HOME ABOUT QISH REMINISCE GALLERY CONTACT ME

من كان لله كما يريد، كان الله له فوق ما يريد
Siapa keadaannya seperti apa yang Allah inginkan;
Allah ada baginya melampaui segala harapan.

Ukhwah Fillah @ Walimah Kak Suffiyah.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Assalamualaikum warahmatullah..
Hai awak yang membaca! ^^

*This entry might gonna be a long long entry.*

Alhamdulillah ala kulli hal.. It's Friday! Jumu'ah mubarakah wa salam sayyidul ayyam.. This lately I was in a super hectic *lah sangat*, tiredful & busy condition *lah sangat*. But yeah memang betul pun sebab cuti weekend pun sentiasa terisi dengan macam macam aktiviti serta hal berbangkit yang menanti maka selalu tak cukup rehat & tahu tahu cuti habis macamtu pun tak dapat nak bersenang lenang. T__T Ini semua asbab hal donya yang tak sudah sudah membelenggu minta diberi perhatian sekurang kurangnya sampai hujung tahun ni. May Allah ease everything, Aamiin aamiin ya Rabb.. By the way, bila cakap pasal blog, dah lama tak update kisah kita, hal seharian kita kat sini kann. Sebabnya kenapa? Sebabnya tak punya masa untuk dicelah lantaran dah zibi kerja dan lagi satu sebab kita pun takda benda menarik yang nak dikongsi sehari harinya.. ^^" Tapinya, tempohari berlangsung kejadian yang sangat indah mengungguli takhta kenangan indah bagi tahun 2014 yang hampir menutup tirainya ini Masha Allah.. What was that? There came the day, where a bunch of beautiful bidadari dunia gathered all together in a place to celebrate the beautiful wedding of Kak Suffiyah Ramadhani (Kak Sue) & his zauji. My first experience ever of attending the niqabis wedding. Masha Allah!

Simply take a look at all the photos..
And just let they do the talking! Hehe.

It was me with the beautiful Queen Bidadari of the day, 
Kak Sue & one of the new friend that I met there, the cute Kak Hafiza. 

Ukhwah Fillah Abadan Abada~ 
from behind: Kak Amy, Kak Mariana, Eyka, Kak Gee, Kak Nawal..
*pause kejap sebab takleh cam sebab nampak sama* Hee. *resume* 
 Kak Rina, Shida (adik Kak Sue), Kak Dani Edleen, Kak Ummu Sakinah, Kak Eija. Fuhh. Harap betul. Haha!

The beautiful Queen Bidadari of the day, 
Kak Sue with the adorable Kak Yan. Masha Allah..

The beautiful Queen Bidadari of the day, 
Kak Sue with the gorgeous Kak Aida Rabbayani. Hiks.

Kakak kakak bidadari Mawaddah Minallah be the dulang girls.. 
Semua dah kahwin & dah ada anak yaa tapi macam anak dara kann.

Maaf kualiti gambar tak berapa cantik sebab kita pakai phone murah je. Uhuk. By the way, Alhamdulillah ala kulli hal.. Allah has ease my matters during that day to meet all the bidadari for the first time ever Masha Allah. A very nice & memorable ukhwah fillah gathering in Kak Sue punya Raikan Cinta. ^^ Lepas dapat tahu je Kak Sue punya walimah nanti dibuat di rumah ayahnya di Gombak, terus cakap Kak Sue kita nak attend walimah then terus dia minta address untuk pos kad jemputan. Memang rezeki lah! Hehe. Sebab ingatkan Kak Sue akan buat di Johor or Melaka apparently, it's a blessed that I will be managed to attend her wedding in Gombak. Alhamdulillah.. Dapatlah juga kita nak jumpa dengan Kak Sue, Kak Yan serta ukhti yang lain nanti. Yeayy! Seminggu lebih awal dah belikan present untuk Kak Sue as the wedding gift sebab dah teruja sangat agaknya. Kemudian beberapa hari sebelum tu lagi dah mula buntu memikirkan macam mana nak pergi ke venue kenduri memandangkan agak jauh dari KL & takda sesiapa yang boleh teman kita kesana. Huhu. Mula mula fikir nak pergi seorang diri macam segannya ya Rabbi sebab tak pernah lagi sebelum ini attend kenduri walimah seorang diri. And then, dah takda pilihan lain. Cekalkan hati pergi sendiri! Kemudian buka pula Google maps nak tengok public transport access untuk ke rumah kenduri.

Her wedding card. Yes.. 
Kak Suffiyah & Kak Nur Hafiza is the same person. :)

Malam sebelum tu, payah nak tidur I tell you sebab nervous plus excited sangat agaknya siap dah iron pakaian yang nak dipakai awal awal lagi. Tengok budak ni punya melampau. Hihi. Esokkannya, jam 11 lebih dah keluar rumah. Tak sempat juga nak attend akad nikah sebab Kak Sue nikah jam 9 pagi. Dari kawasan rumah, saya naik bas U432 ke monorail station Hang Tuah, naik monorail ke KL Sentral untuk exchange naik Putra LRT menuju terminal Gombak. Gigih tak gigih sebab banyak transport kena exchange kan. Nak buat macam mana.. ^^" Dah rancang dari sana nanti nak tumpang solat Zohor di surau terminal then naik bas laluan ke UIA untuk ke venue walimah di Kolej Vokasional Gombak. Alhamdulillah dapat naik tapinya kita sesat dalam UIA sebab rupanya bas tu tak lalu venue. Wuu. T_T Alkisah, kebetulan Cik Noni my aunty ada attend sport day sekolah anaknya, International Islamic School dekat dalam UIA. Waktu dalam bas kerisauan, bas tu berhenti kat Stadium Saidina Hamzah tu terus kita turun kat situ bila nampak ada event sukan tu. Sekali bila call Cik Noni, konon nak minta tolong dia hantar ke venue, dia kata dia dah balik rumahnya di Menjalara sebab kepenatan. Okayy it will be quite an adventure for you qishh. Haha. Bertabah juga lah dengan pakaian serba hitam sambil mengangkut hadiah, kita berdiri tepi jalan dalam UIA yang sunyi menanti kalau kalau ada teksi sesat ke. Alhamdulillah ada teksi yang sudi hantar ke venue. Yeayy! Ada hikmahnya Alhamdulillah.. Rupanya kalau naik bas ke sana pun agak jauh sebab tempat tu besar. Gigih pula awok nak jalan kaki kan. ^^" Bila si gadis sampai tu, turun teksi terus disambut oleh ibu Kak Sue di perkarangan rumah. Eh? Tak nampak pun kakak kakak ninja yang lain? Tetiba saya disapa oleh seorang uncle yang memperkenalkan diri sebagai ayah Kak Sue. Dia panggil Shida adik Kak Sue minta saya terus dibawa berjumpa Kak Sue yang sedang bersiap di bilik pengantin. Malunyaa.. >.< 

Alright.. Exciting moment bila terus dapat tengok wajah Kak Sue at our very first meet up! Masha Allah she's so pretty Masha Allah.. Dah jumpa Kak Sue kita turun bawah balik duduk bersimpuh depan pelamin sambil berangan menanti kehadiran kakak kakak bidadari yang lain. Rupanya mereka bertapa di masjid UIA untuk rehat sekejap & solat Zohor. Waktu itulah tetamu mula ramai & Kak Hafiza pun muncul menegur lantas memperkenalkan diri. Tak lama lepastu semua kakak kakak bidadari Mawaddah Minallah pun tiba.. Dan mula lah adegan air mata gembira, terharu, teruja, salam peluk cium sambil mention nama Facebook masing masing sebab nak cam kan. Haha. Almaklumlah sebab semua pakai niqab kann. Tapinya ada juga yang kita dapat cam sebelum mereka kenalkan diri. Ihiks. Yang pasti, budak ini adalah satu satunya ninja kat situ yang masih muda belum kahwin. Yang paling muda dalam kalangan kami pula ialah Eyka, ibu kepada Mikhail yang setahun muda dari qish. Hehe. Lama juga lah kita dekat kenduri tu sebab lepas makan semua leka duduk sembang sambil photoshoot dengan pengantin. Banyaknya gambar yang diambil oleh si gadis sendiri dan photographer tapi takyah lah nak taruk semua di sini kot. Buat syarat je dah lah iyaa ke tidak? By the way, sebab kitorang upload gambar gambar waktu walimah tempohari, teruk kena condemn dengan golongan manusia sok suci al ostad wa ostajah yang sangat lantang memperjuangkan isu "niqabis takboleh upload gambar!", "niqabis kena pakai serba hitam!" "niqabis cannot selfie, niqabis tabarruj!" bla bla bla. Biasalah donya kan, ramai orang cemburu tengok kelebihan orang lain. Sedikit ujian buat Kak Sue & para bidadari semua Alhamdulillah.. Moga Allah ampunkan dosa mereka yang mengumpat, memfitnah dan mengeji kakak kakak bidadari saya. Allahurabbi.. T_T

Ohh yaa.. Qish mula kenal dengan kakak kakak bidadari ini di mana? Semuanya bermula di Facebook sebenarnya.. Hehe. Di Facebook lah muka berkenalan, menjalin ukhwah fillah sebelum dapat bersua buat pertama kalinya dengan izin Allah. Sesungguhnya yang belum mendampingi serta mengenali tak layak nak cakap bukan bukan atau beri tohmahan tak baik kepada orang lain. Hanya Allah sebaik baik penilai & mampu menilai setiap daripada hambaNya mengikut pengetahuanNya.. Kakak kakak bidadari para ukhti kesayangan yang dimuliakan Allah, sesungguhnya pertemuan tempoh hari memang sangat sangat indah. Hihi. Semuanya happening, kelakar, ramah, sporting pastu walaupun itu pertemuan kali pertama qish dengan mereka, terasa macam dah kenal cukup lama Subhanallah. Memandangkan si gadis datang sendiri menaiki public transport, masing masing menawarkan diri nak hantar pulang walaupun duduk berjauhan dari kawasan rumah saya di tengah Kuala Lumpur. Akhirnya saya dihantar pulang oleh Kakyan, pengapit of the day. Alhamdulillah.. Kakak kakak bidadari yang baik & penyayang, moga ini bukanlah yang pertama & terakhir.. Moga akan jumpa lagi pada perjumpaan akan datang kalau ada rezeki & umur yang panjang In Sha Allah.. Nak tengok video sekitar majlis Kak Sue yang diupload oleh Kak Aida Rabbaniyin? Tekan link di bawah, In Sha Allah. Senyum sorang sorang lepas qish tengok Masha Allah. ^^"


Last but not least, moga ukhwah fillah yang terjalin berkekalan hingga ke jannah. Aamiin aamiin ya Rabb. Buat pengantin baru Kak Suffiyah & rakan sekerja qish, Kak Nadia, yang baru juga mendirikan rumahtangga tempohari, barakallahu lakuma wabarakah alikuma wajamaah bainakuma fil khair! Moga rumahtangga yang dibina dipenuhi sakinah, mawaddah, warahmah & semoga cinta kalian bersama suami masing masing kekal bercambah hingga ke Jannah.. In Sha Allah. Thank you for reading! ^^

-سبحان الله  الحمدلله  لا اله الا الله  الله اكبر -

1 comment:

  1. As salam.. MashaAllah.. it's a pleasure reading ur blog. Alhamdulillah.. SYukur Ya Allah atas jalinan ukhwah..

    Kak Sue :)

    ReplyDelete

 

ALL RIGHT RESERVED | QISH DARLEENA 2010-2017