HOME ABOUT QISH REMINISCE GALLERY CONTACT ME

من كان لله كما يريد، كان الله له فوق ما يريد
Siapa keadaannya seperti apa yang Allah inginkan;
Allah ada baginya melampaui segala harapan.

Isnin Yang Barokah :D

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum & hai awak!


Alhamdulillah.. Hari Isnin yang penuh barakah. Syukur yang tak terhingga.. Sejak permulaan hari, Allah datangkan rezeki melalui pelbagai saluran hamba-hambaNya yang pemurah. Yeayy! Tadi naik GrabCar (booking guna MyTeksi), tak perlu bayar apa apa. Naik Vios ke pejabat meredah sesak lalu lintas di KL secara percuma sebab ada promo code. Hee Alhamdulillah.. Bila tiba di pejabat pula, nampak ada bungkusan nasi lemak di atas meja saya. Alhamdulillah ala kulli hal. Rezeki sarapan pagi Nasi Lemak Sotong dari Kak Liza yang sudi belanja.. Murahnya rezeki hamba pada hari ini ya Allah. :') Masuk waktu makan tengahari pula, Kak Haniza suruh orderkan pizza ajak makan sama sama dekat office. Seronoknyaaa hari ini ya Allah. Alhamdulillah ala kulli hal wa ni'mah, wa astaghfirullah min kulli zanbi..


 Sungguh.. Rezeki kita atas dunia ini Allah datangkan dengan pelbagai cara yang selalunya tak terjangka dek kita. Betapa pengasih, pemurah dan penyayangnya Allah kepada kita semua hambaNya. :'D

Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah (negeri Makkah) ini, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara mereka". Allah berfirman:" (Permohonanmu itu diterima) tetapi sesiapa yang kufur dan ingkar maka Aku akan beri juga ia bersenang-senang menikmati rezeki itu bagi sementara (di dunia), kemudian Aku memaksanya (dengan menyeretnya) ke azab neraka, dan (itulah) seburuk-buruk tempat kembali". - [QS 2:216]

Teruskan panjatkan syukur atas segala nikmat keberkatan serta ujian yang telah Allah limpahkan kepada kita. Semestinya, setiap sesuatu perkara yang telah dia tetapkan buat kita hambaNya semua adalah susunan takdir dari Dia yang paling terbaik buat kita. Selalu ingatkan diri supaya jangan kufur nikmat, rajinkan bersedekah serta jangan lokek untuk berkongsi rezeki yang kita peroleh dengan orang lain juga. Moga Allah selalu redha dengan kita, berkati segala rezeki hasil titik peluh kita, rezeki yang orang lain kongsikan dengan kita serta rezeki yang kita kongsikan dengan orang lain.. Moga Allah limpahkan juga lagi rezeki kepada kita semua serta mempermudahkan segala urusan kita yang mendatang.. Aamiin aamiin ya Rabb, In Sha Allah.. 

-سبحان الله الحمدلله لا اله الا الله الله اكبر -

No comments:

Post a Comment

 

ALL RIGHT RESERVED | QISH DARLEENA 2010-2016 | THIS BLOG IS DESIGNED BY RRAI