaannya seperti apa yang Allah inginkan;
Allah ada baginya melampaui segala harapan.

Niqab.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Niqab,
Secebis kain yang menutupi muka si hawa,
Engkau sering disuarakan,
Atas nama penyekat kebebasan seorang hawa,
Namun mengapa mereka tidak mempersoalkan,
Hak seorang hawa yang mencintaimu?

Niqab,
Secebis kain yang menutupi hawa solehah,
Engkaulah yang sebenarnya menaikkan kehormatan si hawa,
Demi menutup malu mereka,
Serta mengajar mereka,
Tentang harga diri pemakaimu,
Kepada masyarakat luar..

Niqab,
Secebis kain yang menutupi wajah si hawa,
Sungguh aku nyatakan dengan lantang,
Aku amat cintakanmu,
Dan sungguh tidak akan ku tinggalkanmu,
Selagi tiada darurat menimpaku,
Dan takkan ku tanggalkanmu,
Hanya kerna seorang Nas yang memperlekehkanmu..

Niqab,
denganmu aku menyedari erti kebebasan seorang hawa,
Sambil berhijrah atas nama Allah dan RasulNya..

-سبحان الله الحمدلله لا اله الا الله الله اكبر -

No comments:

Post a Comment

 

ALL RIGHT RESERVED | QISH DARLEENA 2010-2016 | THIS BLOG IS DESIGNED BY RRAI